Bersatu Parti Lebai Malang


 
Dalam sejarah politik negara, Bersatu barangkali boleh dianggap sebagai parti bernasib paling malang.
Selepas PH memenangi PRU14 pada 2018, Bersatu melalui Tun Mahathir Mohamad berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri dan mengetuai tiga kerajaan negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak.
Johor ketika itu dipimpin Osman Sapian dan diikuti Dr. Shahruddin Jamal, Kedah oleh Mukhriz Mahathir manakala Perak oleh Ahmad Faizal Azumu atau Peja.
Berikutan Mahiaddin Md Yasin melakukan pengkhianatan untuk mengejar jawatan Perdana Menteri pada awal tahun 2020 lalu dengan menubuhkan kerajaan PN, dua kerajaan negeri yang diketuai Bersatu terlepas daripada genggamannya.
Jawatan Menteri Besar Johor diambil-alih oleh Hasni Mohamad daripada UMNO sementara Kedah oleh Sanusi Mohd Nor daripada Pas.
Kemudian, UMNO menikam Bersatu di Perak pula dengan menumbangkan Peja melalui sandiwara undi percaya kerana inginkan jawatan Menteri Besar itu.
Lalu berjayalah UMNO mencapai cita-citanya dengan Saarani Mohamad kini menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Peja.
Baru-baru ini, berikutan dikhianati oleh UMNO, Bersatu akhirnya hilang jawatan Perdana Menteri yang dipegang Mahiaddin.
Sebagaimana Mahiaddin mengkhianati PH untuk merampas jawatan Perdana Menteri, beliau akhirnya dikhianati oleh UMNO yang pada awalnya menyokong beliau menduduki jawatan tersebut.
Meski dikhianati dan dijatuhkan oleh UMNO, Mahiaddin dan Bersatu sekarang ini tiada pilihan lain selain terpaksa menyokong Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri.
Maknanya, jika Ismail Sabri terpilih sebagai Perdana Menteri, sebagaimana di Perak di mana pengganti jawatan itu diambil alih oleh UMNO, tempat Mahiaddin mengetuai kerajaan pusat juga diambil oleh UMNO.
Menariknya, Mahiaddian selaku Presiden Bersatu seakan menuruti nasib malang Peja yang merupakan Timbalan Presiden parti itu.
Hanya dalam Bersatu, Presiden dan Timbalannya dijatuhkan oleh parti yang sama dan kemudian mereka menyokong pula pemimpin daripada parti tersebut untuk mengganti kerusi yang mereka tinggalkan.
Aduhhh….malang sekali nasibmu Bersatu!!
Hakikatnya, elok-elok ada kerusi Perdana Menteri dan tiga kerajaan negeri, tetapi dek kerana rakus kuasa dan sanggup berbuat khianat, akhirnya mereka sendiri dikhianati hingga tiada apa-apa lagi yang tinggal sekarang ini.
Jika UMNO melalui Ismail Sabri berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri, nasib malang Bersatu dijangka tidak berakhir setakat ini saja.
Walaupun kerajaan PN 2.0 yang akan mentadbir negara adalah lanjutan kerajaan PN sebelum ini, tetapi oleh kerana ia bakal diketuai UMNO, lebih mungkin Bersatu akan terus diketepikan dan ditekan dalam banyak siri lagi selepas ini.
Selain Mahiaddin sendiri bakal kena saman dengan Najib Razak, yang pasti, Geng Hamzah Zainuddin dan Geng Azmin Ali tidak akan semudah itu untuk diberi laluan terus bertanding di kerusi-kerusi lompat mereka, meskipun telah memberi sumbangan meletakkan calon UMNO di kerusi Perdana Menteri.
Hilang semua jawatan, kena saman dan kerusi pilihanraya pun bakal melayang, apa lagi kalau bukan namanya Si Lebai Malang?


 (ShahbudinHusin 18/08/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/bersatu-parti-lebai-malang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Sifat Tamak Dan Khianat Bersatu Jadi Parti Lebai Malang

Akibat Sifat Tamak Dan Khianat Bersatu Jadi Parti Lebai Malang

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 320 hits
BERSATU PARTI LEBAI MALANGShahbudin Husin Dalam sejarah politik negara Bersatu barangkali boleh dianggap sebagai parti bernasib paling malang Selepas PH memenangi PRU14 pada 2018 Bersatu melalui Tun Mahathir Mohamad berjaya menduduki kerusi...
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 291 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Terlepas Sahaja Jawatan Perdana Menteri Maka Pupus Lah Parti Bersatu

Terlepas Sahaja Jawatan Perdana Menteri Maka Pupus Lah Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 349 hits
Kekuatan Parti Pribumi Bersatu hari ini ada lah atas sebab mereka mewarisi jawatan Perdana Menteri secara hijack dari Tun Mahathir Tun Mahathir pula hijack jawatan itu dari Pakatan Harapan setelah tipu daya berjanji untuk menyerahkan jawata...
Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno

Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 306 hits
BENTONG Ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pekan Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamed hari ini mengambil keputusan untuk keluar dari parti berkenaan yang disertainya sebelum ini dengan menyertai UMNO Borang kemasukan semula ke dalam U...
Cadangan Persefahaman Rentas Parti Tidak Merujuk Pembentukan Kerajaan Baharu

Cadangan Persefahaman Rentas Parti Tidak Merujuk Pembentukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 242 hits
satuberita myBy August 15 2021Saifuddin berkata sebaliknya ia adalah kerajaan Perikatan Nasional yang mendapat dukungan daripada sebahagian Ahli Parlimen pembangkang bagi menyelesaikan isu isu tertentu GAMBAR Malay Mail TUJUH cadangan rangk...
Kualiti Parti Macam Buntot Kuali

Kualiti Parti Macam Buntot Kuali

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 273 hits
Semua boleh semua halal untuk kekal kuasa Prinsip dan pendirian perjuangan yang boleh dikoyak Istihar darurat babi pun boleh makan Makan untuk hidup kalau Tak makan nanti mudarat hilang kuasa dan pangkat
Asbab Penyokong Yang Bodoh Orang Meluat Pada Parti

Asbab Penyokong Yang Bodoh Orang Meluat Pada Parti

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 102 hits
MOHD MUKHLISDalam twitter space semalam saya ada sebut dengan tuntas yang politik adalah seni menjual idealogi Saya juga sebut dalam mana mana kumpulan akan ada golongan yang jadi extremis outlier Mereka ini sebenarnya toksik dan agen pemec...
Mengarut Lah Dok Pujuk Puak Khianat Parti Ni

Mengarut Lah Dok Pujuk Puak Khianat Parti Ni

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 359 hits
Panas PKR gagal pujuk kem Azmin sokong Anwar PMAugust 15 2021 Beberapa percubaan giat dijalankan Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sekumpulan ahli Parlimen yang keluar dari PKR tahun lalu gagal dalam objektif bagi mengalihkan sokongan me...
Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Lenion Rechee Nuan Siku Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders