Bersatu Dan Pas Kini Bermasalah Pn Diancam Bahaya


 Siap Pas!!
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan telah mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti tersebut pada PRU15 yang lalu.
Menurut sumber daripada agensi itu, ia bagi membantu siasatan berhubung video tular yang menunjukkan orang ramai dikatakan menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk menerima bayaran daripada PAS bagi tujuan mengundi.
Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata setakat ini, SPRM telah berjaya menjejaki hampir separuh daripada 90 individu tersebut dan mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.
“Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.
“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil lebih ramai saksi bagi membantu siasatan.
“Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).
“Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar,” kata sumber itu lagi.
Katanya, siasatan dijangka dapat diselesaikan dalam masa kira-kira dua minggu daripada sekarang.
Tambah sumber itu, SPRM berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.
Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila mereka ingin mengutip wang berkenaan, selain perlu mengangkat sumpah.
Dengan 90 penerima duit sedekah telah dikenalpasti, malah turut diambil keterangan mereka, kedudukan Pas kini tentu saja sedang diancam bahaya.
Ia bukan saja mendedahkan beberapa kemenengan Pas dalam PRU15 lalu boleh dibatalkan kerana melanggar undang-undang, malah mengancam masa depan parti itu di mata rakyat.
Jika terbukti banyak kemenangan Pas diraih kerana rasuah, walaupun dianggap sedekah oleh Hadi Awang, imej Pas sebagai parti Islam boleh terhakis dengan sendirinya.
Apa yang berlaku kepada Pas ini juga suatu tamparan secara langsung kepada PN setelah akuan bank Bersatu, sebuah lagi komponen PN telah dibekukan oleh SPRM untuk disiasat berkaitan penggubahan wang haram.
Bersatu bermasalah dan Pas juga bermasalah, mampukah PN menghadapi PRN di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan berkesan?
Selepas berakhirnya PRU15 pada November lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa PAS telah memberi wang kepada pengundi.
Pengarah pilihan raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menafikan perkara itu.
Sanusi berkata dakwaan itu merupakan helah daripada musuh politik untuk memburuk-burukkan PAS dan parti Islam itu tidak mempunyai dana untuk membayar pengundi.
Pada Januari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan mengagihkan wang tunai kepada pengundi.
Dia dilaporkan memberitahu media di Terengganu bahawa peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata undang-undang tidak menghalang orang ramai daripada “bersedekah”. – ShahbudinHusin 03/02/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/bersatu-dan-pas-kini-bermasalah-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ready To Give Up Seats To Bersatu In Terengganu Polls Says Samsuri

Pas Ready To Give Up Seats To Bersatu In Terengganu Polls Says Samsuri

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 272 hits
PAS vice president Ahmad Samsuri Mokhtar said seat negotiations with Gerakan another PN component party were also ongoing PETALING JAYA Terengganu PAS is ready to give up some of its state seats to Bersatu in the upcoming state elections sa...
Pas To Macc Release Bersatu S Frozen Accounts If No Wrongdoing Found

Pas To Macc Release Bersatu S Frozen Accounts If No Wrongdoing Found

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 251 hits
NSTP file picKOTA BARU Pas is hoping that the Malaysian Anti Corruption Commission will release Parti Pribumi Bersatu Malaysia s accounts if no wrongdoing was found Party s vice president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said this will help Ber...
Dari Dulu Cantik Popular Kini Foto Roh Yoonseo Ketika Di Sekolah Menengah Jadi Bualan

Dari Dulu Cantik Popular Kini Foto Roh Yoonseo Ketika Di Sekolah Menengah Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 268 hits
Bintangi Crash Course in Romance kini pelakon Roh Yoon seo nampaknya semakin menjadi fokus orang ramai ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini gambar pelakon wanita itu ketika di sekolah menengah telah menjadi bualan ramai dek visualnya yang menawa...
Siasataan Penuh Selepas Sarah Kini Giliran Lra Pulak Kena Bl0ck Dengan Syamsul

Siasataan Penuh Selepas Sarah Kini Giliran Lra Pulak Kena Bl0ck Dengan Syamsul

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 159 hits
Meskipun sedang dibelenggu dengan masalah rumah tangga pengarah popular iaitu Syamsul Yusof kini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk pembikinan filem The Original Gangster
Ketua Penerangan Pas Jangan Pesong Kenyataan Pm Amk

Ketua Penerangan Pas Jangan Pesong Kenyataan Pm Amk

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 212 hits
Ketua Penerangan Pas jangan pesong kenyataan PM AMKPosted By on January 21 2023Angkatan Muda KEADILAN Malaysia membidas Ketua Penerangan Pas Ir Khairil Nizam Khirudin yang didakwa cuba memesongkan maksud sebenar kenyataan ucapan Perdana Men...
Bantuan Dermasiswa Zakat Pahang 2023 Kini Dibuka

Bantuan Dermasiswa Zakat Pahang 2023 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 640 hits
Berita baik kepada anak anak Pahang beragama Islam dimana pihak MUIP mengumumkan permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pahang untuk tahun 2023 kini dibuka Jadi kepada yang layak dengan memenuhi syarat syarat yang ditetapkan boleh la siapkan s...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Apakah Itu Carcosa

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Probiotik Jadikan Usus Lebih Sihat Dan Kulit Auto Lembut

Tips Langsai Hutang Dengan Emas

Paper Bowl Packaging F B Custom Kunci Pelanggan Ingat Jenama Anda Setiap Kali Makan

Kacang Goreng Salut Tepung

25 Tahun Perjalanan Seni Inteam Nur Kasih Bakal Berlangsung Di Axiata Arena

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung