Bersatu Johor Ibarat Retak Menanti Belah Khaled


MALAYSIAKINI


   
Isu penukaran Menteri Besar Johor membongkar lebih banyak isu dalaman Bersatu terutama perselisihan antara Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata, keadaan itu lebih ketara dalam isu pelantikan pengerusi Bersatu Johor selepas Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

"Jangkaan semua pihak adalah mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan, sama ada di peringkat negeri mahupun kerajaan pusat akan menjadi calon yang berkemungkinan diangkat mengepalai Bersatu Johor.

"Justeru bagi meredakan spekulasi dan khabar angin, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan bahawa pengumuman Pengerusi Bersatu Johor akan dibuat oleh beliau tidak lama lagi, yang dijangkakan selepas sambutan Hari Raya kelak.

"Namun adalah sangat memeranjatkan apabila Tun Dr Mahathir pula telah terlebih dahulu mengumumkan YB Mazlan Bujang, yang baru sahaja digugurkan dari exco Johor sebagai Pengerusi Bersatu Johor," katanya dalam satu kenyataan.

Isu penukaran menteri besar Johor sebelum ini mencetuskan polemik berterusan antara perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan istana Johor

Pada 13 April, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Osman dan bersetuju dengan peletakan jawatannya dengan syarat penggantinya perlu merombak barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco)
Keesokannya, Adun Bukit Kepong, Dr Sahrudin Jamal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru

Sahrudin kemudian melakukan rombakan exco yang menyaksikan Adun Puteriwangsa, Mazlan Bujang dan Adun Skudai, Tan Hong Pin digugurkan

Kedua-dua individu berkenaan dikatakan tidak disenangi pihak istana

Mazlan sendiri mendakwa barisan exco yang baru itu terdiri daripada pasukan Muhyiddin

Baca: Ini tim Muhyiddin
Pada 24 April lalu, Malaysiakini melaporkan Muhyiddin memohon maaf kepada Mahathir semasa mesyuarat tergempar majlis tertinggi parti itu.

Ini selepas Mahathir dikatakan marah terhadap keputusan merombak exco tanpa persetujuan beliau.
Spekulasi perselisihan faham antara Mahathir dan Muhyiddin dikatakan tidak berakhir di situ

Pada 29 April, Pengarah Media Bersatu Johor Solihan Badri dilapor berkata Muhyiddin selaku presiden parti akan membuat pengumuman mengenai pengerusi Bersatu Johor yang baru selepas hari raya Aidilfitri

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Mahathir mengumumkan Mazlan dipilih sebagai pengerusi Bersatu Johor untuk menggantikan Osman.

'Tamparan hebat kepada Muhyiddin'
Menurut Khaled, pengumuman tersebut bukan sahaja tidak meredakan spekulasi tentang perpecahan dan isu dalaman Bersatu Johor, malah menguatkan lagi sangkaan selama ini.

"Ini kerana pelantikan serta pengumuman oleh YAB Tun Dr Mahathir tersebut secara jelas merupakan satu tamparan hebat yang memberi kesan kepada air muka dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Lebih-lebih lagi, Pengerusi yang baharu ini dikatakan sebagai calon dari pasukan atau kem yang dianggap tidak menyebelahi pasukan yang menerajui kerajaan Negeri Johor sekarang, yang nyata memihak dan berada di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya yang juga bekas menteri besar Johor.

Katanya, keadaan itu menyerlahkan situasi bahawa Bersatu Johor benar-benar sudah terbahagi kepada beberapa kem atau pasukan.

"Biar apa pun alasan dan jawapan mereka, apa yang jelas kepada masyarakat adalah Bersatu Johor sedang mengalami satu krisis dalaman dan perpecahan yang tidak dapat disembunyikan lagi, ibarat retak menanti belah," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/bersatu-johor-ibarat-retak-menanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertembungan Kem Tun M Muhyiddin Yassin Ppbm Ibarat Retak Menanti Belah

Pertembungan Kem Tun M Muhyiddin Yassin Ppbm Ibarat Retak Menanti Belah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 339 hits
JOHOR BAHRU 4 Mei 8211 Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pelantikan Mazlan Bujang dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor yang baharu pada minggu ini jelas merupakan tamparan hebat dan memberi kesan kepada a...
Mazlan Bujang Pengerusi Bersatu Johor

Mazlan Bujang Pengerusi Bersatu Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 345 hits
Ketua bahagian Bersatu Tebrau Mazlan Bujang dipilih sebagai pengerusi Bersatu Johor yang baru bagi menggantikan Osman Sapian yang juga bekas menteri besar Johor Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya ha...
Dr M Tak Boleh Kata Perlembagaan Johor Batal Sebab Isu Sultan Kata Khaled Nordin

Dr M Tak Boleh Kata Perlembagaan Johor Batal Sebab Isu Sultan Kata Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 463 hits
Tun Dr Mahathir mendakwa Undang Undang tubuh Johor terbatal dengan terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Foto Free Malaysia Today Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang undan...
Johor Bersatu Muhyiddin To Relinquish State Chairman Post

Johor Bersatu Muhyiddin To Relinquish State Chairman Post

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 353 hits
JOHOR BARU Tan Sri Muhyiddin Yassin will not helm Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia for much longer with his replacement to be named after Hari Raya Aiidilfitri Its media director Mohd Solihan Badri said that his replacement had already ...
Muhyiddin Akan Letak Jawatan Pengerusi Bersatu Johor

Muhyiddin Akan Letak Jawatan Pengerusi Bersatu Johor

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 321 hits
Muhyiddin akan letak jawatan pengerusi Bersatu Johor Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr 2019 8 15PM
Bersatu Johor Terus Bergolak Pengerusi Baharu Bakal Dilantik

Bersatu Johor Terus Bergolak Pengerusi Baharu Bakal Dilantik

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 465 hits
Walaupun Mazlan Bujang sudah dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri yang baharu berkuat kuasa pada 25 Mei ini pergolakan dalaman parti itu masih tidak lagi reda Menerusi satu mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat ...
Mb Tidak Dilantik Pengerusi Bersatu Johor Masihkah Tun Mahathir Berdendam Dengan Muhyiddin

Mb Tidak Dilantik Pengerusi Bersatu Johor Masihkah Tun Mahathir Berdendam Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 719 hits
Ternampak ada sesuatu yang pelik dan ganjil dalam perlantikan Pengerusi Bersatu Negeri Johor sebagaimana yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad hari ini Diminta mengesahkan perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Johor Tun Maha...
Spekulasi Mesyuarat Ketua Bahagian Bersatu Johor Tolak Mazlan

Spekulasi Mesyuarat Ketua Bahagian Bersatu Johor Tolak Mazlan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 435 hits
Khabar berkenaan kemelut dalaman Bersatu Johor dihangatkan lagi dengan pertemuan pemimpin Bersatu negeri tengah hari tadi Menurut sumber pertemuan itu melibatkan 23 daripada 26 ketua bahagian Bersatu negeri dan berkenaan bantahan terhadap A...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day