Bersedia Ke Nak Tambah Anak Ini Perkara Yang Anda Perlu Pertimbangkan


Ibu, bersediakah anda untuk mengandung lagi? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan menambah jumlah anak.

6 perkara perlu dipertimbangkan sebelum mengandung lagi
Memutuskan untuk ingin menambah zuriat lagi atau tidak boleh menjadi perkara yang sukar kerana ia bukan sahaja melibatkan diri dan pasangan tetapi juga anak yang sudah ada dalam keluarga.
Tidak kiralah menambah anak kedua, ketiga atau seterusnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membantu anda membuat keputusan terbaik.
Amnya, merancang keluarga adalah perkara yang sangat peribadi. Perancangan sama ada menjadi ibu bapa buat kali pertama, kedua atau seterusnya, ia bukanlah keputusan mudah.

Banyak perkara perlu dinilai sebelum sebarang keputusan diambil seperti usia anda dan anak sulung (jika merancang untuk anak kedua) dan keadaan kewangan.
1. Pendapat pasangan sebelum mengandung lagi
Anda dan pasangan perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menambah zuriat ini. Mungkin anda mahukan 2 orang anak, tetapi pasangan sebaliknya. Sekiranya pasangan masih tidak bersedia, apa kata beri mereka sedikit masa.
Menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa memberikan kehidupan yang stabil dan selamat kepada anak-anak. Jika keadaan kewangan semasa tidak mengizinkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, tahan keinginan anda buat sementara.
Kos untuk membesarkan anak semakin meningkat saban tahun. Anda perlu menilai kos dan sekiranya mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa dengan pertambahan anak lain, teruskanlah perancangan tersebut.
3. Bersediakah anak untuk mendapat adik baharu?
Sekiranya si sulung masih terlalu kecil serta memerlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa, keadaan tersebut pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk anda menguruskan anak yang lain.
Umumnya, jurang ideal antara dua orang anak adalah 3 tahun, tetapi dalam beberapa kes, walaupun jaraknya 7 tahun, ia masih tidak mencukupi. Anak mungkin berasa teruja untuk mengetahui mereka bakal mempunyai adik atau rasa dikhianati. Jadi amat penting untuk memastikan anak sulung anda bersedia dengan kehadiran adiknya.
4. Besarkah rumah jika anda ingin menambah jumlah anak?
Menambah bilangan ahli keluarga bermakna anda perlu menyediakan ruang untuk mereka juga. Perhatikan jika keadaan rumah memerlukan sebarang perubahan atau perlu berpindah.
Sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyediakan ruang buat anak baharu, teruskan perancangan anak.
5. Bersedia untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup
Sekiranya anda dan pasangan bekerja, mungkin sukar untuk menjaga bayi baru lahir kerana mereka memerlukan lebih perhatian dan penjagaan. Berbincanglah sama ada kalian berdua bersedia berkongsi tanggungjawab dan melakukan perubahan dalam gaya kehidupan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak anda nanti.
6. Mengandung lagi? Layanan tidak akan sama seperti kali pertama
Semasa hamil anak pertama, dunia seperti meraikan anda. Namun keadaan akan menjadi berbeza pada kehamilan kedua. Bahkan, ada kalanya anda sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang mengandung.
Jangkakan perubahan ini
Untuk menambah jumlah anak dan menjaga lebih daripada seorang anak dalam 1 masa menimbulkan rasa yang bercampur baur. Membuat perancangan awal sebelum bayi dilahirkan adalah pertaruhan terbaik yang boleh dilakukan, walaupun keadaan mungkin menjadi agak mencabar.
Anda akan menjadi lebih sibuk dan jadual harian akan menjadi lebih padat. Di samping itu, anda juga akan mudah letih, walaupun sebelum bayi dilahirkan kerana menjaga anak semasa sedang hamil memerlukan banyak tenaga serta kesabaran yang tinggi.
Selepas bersalin pula, jangkakan untuk berdepan 6-8 minggu pertama yang penuh cabaran. Anda akan bergelut untuk memastikan si kecil dapat mengikut jadual penyusuan dan tidur yang mencukupi serta dalam masa yang sama memenuhi keperluan anak lebih tua. Kelebihannya di sini adalah kehadiran anak kedua akan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan, pengetahuan dan pengalaman diri.

Tambah jumlah anak atau tidak?
Terdapat perkara asas perlu ditanya dan difikirkan setiap pasangan sebelum merancang menambah bilangan ahli keluarga.
Tanyakan kepada diri mengapa anda mahukan bayi lagi?
Adakah kerana anda mahukan anak pertama mempunyai adik-beradik? Apakah anda mengalami tekanan untuk mempunyai bayi kecil kembali? Mungkinkah anda risau bahawa ini peluang terakhir sebelum terlalu tua?
Apabila tiba masanya, fikirkan sebaiknya mengapa anda mahu atau tidak mahukan bayi lagi. Ada perkara baik tentang mempunyai bayi yang perlu anda ingati, begitu juga dengan kesan pemulihan selepas bersalin, keletihan dan tekanan menjaga bayi.
Bayi adalah perkara hebat yang boleh berlaku dalam kehidupan, tetapi bersediakah anda untuk berdepan pelbagai cabaran sebelum, semasa dan selepas kehamilan?
Tiada jawapan betul atau salah dalam hal ini. Segalanya bergantung kepada diri dan juga pasangan untuk menentukan keputusan yang terbaik buat keluarga kalian.
_

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bersedia Ke Nak Tambah Anak? Ini Perkara Yang Anda Perlu Pertimbangkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bersedia-ke-nak-tambah-anak-ini-perkara-yang-anda-perlu-pertimbangkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Para Lelaki Bujang Kena Ada 5 Perkara Ini Kalau Ada Niat Nak Kahwin

Para Lelaki Bujang Kena Ada 5 Perkara Ini Kalau Ada Niat Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 195 hits
PARA LELAKI BUJANG KENA ADA 5 PERKARA INI KALAU ADA NIAT NAK KAHWIN Alam perkahwinan sememangnya menyeronokkan Mana taknya kalau dulu makan sorang bila dah kawin makan berdua Kalau dulu tido sorang bila dah kawin tido berdua Pendek kata sem...
Anzalna Dah Tahu Jantina Anak Tapi Nak Rahsiakan Dulu Saya Nak Beri Surprise Kepada Family

Anzalna Dah Tahu Jantina Anak Tapi Nak Rahsiakan Dulu Saya Nak Beri Surprise Kepada Family

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 176 hits
Memasuki usia kehamilan lapan bulan pelakon cantik Anzalna Nasir masih belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi yang dikandungnya Jelas Anzalna 34 dia mahu memberikan kejutan buat keluarga dan teman rapatnya kelak Alhamdulillah kandungan...
Anak Sengaja Tahan Mata Tak Nak Tidur Malam Cuba Cara Ini

Anak Sengaja Tahan Mata Tak Nak Tidur Malam Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 186 hits
Berdepan situasi anak susah tidur malam pastinya boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tumbesaran si kecil Namun usah bimbang kerana ada cara tidurkan anak yang susah tidur boleh anda cuba Mengapa anak susah tidur malam Si...
Belanja 35 Set Happy Meal Anak Jual Koleksi Mainan Nak Gembirakan Anak Yatim

Belanja 35 Set Happy Meal Anak Jual Koleksi Mainan Nak Gembirakan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 169 hits
Didikan pada anak anak semuanya bermula dari rumah Dari awal ibu bapa latih anak anak untuk menghormati orang berakhlak baik sentiasa bersimpati sikap ini akan terus kekal dalam diri mereka sampai bila bila Begitu juga dalam bab bersedekah ...
Tak Buat Majlis Baby Shower Mira Filzah Nak Bersalin Normal Nama Jantina Anak Akan Dimaklumkan Selepas Bersalin

Tak Buat Majlis Baby Shower Mira Filzah Nak Bersalin Normal Nama Jantina Anak Akan Dimaklumkan Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 389 hits
Sama seperti wanita lain pelakon Mira Filzah berharap untuk bersalin secara normal bagi cahaya mata sulung ini Menurut Mira 29 dia sebolehnya ingin merasa sendiri pengalaman namun akur sekiranya terpaksa melalui proses pembed4han Dijangka b...
Seb4k Terpaksa Bayar Sam4n Guna Duit Baju Raya Anak Caprice Minta Cari Peniaga Ayam Nak Hantar Baju Raya 1 Set

Seb4k Terpaksa Bayar Sam4n Guna Duit Baju Raya Anak Caprice Minta Cari Peniaga Ayam Nak Hantar Baju Raya 1 Set

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 489 hits
Tular video seorang peniaga pasar yang seb4k apabila terpaksa menggunakan duit yang disimpan untuk membeli baju raya anak anak demi membayar sam4n sebanyak RM500 Peniaga yang juga seorang ayah itu disaman selepas did4kwa menjual ayam lebih ...
Perasaan Menunggu Anak Men1ngg4l Dvnia Adalah Perasaan Yang Tak Nak Saya Ulangi Fazley Yaakob

Perasaan Menunggu Anak Men1ngg4l Dvnia Adalah Perasaan Yang Tak Nak Saya Ulangi Fazley Yaakob

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 232 hits
Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sebak apabila membuka cerita tentang anak keduanya Ahmad Fieradz Shah 12 yang mengh1dap sindr0m Squeaky Baby sejak lahir Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma punyai tempoh h4yat sehingga usia lima tahun Fazl...
Nak Buat Produk Kosmetik Ini Perkara Anda Perlu Tahu

Nak Buat Produk Kosmetik Ini Perkara Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 164 hits
Ramai usahawanita yang berlumba lumba untuk memulakan perniagaan kosmetik tetapi perlulah difahami bahawa apabila menjual produk yang berasaskan kesihatan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil serius untuk memastikan produk yang dike...
Pakar Kongsi Anak Asyik Nak Dukung Tinggal Kejap Menangis Cuba Tip Ini

Pakar Kongsi Anak Asyik Nak Dukung Tinggal Kejap Menangis Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 168 hits
Mama perasan tak seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan bayi mula menjadi lebih 3C Crying Cranky Clingy Fasa keresahan pemisahan adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat