Bersatu Tekad Pertahan Hak Orang Melayu Bumiputera


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak boleh bertolak ansur dalam perjuangan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera.
Pengerusi BERSATU itu berkata, parti boleh bertolak ansur dalam beberapa perkara termasuk mengenai tempoh terhad sebagai Perdana Menteri, namun tidak bagi perkara membabitkan hak orang Melayu dan Bumiputera.
“Kita parti Pribumi Melayu. Bukan saja nama, tetapi bentuk parti ini juga untuk orang Melayu, yang kita lihat ketika ini sudah kehilangan pelindung mereka.
“Sebab itu jangan dituduh bahawa kita sudah lupa tentang bangsa kita. Ya, kita akui hak orang lain. Kita bukan penyamun, penyangak merampas harta mereka, tetapi kita juga tidak suka melihat hak kita dirampas sesiapa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU. Perhimpunan yang bermula Jumaat lalu, dihadiri seramai 1,900 perwakilan dari seluruh negara.
Dr Mahathir menegaskan BERSATU kini menjadi parti bertanggungjawab untuk memperbetulkan sifat dan sikap orang Melayu.
Katanya, tugas memperbetulkan kepincangan Melayu menjadi tugas penting parti yang semakin berpecah ketika ini.
“Kita sedar kedudukan orang Melayu, kalau berpegang kepada kenyataan hari ini, jelas kita golongan termiskin di negara yang dahulu menjadi milik kita.
“Kita berjumlah 60 peratus tapi kita sendiri mengurangkan peratusan itu berpecah kepada tiga atau empat parti dan masing-masing menjadi minoriti sehingga bergantung kepada orang lain untuk menentukan kemenangan kita atau tidak.
“Itu kesalahan bukan parti UMNO atau PAS, tapi kesalahan Melayu kerana bila diberi kuasa untuk perbaiki mereka berebut kuasa dan melemahkan diri sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, tugas utama BERSATU adalah memperbetulkan kelemahan orang Melayu tetapi ia tidak perlu diwar-warkan, sebaliknya menerusi kaedah tersendiri.
“Kita perlu betulkan sifat yang ada pada orang Melayu dan ini tugas utama kita. Kita tahu apa kelemahan pada kita, tidak perlu laung-laung sangat. Tapi kita tahu dan tahu bagaimana kita akan atasi masalah ini. Ini tugas kita,” katanya.
Dr Mahathir turut menegaskan BERSATU bukan parti pengemis di dalam Pakatan Harapan (PH) walaupun hanya memenangi 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sebaliknya, beliau berkata keputusan itu dipengaruhi beberapa faktor antaranya bertanding di kerusi ‘panas’, pengharaman parti itu pada saat-saat hampir PRU-14 diadakan dan akibat PH tidak dapat didaftarkan sebagai pertubuhan sah.
Katanya, masalah itu menyebabkan BERSATU terpaksa menggunakan simbol dan logo PKR untuk bertanding dalam PRU-14 yang mengakibatkan pengundi keliru untuk memilih calon BERSATU.
“Sebab itu kita hanya dapat skor begitu rendah bertanding 52 kerusi yang ditandingi. Kita menang 13 kerusi saja. Masa itu kita tidak tahu parti akan diharamkan. Kita juga tidak tahu PH tidak diterima pendaftarannya. Sebab itu kita terima 52 kerusi dan kawasan itu bukan mudah dimenangi.
“Tapi kita bukan parti pengemis dan takut walaupun kita tahu 52 kerusi yang diberi kepada kita sukar dimenangi. Kita tak mengemis minta kerusi yang ‘lembut dan sedap’.
“Kita terima apa saja apa yang diberi, namun penyertaan kita berkesan juga dan saya yakin penyertaan kita menentukan kemenangan PH,” katanya.
The post BERSATU Tekad Pertahan Hak Orang Melayu, Bumiputera appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/bersatu-tekad-pertahan-hak-orang-melayu-bumiputera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Melayu Baru

Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Melayu Baru

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 443 hits
Sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu bercawat minda lagi Sudah 61 tahun Melayu berkuasa bawah UMNO akhirnya reput hilang kuasa akibat kerakusan para penyamun lanun koruptor dan munafik menguasai parti itu Jangan salah orang lain kerana Melay...
Bersatu Akan Rangka Agenda Bumiputera Baru Presiden

Bersatu Akan Rangka Agenda Bumiputera Baru Presiden

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 382 hits
AGM BERSATU Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berikrar parti itu akan merangka satu dasar agenda Bumiputera baru yang benar benar akan menambah baik kedudukan golongan itu di negara ini Dalam ucapan sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahuna...
Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan luar bandar Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang percaya Ahli Parlime...
Bn Semakin Genting Melayu Bersatu Di Dalam Ph

Bn Semakin Genting Melayu Bersatu Di Dalam Ph

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 283 hits
BN semakin genting Melayu bersatu di dalam PHPosted By on December 21 2018Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan BN yang berkuasa sejak 61 tahun lalu dalam keadaan genting apabila 17 ahli parlimen Umno setakat ini telah menin...
Bersatu Akan Lindungi Kepentingan Melayu Dr Mahathir

Bersatu Akan Lindungi Kepentingan Melayu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 352 hits
Diterbitkan Hari ini 7 24 pagiKewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti Melayu adalah kerana orang Melayu di negara ini masih percaya mereka memerlukan parti Melayu untuk melindungi mereka dan kepentingan masyarakat itu kata Pe...
Tun Wajar Memimpin Semula United Malays National Organisation Melayu Bersatu

Tun Wajar Memimpin Semula United Malays National Organisation Melayu Bersatu

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 293 hits
Bagai orang mengantuk di surung bantal apabila DAP umum mahu keluar PH jika agenda mereka tidak dilaksanakan Pucuk dicita ulam mendatang Orang Melayu memang memerlukan satu faktor kuat untuk BERSATU DAP wajar juga namakan lebih awal siapa k...
Peniaga Kecil Melayu Bumiputera Pula Diabaikan

Peniaga Kecil Melayu Bumiputera Pula Diabaikan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 342 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mendesak kerajaan Pakatan Harapan agar membuka telinga mendengar rintihan peniaga kecil kecilan kaum Melayu dan Bumiputera Dalam Facebook miliknya hari ini Ahmad mengesa Dewan Bandara...
Umno Pejuang Sebenar Melayu Dan Bumiputera

Umno Pejuang Sebenar Melayu Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR 1 Jan 8211 Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beria ingin melihat UMNO dihapuskan dan apakah hal ini terkandung di dalam salah satu 8216 time capsu...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto