Bersih Je Tak Cukup Tengok Botol Susu Kalau Ada Ciri Ni Maksudnya Dah Tak Boleh Guna


Jangan main-main soal kebersihan botol simpanan susu. Mungkin pada pandangan mata kasar, sudah cukup bersih tapi rupanya masih tersisa lemak susu yang menyebabkan kewujudan bakteria. Apabila dimasukkan susu baru di dalamnya, ia akan tercemar.
Tetapi jangan fikir botol kotor saja punca anak tak sihat. Botol yang bercalar juga mempengaruhi! Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya. Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dalamnya.
Sumber foto: www.freepik.com Sebenarnya, susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di dalam botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA. Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
 
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Sumber foto: www.freepik.com Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh melarut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
 
Di pasaran, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.
Baca Juga:
Tergodek-Godek Merangkak, Bagus Untuk Anak! Jadi Latihan Sebelum Berjalan
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’
Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
1. Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
 
 
2. Warna botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak.
Sumber foto: www.freepik.com Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
3. Bau botol
Jika ada bau yang kurang enak pada botol, elok ditukar kepada yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau. Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok.
Bermakna tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post Bersih Je Tak Cukup. Tengok Botol Susu Kalau Ada Ciri Ni, Maksudnya Dah Tak Boleh Guna! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bersih-je-tak-cukup-tengok-botol-susu-kalau-ada-ciri-ni-maksudnya-dah-tak-boleh-guna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samperit Susu Hanya Guna 3 Bahan Jom Cuba Buat

Samperit Susu Hanya Guna 3 Bahan Jom Cuba Buat

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 117 hits
Rasanya inilah antara biskut yang rendah kos untuk membuatnya Hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu mentega susu pekat manis dan tepung jagung Walaupun bukan hari raya bolehlah buat untuk kudapan Kan Rasanya manis dan rangup serta cair ...
Susu Badan Jadi Meriah Boleh Amalkan Ni Juga Waktu Senggugut

Susu Badan Jadi Meriah Boleh Amalkan Ni Juga Waktu Senggugut

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 219 hits
Bagi menambahkan susu badan bermacam petua yang dicuba Semuanya bagi menambahkan lagi susu badan untuk buah hati tersayang Salah satu usaha dan petua tradisional adalah menggunakan campuran buah buah kering Paling menarik campuran buah keri...
Power Kaki Mak Mak Ni Adira Kongsi Video Ambil Remote Guna Kaki Ramai Ibu Boleh Relate

Power Kaki Mak Mak Ni Adira Kongsi Video Ambil Remote Guna Kaki Ramai Ibu Boleh Relate

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 84 hits
Menjadi seorang ibu tak mudah perlu jadi multitasking boleh buat macam macam benda serentak Untuk menyediakan yang terbaik untuk anak anak tersayang kita perlu bijak merancang kerja yang nak dibuat supaya lebih memudahkan Penat jadi seorang...
Menteri Tak Boleh Salah Guna Kuasa Hannah Minta Wan Fayhsal Periksa Fakta

Menteri Tak Boleh Salah Guna Kuasa Hannah Minta Wan Fayhsal Periksa Fakta

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 104 hits
Hannah Yeoh berkata kuasa menteri tidak boleh disalahgunakan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal perlu memeriksa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan politik PETALING JAYA Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digesa supa...
Masak Pais Sotong Ala Utara Nak Guna Udang Ikan Pun Boleh

Masak Pais Sotong Ala Utara Nak Guna Udang Ikan Pun Boleh

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 196 hits
Bila sebut Pais terbayang ikan Rupanya Pais Sotong pun sedap juga tau Isi sotong yang lembut digaul dan dimasak dengan rencah yang cukup rasa memang enak Yang baru pertama kali rasa pun pasti suka Jom cuba masak guna resipi perkongsian saud...
Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 329 hits
elementor v3 7 7 20 09 2022 elementor heading title padding 0 margin 0 line height 1 elementor widget heading elementor heading title class elementor size a color inhe
Setelah Tak Boleh Kuliah Taliban Kini Larang Perempuan Bekerja Di Ngo

Setelah Tak Boleh Kuliah Taliban Kini Larang Perempuan Bekerja Di Ngo

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 80 hits
Taliban memerintahkan semua organisasi non pemerintah lokal maupun asing untuk memberhentikan karyawan perempuan mereka
Peminat Filem Boleh Saman Kerana Trailer Mengelirukan Kata Hakim As

Peminat Filem Boleh Saman Kerana Trailer Mengelirukan Kata Hakim As

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 90 hits
Peminat filem boleh saman kerana trailer mengelirukan kata hakim AS Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Dec
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta