11 Persatuan Polis Bersara Sertai Himpunan Anti Komunis Di Kl


FAISAL ASYRAF



Sebelas persatuan polis bersara yang berkumpul di Kuala Lumpur pagi ini menyatakan bantahan mereka terhadap apa yang mereka dakwa sebagai kebangkitan semula komunisme di negara ini.

Dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang, acara yang berlangsung di Padang Merbok itu menyaksikan beberapa veteran polis menyampaikan ucapan memprotes komunis dan menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba membangkitkan semula ideologi itu.

Acara bermula kira-kira pukul 9 pagi dan berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Ismail Che Ros berkata insiden tertentu yang berlaku pada tahun ini bukan satu kebetulan tetapi menunjukkan kepada usaha membangkitkan semula ideologi komunis.

"Tiga puluh tahun telah berlalu dan kami tidak mendengar apa-apa ancaman (komunis) tetapi bermula pada September, tindakan pertama mereka (bekas ahli komunis) telah membawa masuk abu mayat (bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke negara ini tanpa persetujuan daripada mana-mana pihak.

"Kemudian, mereka memaparkan sepanduk dan gambar Chin Peng ... selepas itu, (ada insiden) bendera kebangsaan yang dipaparkan terbalik ... apakah ini kebetulan? Atau adakah ia berlaku dengan tujuan?" katanya dalam ucapannya.

Ismail juga berkata perhimpunan bekas anggota PKM awal bulan ini mendedahkan hasrat mereka untuk memulihkan ideologi komunis.

"Dua perhimpunan, satu di Sepang dan satu lagi di Kajang, turut dihadiri oleh ahli politik, NGO, dan ahli akademik, di mana ucapan mereka disuarakan dengan unsur-unsur komunisme," katanya.
Ismail mengingatkan kerajaan berhati-hati dan menghalang kebangkitan semula PKM.

"Kepada kerajaan baru, kami mendesak mereka supaya tidak mengambil ringan perkara ini. Mereka mesti berhati-hati dan memastikan bahawa PKM tidak mendapat kuasa," katanya.

Dalam sidang media kemudiannya, Ismail berkata walaupun terdapat kebimbangan mengenai penyebaran komunisme di negara ini, beliau tidak pasti siapa dalang di sebaliknya.

"Kalau nak wujudkan semula mesti melalui proses undang-undan yang mana urus kuasa di bawah ROS (Pejabat Pendaftar Pertubuhan). Kami yakin tak ada kemungkinan PKM akan diluluskan jika mereka buat permohonan.

"Tulang belakang yang menggerakkan (usaha) ini sebenarnya pada pihak kami tidak begitu jelas, tentu sekali SB (polis Cawangan Khas) mengetahuinya.

Bekas ketua polis negara, Hanif Omar turut hadir perhimpunan itu dan dilihat menangis sebelum menyampaikan ucapannya.

"Hampir semua orang dalam masyarakat telah melupakan apa yang telah kami lalui ... kami adalah pejuang pertama di dunia yang benar-benar mengalahkan revolusi komunis dan kami melakukannya dua kali, ini kerana semangat kami," katanya.

Hanif turut mengimbas kejadian yang menurutnya di mana komunis telah membunuh tiga bapa saudaranya, selain menyeksa ramai orang yang dikenalinya di Teluk Intan, Perak.

"Siapa pemimpin mereka? Chin Peng," katanya.

Kemudian, dalam sidang media, apabila ditanya perbezaan antara komunis dan British, Hanif berkata British dijemput oleh pemerintah Melayu untuk membangunkan negeri-negeri Melayu.

"British, banyak orang tak tahu, ingat kolonialis di Tanah Melayu. Tak ada. British ini dijemput oleh raja-raja Melayu untuk memajukan negeri-negeri Melayu.

"Saya rasa semua negeri Melayu macam itu, melainkan Johor. Johor pasal raja dia yang bagi Singapura kepada British, dia sendir nak tengok bagaimana British membangunkan Singapura dan tak payah dia membawa tenaga dari China untuk membangunkan Johor

"(Bekas perdana menteri) Tunku Abdul Rahman dia bukan terus pergi London (untuk bincang kemerdekaan), dia pergi jumpa dengan raja-raja Melayu, (untuk minta) bolehkah berunding dengan British supaya mereka berundur...Raja-raja Melayu restui," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/11-persatuan-polis-bersara-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Sabtu Ini Bukan Anti Jawi Atau Anti Melayu Kata Persatuan Cina

Himpunan Sabtu Ini Bukan Anti Jawi Atau Anti Melayu Kata Persatuan Cina

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 387 hits
Himpunan Sabtu ini bukan anti Jawi atau anti Melayu kata persatuan Cina Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 24
Dong Zong Kecewa Polis Halang Kongres Anti Jawi

Dong Zong Kecewa Polis Halang Kongres Anti Jawi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 466 hits
Sebanyak 17 kumpulan pendidikan Cina kecewa terhadap tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghalang kongres yang dijadualkan esok bagi membincangkan pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular mulai tahun depan...
Itu Bendera Kiwanis Bukan Komunis Polis Nafi Dakwaan Dalam Video Viral

Itu Bendera Kiwanis Bukan Komunis Polis Nafi Dakwaan Dalam Video Viral

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 483 hits
Pihak Polis menafikan dakwaan berkenaan dengan rakaman yang didakwa perarakan membawa bendera Komunis seperti yang telah tular baru baru ini sebaliknya perarakan tersebut dibuat bersempena dengan Pesta Chingay yang diadakan di Pulau Pinang ...
Tahniah Pdrm Jadikan Agama Syarat Sertai Polis I H Setuju

Tahniah Pdrm Jadikan Agama Syarat Sertai Polis I H Setuju

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 272 hits
SAYA merujuk kepada kenyataan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Abd Rahim Jaafar ketika menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Terengganu baru baru ini yang mahu memastikan setiap perm...
17 Persatuan Cina Tidak Puas Hati Tindakan Polis

17 Persatuan Cina Tidak Puas Hati Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 382 hits
Sebanyak 17 persatuan Cina termasuk Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah terhadap Persidangan Pertubuhan Pertubuhan Cina yang dija...
Himpunan Dong Zong Kenapa Dap Cabar Polis

Himpunan Dong Zong Kenapa Dap Cabar Polis

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 371 hits
PAS hairan dengan sikap beberapa pimpinan DAP yang mencabar keputusan perintah larangan terhadap Kongres Pertubuhan China yang sepatutnya diadakan semalam Penasihat DAP YB Lim Kit Siang dilaporkan telah memprotes arahan pihak polis malah tu...
Bersatu Terengganu Lapor Polis Dakwaan Ph Dikuasai Komunis

Bersatu Terengganu Lapor Polis Dakwaan Ph Dikuasai Komunis

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 272 hits
NORHASPIDA YATIMBadrolhisham bersama Setiausaha Bersatu Marang Rusmizan Awang ketika membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu hari ini KUALA TERENGGANU Bersatu Terengganu membuat laporan polis terhadap dua individu iaitu seorang pencer...
Butterworth Polis Nafi Perarakan Bendera Komunis

Butterworth Polis Nafi Perarakan Bendera Komunis

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 429 hits
Polis menafikan rakaman tular di laman sosial yang didakwa perarakan membawa bendera Parti Komunis Malaya sebaliknya ia adalah perarakan sempena Pesta Chingay yang diadakan di Butterworth Ketua Polis Daerah Seberang Utara Asisten Komisioner...
Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden

Tussle Over Custody Behind 6 Year Old S Murder Say Police

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Empat Gol Mu Ditahan Everton 2 2 Di Premier League Summer Series 2025

Jumpa Gerai Makan Pamilaan Tenom Sabah

Mitos Atau Fakta Kebenaran Di Sebalik Tanggapan Masyarakat Tentang Implan Tulang

Ole Ole Dari Hatyai

Rahsia Buat Doh Kuih Gegetas Sedap Tak Liat Guna 5 Bahan Je

Dolar Kembali Menguasai Pentas Global