Bertahun Lama Bercinta Belum Tentu Dia Jodoh Kita Singkatkan Perkenalan Segerakan Pernikahan
Bertahun Lama Bercinta, Belum Tentu Dia Jodoh Kita. Singkatkan Perkenalan & Segerakan Pernikahan! Bercinta terlalu lama sebelum melangsungkan perkahwinan antara punca utama mendorong ramai pasangan suami isteri mengambil jalan perceraian sekiranya berhadapan sebarang masalah,” kata Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah.
Maka bila rasa anda dan pasangan sudah bersedia ke peringkat seterusnya, percepatkanlah pernikahan. Bila kita berniat baik, Allah pasti membantu. Jangan risau dari segi kewangan, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Ini perkongsian dan nasihat yang disampaikan dari blog Aku Penghibur. Moga anda dapat mengambil manfaat daripadanya.
Assalamualaikum
Aku dah 10 tahun berkenalan dengan dia, tapi akhirnya dia tinggalkan aku dengan orang yang baru dia kenal, bicara seorang kenalan.
Ligat otak berfikir, kenapa perlu masa 10 tahun untuk berkenalan ?
Lama itu, kalau tanam pokok durian pasti dah berbuah. Kita terlalu mahu saling kenal mengenali sehingaa tiada limitasi.Mungkin sebab peristiwa yang dulu-dulu sehingga kita terlalu menjaga.
Tapi kamu perlu tahu bahawa sifat kita manusia cepat jemu dan bosan, ianya menyebabkan bila ada sesuatu yang “segar” itu hadir pasti kita buatkan kita memilih.
Jika ekonomi sudah kukuh, sudah cukup persiapi diri maka segerakanlah untuk perhubungan yang lebih serious.
Sebab itu ada pertunangan, pertunangan adalah tempoh untuk kamu buat keputusan untuk meneruskan pemilihan untuk kekal bersama atau berhenti setakat di situ sahaja. Di situ juga terletak banyak ujiannnya.
Jangan biarkan lama-lama menanti, jika kita lambat akan ada kumbang atau bunga yang terus memagar.
Taaruflah ketahui latarbelakangnnya, keluarganya, akhlaknya dan statusnya
Jika berkenan di hati segerakanlah ke tahap seterusnya. Andai ada hajat tetapi kewangan membatasi. Maka berbincanglah sesama keluarga dan sama-sama kamu dan dia kumpul duit untuk kawin.
Allah lihat usaha kita, inshaAllah pasti dibantu. Satu pekara jangan leka adalah berdoa dan memohon padaNya. Berceritalah padaNya.
Acik doakan semoga urusan kamu di permudahkan oleh Allah. Allah tak pernah persiakan kita cuma kita perlu berusaha semaksimum mungkin. Andai ada jodoh pasti akan bertemu.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Bertahun Lama Bercinta, Belum Tentu Dia Jodoh Kita. Singkatkan Perkenalan & Segerakan Pernikahan! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/bertahun-lama-bercinta-belum-tentu-dia-jodoh-kita-singkatkan-perkenalan-segerakan-pernikahan/