Bertindak Tegas Terhadap Pihak Persenda Jalur Gemilang


 
Paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang mengundang kemarahan warganet di sebuah ekspo di Tingkat 3, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pada 17 April 2025.
PENDAPAT, 21 Apr – Dua insiden berkenaan isu paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit ketika liputan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, apa sudah jadi dengan nilai patriotisme dalam kalangan segelintir penggerak media terutama media berbahasa Cina.
Kesilapan sedemikian bukan sahaja dianggap sebagai kecuaian teknikal, malah boleh mencetuskan sensitiviti kerana ia melibatkan simbol rasmi negara yang seharusnya dihormati dan dipaparkan dengan tepat.
Terbaharu, insiden melibatkan sebuah reruai (booth) di TCE Baby Expo yang berlangsung di Dewan Ekspo sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Khamis turut melibatkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit mendorong laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas.
Insiden ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya organisasi media lebih teliti dalam menghasilkan kandungan termasuk ilustrasi atau grafik supaya ia tidak mempersendakan lambang perpaduan dan imej negara.
Imej ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan Kwong Wah Daily dan Sin Chiew Daily yang mencetuskan perasaan kurang senang pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 16 April 2025. Foto KDNIngatlah, Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, ia melambangkan kedaulatan, perpaduan serta identiti negara sama ada secara zahir atau pun dalam diri kita sendiri termasuk teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang murka dengan insiden berkenaan.
Ketiadaan elemen penting seperti bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan memberi gambaran seolah-olah aspek penting Perlembagaan Persekutuan diabaikan kerana ada dua akta berkait iaitu Seksyen 3(1)(a) Akta 414, yang melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri dan Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan.
Dalam situasi yang melibatkan kunjungan rasmi pemimpin negara luar seperti Presiden China, ketelitian dalam penyediaan bahan media menjadi lebih penting dan lebih teliti, bukannya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengkritik penerbitan itu dengan bertitah bahawa pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.Sebarang kesilapan bukan sahaja mencalarkan imej negara di persada antarabangsa malah boleh menjadi bahan ketawa pihak luar kononnya kerajaan tidak bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Justeru, langkah Kementerian Komunikasi mengadakan sesi taklimat khas kepada organisasi media dan unit komunikasi korporat bagi memperjelas tatacara yang betul dalam penggunaan Jalur Gemilang amat tepat pada masanya.
Organisasi media perlu memastikan prosedur semakan dua kali atau lebih dilakukan sebelum sesuatu grafik atau visual disiarkan terutama dalam acara berprofil tinggi seperti lawatan negara Presiden China.
Penglibatan editor, penyelaras kandungan dan penyelaras penerbitan sama ada bahan bercetak atau di platform media sosial dalam setiap proses penghasilan bahan visual perlu dijadikan amalan standard.
Ketelitian dalam perkara sekecil ini mencerminkan tahap profesionalisme dan tanggungjawab media dalam menjaga maruah serta sensitiviti rakyat dalam negara.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/bertindak-tegas-terhadap-pihak-persenda_21.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wearing Jalur Gemilang Badge Can Boost Love For Country Aminuddin

Wearing Jalur Gemilang Badge Can Boost Love For Country Aminuddin

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 51 hits
Wearing the Jalur Gemilang badge on uniforms will be an effective way to instil a patriotic spirit and cultivate a love for the country among students Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun said this would be a solid foundation in ed...
Akta Jalur Gemilang Memartabatkan Lambang Kedaulatan Negara

Akta Jalur Gemilang Memartabatkan Lambang Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 34 hits
Menyedari kepentingan memelihara kehormatan dan kemuliaan bendera ini Akta Jalur Gemilang telah digubal dan dikuatkuasakan Akta ini bertujuan untuk memberikan panduan yang jelas mengenai penggunaan penghormatan dan perlindungan bendera keba...
Institusi Pendidikan Bukan Kelolaan Kpm Digalakkan Sokong Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Fadhlina

Institusi Pendidikan Bukan Kelolaan Kpm Digalakkan Sokong Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Fadhlina

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 52 hits
KEPALA BATAS Institusi pendidikan yang tidak berada di bawah Kementerian Pendidikan turut digalakkan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah itu bagi memas...
Jalur Gemilang And The Midvalley Baby Expo Malaysia S Recent National Symbol Controversy

Jalur Gemilang And The Midvalley Baby Expo Malaysia S Recent National Symbol Controversy

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 157 hits
In the heart of Kuala Lumpur s bustling Mid Valley Megamall what should have been a routine baby products expo has erupted into a national controversy adding another chapter to Malaysia s ongoing saga of flag related incidents The culprit A...
Isu Jalur Gemilang Di Mana Suara Pemimpin Cina

Isu Jalur Gemilang Di Mana Suara Pemimpin Cina

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 100 hits
Haslina AR KamaludinKUALA LUMPUR Muktahir ini isu kesilapan pada Jalur Gemilang bagaikan berjangkit jangkit Ia dilihat sangat mudah dengan hanya permohonan maaf berserta menjalankan siasatan dalaman Apakah sementara menunggu pihak kerajaan ...
Now Singaporean Company In Trouble For Incomplete Jalur Gemilang At Expo

Now Singaporean Company In Trouble For Incomplete Jalur Gemilang At Expo

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 42 hits
Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail says the ministry will investigate a Singapore based baby food vendor for displaying an incomplette Jalur Gemilang at an exhibition in Kuala Lumpur recently NSTP file picPUTRAJAYA The Home ...
Kdn Siasat Video Papar Jalur Gemilang Tidak Lengkap Pada Ekspo Bayi

Kdn Siasat Video Papar Jalur Gemilang Tidak Lengkap Pada Ekspo Bayi

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 65 hits
PUTRAJAYA 22 April Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan berhubung satu video yang memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru baru ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ...
Mipp To Send Jalur Gemilang Badges To Ministry After Flag Blunder

Mipp To Send Jalur Gemilang Badges To Ministry After Flag Blunder

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 91 hits
The Malaysian Indian People s Party will send Jalur Gemilang badges to the Education Ministry to prevent any further flag blunders ADSParty deputy president S Subramaniam said this was because of the ministry s mistakes on the national flag...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Masjid Al Alami Mitc

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Al Fateh Tak Sihat

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences