Bersatu Terengganu Lapor Polis Dakwaan Ph Dikuasai Komunis


NORHASPIDA YATIM





Badrolhisham (kanan) bersama Setiausaha Bersatu Marang, Rusmizan Awang ketika membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu hari ini.
 

KUALA TERENGGANU - Bersatu Terengganu membuat laporan polis terhadap dua individu iaitu seorang penceramah dan ahli politik yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikuasai komunis.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 10 pagi tadi.

Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Mohd Shafie berkata, laporan terhadap penceramah itu dibuat berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial pada 22 Disember lalu.

Katanya, video itu jelas menunjukkan penceramah terbabit mendakwa kerajaan kini diperintah komunis dan negara Malaysia adalah negara komunis.

"Tuduhan itu amat mendukacitakan dan menunjukkan ia telah membelakangi sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara ini.

"Kenyataan itu juga jelas menghasut rakyat untuk membenci kerajaan sekaligus boleh mendatangkan ketegangan dan keresahan dalam kalangan rakyat selain mengancam keselamatan negara," katanya ketika ditemui di IPD Kuala Terengganu hari ini.

Dalam perkembangan sama katanya, laporan polis juga dibuat terhadap seorang ahli politik yang turut membuat dakwaan sama ketika berucap dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) 2019 pada 7 Disember lalu.

Katanya, ucapan ahli politik berkenaan mengaitkan kejadian-kejadian terpencil sebagai 'kebetulan terancang' konspirasi komunisme untuk mengambil alih pemerintahan negara.

"Beliau turut mendakwa kerajaan kini diserapi fahaman komunis.

"Dakwaan ini begitu serius dan beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengemukakan bukti yang jelas," katanya.

Sehubungan itu katanya pihaknya meminta tuduhan itu dihentikan dan berharap supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan berhubung dakwaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

"Kita minta mereka yang melabel kerajaan PH sebagai diresapi fahaman komunisme atau diperintah komunis dapat menghentikan tuduhan itu.

"Ia adalah fitnah bagi kepentingan politik yang bertujuan menggugat kestabilan kerajaan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/63230/BERITA/Politik/Bersatu-Terengganu-lapor-polis-dakwaan-PH-dikuasai-komunis





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/bersatu-terengganu-lapor-polis-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Bendera Kiwanis Bukan Komunis Polis Nafi Dakwaan Dalam Video Viral

Itu Bendera Kiwanis Bukan Komunis Polis Nafi Dakwaan Dalam Video Viral

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 459 hits
Pihak Polis menafikan dakwaan berkenaan dengan rakaman yang didakwa perarakan membawa bendera Komunis seperti yang telah tular baru baru ini sebaliknya perarakan tersebut dibuat bersempena dengan Pesta Chingay yang diadakan di Pulau Pinang ...
Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong

Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 341 hits
FAISAL ASYRAF Berbagai NGO hari ini memfailkan laporan polis terhadap gabungan persatuan guru dan pengurus sekolah Cina Malaysia Dong Jiao Zong Mereka menggesa polis supaya menghalang kongres yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendidikan C...
11 Persatuan Polis Bersara Sertai Himpunan Anti Komunis Di Kl

11 Persatuan Polis Bersara Sertai Himpunan Anti Komunis Di Kl

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 466 hits
FAISAL ASYRAF Sebelas persatuan polis bersara yang berkumpul di Kuala Lumpur pagi ini menyatakan bantahan mereka terhadap apa yang mereka dakwa sebagai kebangkitan semula komunisme di negara ini Dihadiri oleh kira kira 1 000 orang acara yan...
Butterworth Polis Nafi Perarakan Bendera Komunis

Butterworth Polis Nafi Perarakan Bendera Komunis

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 410 hits
Polis menafikan rakaman tular di laman sosial yang didakwa perarakan membawa bendera Parti Komunis Malaya sebaliknya ia adalah perarakan sempena Pesta Chingay yang diadakan di Butterworth Ketua Polis Daerah Seberang Utara Asisten Komisioner...
Polis Kesan 9 Individu Bantu Siasatan Kes Kematian Muhammad Adib

Polis Kesan 9 Individu Bantu Siasatan Kes Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 522 hits
Menurut petikan berita tempat berkata polis mengesan sembilan individu untuk siasatan kes kematian pegawai Bomba Muhammad Adib Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua individu itu merupakan saksi di ...
Lelaki Enggan Ditahan Polis Kelar Leher Sendiri

Lelaki Enggan Ditahan Polis Kelar Leher Sendiri

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 348 hits
Bernama KEPALA BATAS Seorang lelaki yang enggan ditahan polis cuba membunuh diri dengan bertindak mengelar leher sendiri dalam kejadian di rumahnya di Bagan Jermal Butterworth Sabtu lepas Ketua Polis Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor...
Polis Esscom Bekerjasama Siasat Insiden Bot Kastam Ditembak

Polis Esscom Bekerjasama Siasat Insiden Bot Kastam Ditembak

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 313 hits
Polis Esscom bekerjasama siasat insiden bot kastam ditembak Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Dec 2019 10
Najib Arah Saya Dan Sirul Bunuh Altantuya Bekas Pegawai Polis Buat Pendedahan Mengejutkan

Najib Arah Saya Dan Sirul Bunuh Altantuya Bekas Pegawai Polis Buat Pendedahan Mengejutkan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 627 hits
The ReporterAzilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Alta...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation