Mb Tidak Dilantik Pengerusi Bersatu Johor Masihkah Tun Mahathir Berdendam Dengan Muhyiddin



Ternampak ada sesuatu yang pelik dan ganjil dalam perlantikan Pengerusi Bersatu Negeri Johor sebagaimana yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, hari ini.Diminta mengesahkan perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Johor, Tun Mahathir berkata, “saya fikir dia sudah pun diberikan surat perlantikan itu”.Mazlan baru-baru ini digugurkan sebagai Exco Negeri Johor berikutan perlantikan Dr. Shahruddin Jamal sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Osman Sapian.Pengguguran Mazlan bersama seorang lagi wakil daripada DAP tidak disenangi oleh Tun Mahathir sehingga beliau memanggil mesyuarat khas Bersatu untuk meminta penjelasan daripada Muhyiddin Yassin mengenainya.Ia berikutan kabinet telah membuat pendirian tidak ada sebarang perubahan perlu dilakukan pada barisan Exco Johor, tetapi ketika Muhyiddin bersama Dr. Shahruddin mengadap Sultan Johor, dua nama Exco baru, Solihan Badri dan Tosrin Jarvanthi telah dipersembahkan kepada baginda.Perlantikan dua Exco baru itu dilihat telah meretakkan hubungan Tun Mahathir dan Muhyiddin, bukan saja kerana arahan Perdana Menteri dan kabinet tidak dipatuhi, tetapi juga disebabkan kedua-dua Exco baru yang dilantik itu adalah dikenali sebagai penyokong kuat kepada Presiden Bersatu itu.Dr. Shahruddin yang dilantik sebagai Menteri Besar sebelum itu juga dikatakan sebagai penyokong kuat Muhyiddin dan namanya sendiri dikhabarkab dicadangkan oleh Muhyiddin untuk jawatan tersebut.Mazlan pula sebaik digugurkan sebagai Exco berkata, penggugurannya adalah kerana beliau bukan daripada team Muhyiddin.Kini, dengan dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Johor yang baru menggantikan Osman Sapian, Mazlan nampaknya telah mendapat pembelaan daripada Tun Mahathir.Dr. Shahruddin yang merupakan Menteri Besar pula hanya dilantik sebagai Setiausaha Bersatu Negeri Johor.Bermakna, meskipun Dr. Shahruddin adalah Menteri Besar Johor, tetapi dalam struktur parti di negeri itu, beliau hanya setiausaha atau dalam bahasa pasarnya adalah “budak suruhan” kepada Mazlan.Bolehkah seorang Menteri Besar hanya menjadi setiausaha kepada Mazlan yang digugurkan olehnya sebagai Exco?Bolehkah juga Mazlan sebagai Pengerusi Bersatu Johor yang tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan memberi sesuatu arahan kepada Dr. Shahruddin sebagai setiausahanya sedangkan dalam waktu yang sama setiausahanya itu adalah ketua kerajaan negeri?Tidakkah ini sesuatu yang pelik?Tidakkah perlantikan ini akan menyebabkan ada dua kepala dalam Bersatu Johor – seorang mengetuai parti dan seorang lagi mengetuai kerajaan negeri?Dalam hal ini mengapa Tun Mahathir tidak melantik Dr. Shahruddin, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor sebagai Pengerusi Bersatu negeri itu?Bukankah lebih baik dan lebih mudah jika ketua kerajaan negeri turut menjadi ketua parti di peringkat negeri?Apa muslihat Tun Mahathir dalam melantik Mazlan dan bukan Dr. Shahruddin sebagai Pengerusi Bersatu Johor?Apakah Tun Mahathir masih berdendam dengan Muhyiddin, meskipun Presiden Bersatu itu dikhabarkan sudah meminta maaf kerana mendakwa tidak tahu mengenai adanya arahan kabinet berhubung tiada perubahan dalam kedudukan Exco lantaran tidak menghadiri mesyuarat disebabkan ada tugasan di luar negara ketika itu?Ke mana sudahnya hubungan Tun Mahathir dan Muhyiddin selepas ini, terutama dalam pemilihan Bersatu nanti? (Shahbudindotcom 30/04/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/04/mb-tidak-dilantik-pengerusi-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akan Letak Jawatan Pengerusi Bersatu Johor

Muhyiddin Akan Letak Jawatan Pengerusi Bersatu Johor

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 330 hits
Muhyiddin akan letak jawatan pengerusi Bersatu Johor Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr 2019 8 15PM
Bersatu Johor Terus Bergolak Pengerusi Baharu Bakal Dilantik

Bersatu Johor Terus Bergolak Pengerusi Baharu Bakal Dilantik

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 475 hits
Walaupun Mazlan Bujang sudah dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri yang baharu berkuat kuasa pada 25 Mei ini pergolakan dalaman parti itu masih tidak lagi reda Menerusi satu mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat ...
Mazlan Bujang Pengerusi Bersatu Johor

Mazlan Bujang Pengerusi Bersatu Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 351 hits
Ketua bahagian Bersatu Tebrau Mazlan Bujang dipilih sebagai pengerusi Bersatu Johor yang baru bagi menggantikan Osman Sapian yang juga bekas menteri besar Johor Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya ha...
Johor Bersatu Muhyiddin To Relinquish State Chairman Post

Johor Bersatu Muhyiddin To Relinquish State Chairman Post

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 362 hits
JOHOR BARU Tan Sri Muhyiddin Yassin will not helm Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia for much longer with his replacement to be named after Hari Raya Aiidilfitri Its media director Mohd Solihan Badri said that his replacement had already ...
Jika Muhyiddin Jantan Undur Diri Bersatu Tak Goyang Tamrin Tun Ghaffar Baba

Jika Muhyiddin Jantan Undur Diri Bersatu Tak Goyang Tamrin Tun Ghaffar Baba

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 378 hits
Tamrin mengulas mengenai Muhyiddin Yassin berkaitan isu penyingkiran 2 exco Johor dan kedudukannya dalam parti PPBM BERSATU Foto Free Malaysia Today oleh Tamrin Ghaffar Baba Mungkin pada awal ini BERSATU akan goyang jika sekiranya Muhyiddin...
Tun Mahathir Mahu Letak Jawatan Pm Kerana Johor

Tun Mahathir Mahu Letak Jawatan Pm Kerana Johor

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 338 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mahu meletak jawatan kerana tidak berpuas hati rombakan exco Johor oleh Menteri Besar Sahruddin Jamal Foto The Malaysian Insight Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan marah dan terfikir mahu meletak ...
Dr Mahathir Marah Exco Johor Dirombak Muhyiddin Minta Maaf Kata Laporan

Dr Mahathir Marah Exco Johor Dirombak Muhyiddin Minta Maaf Kata Laporan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 602 hits
Dr Mahathir marah exco Johor dirombak Muhyiddin minta maaf kata laporan Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 24
Mahathir And Muhyiddin Clash Over Johor Exco

Mahathir And Muhyiddin Clash Over Johor Exco

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 382 hits
Top PPBM leaders have expressed solidarity with Dr Mahathir Mohamad amid lingering tension between the prime minister and the Johor royal household over the selection of the state cabinet FMT has learnt from reliable sources that the expres...
Tmj Balas Kenyataan Tun Mahathir Perlembagaan Johor Terbatal

Tmj Balas Kenyataan Tun Mahathir Perlembagaan Johor Terbatal

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 520 hits
Tunku Mahkota Johor berbalah dengan Tun Dr Mahathir isu perlembagaan Malaysia dan Johor Foto The Star Tunku Ismail Sultan Ibrahim membalas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan perlembagaan negeri Johor dan Terenggan...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Maggie Goreng

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

Bahan Mudah Untuk Detoks Perkongsian Dr Zubaidi