Bersekolah Di Rumah Perlu Komitmen Tinggi Ibu Bapa


Imej hiasan
Kaedah sekolah di rumah atau homeschool semakin mendapat perhatian ibu bapa terutama dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi.

Banyak faktor yang mendorong mereka untuk memilih homeschool termasuk masalah kesihatan.

Bagaimanapun kaedah homeschool ini tidak sesuai untuk semua orang apatah lagi ia mengkehendaki ibu atau bapa mengambil alih peranan guru dengan mendidik anak secara sepenuhnya.

Bagi Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, beliau mengakui aliran pendidikan homeschooling semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan ibu bapa yang berpendidikan tinggi.

Namun katanya, ibu bapa perlu bertanya kepada diri sama ada mampu atau tidak menguruskan pendidikan anak di rumah.

"Tanya diri mampu atau tidak kerana anak-anak tidak akan melalui sistem persekolahan dalam kerangka pendidikan yang dibentuk dengan disiplin kurikulum dan kokurikulum.

"Sedangkan di sekolah kedua-dua ini sudah disepadukan sesuai dengan perkembangan semasa anak-anak," katanya.

Tegas Anuar, apa juga keputusan yang diambil harus dibuat secara berhati-hati. Hal ini disebabkan terdapat banyak kes ibu bapa akhirnya berhenti separuh jalan dan tidak dapat meneruskan 'homeschooling' kerana komitmen lain.

Malah ada juga kes ibu bapa berdepan masalah kesihatan keluarga selain keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan ada ibu bapa terpaksa bekerja semula.

"Homeschooling tidak boleh terikat dengan keinginan ibu bapa semata-mata. Ia mestilah berdasarkan keperluan murid.

"Jika ada kes murid mempunyai masalah pembelajaran, kesihatan atau keselamatan maka 'homeschooling' dibenarkan," katanya.

Tegas Anuar, dalam hal ini kerajaan tidak salah untuk mengambil sikap berhati-hati dalam meluluskan permohonan bersekolah di rumah bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa keadaan.

Tambahnya, jika ia dilakukan untuk memenuhi maksud selain pendidikan maka ia dikhuatiri memberi kesan kepada masa depan anak-anak itu.

Untuk rekod, berdasarkan peraturan Kementerian Pendidikan (KPM) persekolahan di rumah diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan penjagaan rapi oleh ibu bapa atau penjaga.

Inisiatif itu bertujuan memastikan semua kanak-kanak di negara ini memperoleh pendidikan wajib seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dan tidak berlaku sebarang keciciran.

Bagaimanapun KPM dalam laman sesawangnya menegaskan ia hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak. Kanak-kanak masih diutamakan mengikuti sesi persekolahan seperti biasa.

Ketika ini permohonan kebenaran bersekolah di rumah boleh dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara. Antara syarat ditetapkan seorang daripada bapa atau bapa mestilah berkesanggupan menjadi pengajar kepada kanak-kanak itu secara sepenuh masa di rumah.

Sementara itu bagi seorang ibu Nisah Haron, 50, beliau memilih bersekolah di rumah buat anak bongsunya bermula tahun 2015 iaitu sejak anaknya berusia tujuh tahun, bukan kerana tidak mempercayai sistem pendidikan sedia ada.

Sebaliknya, ia sukar dielakkan dalam situasi anak istimewanya yang didapati tidak sesuai mengikuti sesi persekolahan biasa sama seperti rakan-rakan sebaya.

"Sejak awal lagi anak memang tidak mahu dihantar ke sekolah. Kami juga hairan tapi memahami tingkah lakunya yang sememangnya tidak boleh dipaksa kami bertemu kaunselor sebelum mendapatkan khidmat nasihat pakar kanak-kanak.

"Setelah beberapa proses yang agak panjang anak saya didiagnosis autisme semasa berusia enam tahun. Kami cuba menggunakan bermacam cara memujuknya untuk menghantarnya mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tetapi tidak berhasil.

"Dia sebenarnya begitu sensitif dengan bunyi walaupun sekadar bunyi kipas dan suara orang berbual-bual. Jadi keadaan sekolah terlalu hingar sangat menyeksakan buat dirinya," katanya.

Bekas peguam yang juga penulis prolifik itu berkata, beliau bagaimanapun bersyukur anak lelakinya petah berkata-kata selain menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M) sejak awal usia selain mampu menguruskan diri sendiri di rumah.

Tambah Nisah, secara umum beliau tidak mempunyai jadual tetap atau mengikuti silibus pembelajaran tertentu dan biasanya akan belajar sesuatu topik serta subjek sehingga puas satu persatu sebelum beralih kepada topik lain.

"Saya melihat boleh dikatakan 80 hingga 90 peratus dia berusaha sendiri termasuk kemampuannya bertutur asas bahasa Jerman dengan hanya belajar secara dalam talian.

"Sebagai ibu bapa, kami sekadar memberi bimbingan berasaskan kecenderungannya," katanya.

Pada masa depan ibu kepada lima cahaya mata itu turut berhasrat mempertimbangkan mendapatkan bimbingan tenaga pengajar untuk membantu anaknya yang kini berusia 15 tahun, menduduki peperiksaan Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).

Kelulusan IGCSE dianggap sebagai akreditasi paling popular di seluruh dunia untuk tamat sekolah menengah dan ia setara dengan British O-Level dan peperiksaan kelayakan umum GCSE yang diduduki penuntut sekolah menengah di England, Wales dan Ireland Utara.

"Paling penting sokongan daripada ibu bapa. Cabarannya bukan setakat untuk mendidik anak.

"Tetapi juga memberi kefahaman kepada orang sekeliling bahawa anak-anak yang tidak dihantar ke sekolah ini bukan semestinya dibiarkan tercicir dalam pelajaran," katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/bersekolah-di-rumah-perlu-komitmen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 243 hits
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan Anak anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadi...
Tolong Gubernur Jambi Ibu Baru Melahirkan Ditahan Rumah Sakit Gara Gara Tak Ada Biaya

Tolong Gubernur Jambi Ibu Baru Melahirkan Ditahan Rumah Sakit Gara Gara Tak Ada Biaya

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 241 hits
Arif menceritakan bahwa dirinya orang tidak punya tinggal di kilometer 68 Sukawijaya Kabupaten Muaro Jambi
Neelofa Kecewa Prasekolah Bilal Tak Benarkan Ibu Bapa Akses Cctv

Neelofa Kecewa Prasekolah Bilal Tak Benarkan Ibu Bapa Akses Cctv

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 262 hits
Selebriti terkenal Noor Neelofa telah meluahkan kecewa terhadap prasekolah yang dipilih untuk anak sulungnya Muhammad Bilal Muhammad Ismail apabila tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman litar tertutup untuk memantau anak masing masin...
Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 200 hits
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mendapat hadiah sebuah kereta mewah jenis BMW i7 dari ibu bapanya Hadiah Ameera Khan BMW i7 Video kenyataan tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok peminat keluarga mereka dikena...
Ibu Rumah Tangga Di Jambi Lawan Pencuri Yang Coba Memerkosanya Pelaku Kabur Tinggalkan Celana Dan Pisau

Ibu Rumah Tangga Di Jambi Lawan Pencuri Yang Coba Memerkosanya Pelaku Kabur Tinggalkan Celana Dan Pisau

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 222 hits
Percobaan perkosaan itu terjadi saat korban terlelap ketika menidurkan anaknya yang sedang sakit
Jerebu Ibu Bapa Tidak Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Kesihatan Terjejas

Jerebu Ibu Bapa Tidak Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Kesihatan Terjejas

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 195 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Ibu bapa yang risau tentang kesihatan anak anak mereka ekoran jerebu dibenarkan untuk tidak menghantar anak anak ke sekolah namun perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah Itu antara 10 garis panduan yang d...
Polisi Kembali Olah Tkp Rumah Ibu Dan Anak Jadi Kerangka Di Depok Ini Hasilnya

Polisi Kembali Olah Tkp Rumah Ibu Dan Anak Jadi Kerangka Di Depok Ini Hasilnya

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 246 hits
Penyidikan dilakukan secara scientific crime investigation yang melibatkan interprofesi
Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Penting Ibu Bapa Mesti Tahu

Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Penting Ibu Bapa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 251 hits
Pencetus hemolisis anak kurang G6PD penting ibu bapa mesti tahu Ubat gegat kacang parang dan ubat nyamuk lingkaran antara ENAM pencetus hemolisis anak kurang G6PD Mama papa mesti tahu dan mesti sentiasa peka G6PD ialah singkatan nama enzim ...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh