Bertabahlah Biro Politik Keadilan Adakan Mesyuarat Khas Tumpu Program Prn Sabah


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sesi penggulung sempena hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2025 pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
JOHOR BAHRU, 24 Mei – Biro Politik KEADILAN akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat khas itu, akan menumpukan kepada program pilihan raya tersebut.
“Mungkin dalam beberapa hari ini, sebelum ramai yang akan ke Makkah dan ada pemimpin kita ke sana, (saya) turut mendoakan mudah-mudahan (mereka) mendapat haji yang mabrur.
Suasana dalam dewan Kongres Nasional KEADILAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru pada 24 Mei 2025.“…tapi sementara sebelum dia pergi, sebaik sahaja selesai ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, mungkin 29 hari bulan ini kita akan adakan mesyuarat biro politik untuk rangka program PRN Sabah,” kata beliau.
Anwar berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN di sini hari ini.
Terdahulu beliau menegaskan barisan pemimpin dalam KEADILAN perlu berada dalam satu jemaah, dengan memiliki tekad untuk bersama baik dari segi pemikiran mahupun tindakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sesi penggulung sempena hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2025 pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimPresiden KEADILAN itu berkata sifat kebersamaan penting meskipun wujud perbezaan dalam kalangan pemimpin yang membarisi parti termasuk mereka yang sudah lama berjuang dalam parti.
Memberi contoh bekas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, Anwar mengakui kedua-dua pemimpin itu sudah lama berjuang dalam parti.
Namun, katanya apabila berada dalam satu jemaah, pemimpin tidak kiralah yang sudah lama berjang perlu ada tekad untuk bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sesi penggulung sempena hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2025 pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Tentunya kita tahu sebagai jemaah, kita mewakili pelbagai sosok dan ragam. Namun bila dalam jemaah, perlu ada satu tekad untuk bersama.
“Perlu ada satu wadah, satu ‘wahdatul fikr’ atau satu pemikiran dan bentuk amal yang sama… boleh berbeza dalam lingkungan, namun akhirnya kita perlu bersama (dalam perjuangan),” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN setelah menang tanpa bertanding pada Pemilihan KEADILAN 2025 di Johor Bahru pada 23 Mei 2025. Foto Facebook Mohamad SabuTerdahulu, bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap pada sesi sama, menyeru Anwar supaya segera memujuk mana-mana pemimpin yang terluka hati dan ‘terbakar’ akibat pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam.
Kongres kali ini menyaksikan beberapa perubahan dalam barisan kepimpinan utama parti termasuk kekalahan beberapa penyandang jawatan utama.
Nurul Izzah yang juga bekas Naib Presiden menewaskan Rafizi, sekali gus merampas kedudukan Timbalan Presiden, sementara Nik Nazmi satu-satunya penyandang yang tewas dalam saingan mempertahan kedudukan empat Naib Presiden.
Saifuddin Nasution hadir pada Kongres Nasional KEADILAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru pada 23 Mei 2025.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengakui dalam naratif dan perbincangan untuk menghadapi pemilihan MPP, ada tindakan sesetengah pemimpin parti keterlaluan dan merosakkan parti.
“Namun kita akhirnya perlu terima teguran dan ambil sikap berlapang dada.
“Saya meneliti semua cadangan, teguran dan pandangan termasuk kritikan (ketika kempen pemilihan MPP dan kongres berlangsung).
“Lazimnya saya dengar dengan tekun semuanya, jika kita mahu pimpin parti, jika ada kelemahan, perlu diatasi,” katanya.
Suasana dalam dewan Kongres Nasional KEADILAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru pada 24 Mei 2025.Anwar pada masa sama mengarahkan pimpinan KEADILAN yang menang dalam pemilihan MPP semalam supaya segera bermuhasabah.
“Arahan pertama saya adalah semua MPP, Angkatan Mudah Keadilan (AMK) dan Wanita, yang menang pemilihan perlu bermuhasabah.
“Dengar teguran dan terima arahan kerana perubahan perlu bermula dari atas
“Saya beri amaran jika kita sesama pimpinan dan ahli tidak bermuhasabah dan merapatkan semula hubungan, maka kita sesama ahli akan bertempur nanti,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/biro-politik-keadilan-adakan-mesyuarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Umno Bn Dan Grs Bergabung Pada Prn Sabah Pm Anwar

Ph Umno Bn Dan Grs Bergabung Pada Prn Sabah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 197 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTAWAU 11 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama...
Prn Sabah Mca Kini Tuntut 3 Kerusi Selepas Sah Kerjasama Ph Bn

Prn Sabah Mca Kini Tuntut 3 Kerusi Selepas Sah Kerjasama Ph Bn

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 151 hits
MCA sasar kerusi Segama tak tuntut tiga kerusi dimenangi PH menerusi DAP pada PRN 2020 Teah Heok Kuin berkata kerusi DUN Segama disandang Mohamaddin Ketapi jadi sasaran utama MCA Sabah untuk ditandingi PETALING JAYA MCA mengurangkan tuntuta...
Pada Awalnya Biro Politik Pkr Setuju Tiada Pemilihan Tahun Ini

Pada Awalnya Biro Politik Pkr Setuju Tiada Pemilihan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 164 hits
Rafizi Ramli mendakwa perancangan asal mengadakan pemilihan selepas PRU diubah untuk membawa bakat baharu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa biro politik parti itu pada asalnya telah bersetuju untuk tidak mengadakan pemiliha...
Sabah Election Sees Solo Bids Amid Coalition Shifts

Sabah Election Sees Solo Bids Amid Coalition Shifts

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 287 hits
AS Sabah gears up for its 17th state election expected by December 2025 the political scene is heating up with fierce coalition talks and mounting disputes over how seats will be shared Gabungan Rakyat Sabah led by Chief Minister Datuk Seri...
Sabah Bersatu Youth Slams Macc S Supersonic Double Standard

Sabah Bersatu Youth Slams Macc S Supersonic Double Standard

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 143 hits
Sabah Bersatu Youth has questioned the apparent disparity in the pace of MACC s investigations contrasting the supersonic speed in probing opposition figures against the apparently sluggish pace of cases linked to government leaders In part...
Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties

Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 260 hits
Johan Ariffin Samad cites the legacy of leaders such as Harris Salleh and questions BN s achievements during its time in the state administration who had referred to the period of 1963 to 1994 Bung said that development took a back seat due...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Data Analytics For Business Decisions

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

The Bolt A Retro Yamaha Scrambler That Harkens Back To Simpler Times

How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

Bagaimana Pentingnya Solatmu Di Alam Kubur

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Simple Je Tapi Sedap

Kerja Pun Rezeki Posting Pun Rezeki

Pasaran Global Melonjak Pelabur Bersedia Menghadapi Rundingan Penting As Rusia