Bersarapan Pagi Dengan Roti Kitab Menu Klasik Ala Ala Kampung Pak Inchik Kafe Laman Ole Ole Maharani Muo




Pagi ini orangmuo tetiba tergerak hati ingin bersarapan pagi di Laman Ole-Ole Maharani Muo. Bertemankan isteri, orangmuo terus ke Laman Ole-Ole Maharani Muo yang terletak di antara Jalan Tanjung dan Jalan Maharani, bersebelahan dengan Muar Traders Hotel, antara hotel ternama di daerah Muo. Kedudukan Laman Ole-Ole Maharani betul-betul berada di tengah-tengah bandar Muo, dengan viewnya yang sangat cantik di tepi Muara Sungai Muar memudahkan para pengunjung menuju ke destinasi.




Terdapat banyak gerai atau kafe di Laman Ole-Ole Maharani yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan sama ada untuk bersarapan pagi, minum petang atau makan malam.  Salah sebuah kedai yang menarik perhatian orangmuo ialah "Pak Inchik Kafe".  Kafe ini menyediakan menu sarapan pagi berkonsepkan ala-ala kampung.   






Jika anda merindukan masakan sarapan pagi ibu atau nenek di kampung, singgahlah bersarapan di Kafe Pak Inchik, kerana banyak menu ala-ala kampung yang disajikan di kafe ini mempunyai kualiti rasa masakan kampung,  sedap-sedap belaka.



Antara menu sarapan pagi yang tersedia di kafe ini ialah  roti kitab, roti arab, roti kacang pold, roti jala kambing/ayam, lempeng kambing/ayam, lontong, nasi lemak basmathi dan sebagainya. 

Menu paling istimewa yang terdapat di Kafe Pak Inchik ialah Roti Kitab.  Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasa roti kitab Pak Inchik Kafe.  Sebenarnya ia adalah menu simple, namun ia lain dari yang lain, tiada di tempat lain:)  Bahan-bahannya adalah sekeping roti tebal seperti sebuah buku teks, yang ditempah khas terus dari kilang.



Roti ini dibakar dan disapu dengan mentega, kemudian disajikan dengan telur setengah masak bersama dengan kaya! Gabungan telur separuh masak dengan kaya, agak unik bukan, tetapi memang sedap. Walaupun tebal, tekstur rotinya tetap lembut dan halus. Rasanya memang enak, sangat santai, dan anda akan berasa puas hati.  





Selain itu, anda juga dapat menikmati keenakan roti jala atau lempeng kampung yang lemak rasanya dimakan dengan kari ayam atau kari kambing, betul-betul terasa seolah-olah seperti bersarapan di rumah nenek di tepi sawah.





Kafe Pak Inchik ini diusahakan oleh bekas pengurus sebuah hotel terkenal di Muar (Hotel Classic Muar), Encik Shamshul.  Berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus hotel selama 25 tahun, sudah tentu beliau amat mahir berkaitan dengan pengurusan hotel dan pengurusan makanan, dari situ beliau  dibantu oleh isterinya dengan 7 orang pekerja yang cekap dan berdisiplin tinggi memulakan perniagaan kafe Pak Inchik pada tahun 2020. 



Menurut En Shamshul lagi, selain roti kitab,  menu istimewa lain menjadi pilihan ramai pengunjung ialah roti kacang pold.  Ternyata ia juga sangat sedap.  



En Shamshul amat mengutamakan keselesaan pelanggannya.  Beliau akan memastikan setiap pelanggannya mendapat layanan sepenuhnya. Anda tidak perlu menunggu lama kerana beliau akan memastikan menu yang dipesan oleh setiap pelanggannya akan sampai  tidak lebih dari 7 minit. 



Kafe Pak Inchik dibuka pada setiap hari, kecuali hari Rabu tutup.  Operasi perniagaan bermula pada pukul 7.00 pagi - 12 tengah hari.




Laman Ole-Ole Maharani merupakan medan selera yang menempatkan beberapa lot kedai makan dan cenderahati. Bangunan yang tersedia adalah daripada set kontena dua tingkat yang disusun atur sebegitu rupa sehingga kelihatan sangat menarik dan bergaya klasik, terutamanya pada waktu malam ia akan lebih mempesona dengan sinaran cahaya lampu beraneka warna. 
Selain Kafe Pak Inchik, banyak lagi kedai-kedai yang mengusahakan perniagaan di Laman Ole-Ole Maharani, masing-masing menyajikan pelbagai menu instimewa yang berbeza, pastinya membuatkan anda ingin merasai kesemua makanan yang ada dijual di situ. Antaranya kedai makan Lapo House, Sate Dhuha, Shell Out Muo, Cendol De' Raja dan lain-lain lagi. Lain kedai lain keistimewaannya.


Buat para pengunjung yang datang melancung ke bando Muo, sudi-sudikanlah bersarapan pagi atau ngeteh petang ataupun dinner bersama famili dan rakan-rakan di Laman Ole-Ole Maharani, sambil santai menikmati tiupan bayu laut muara sungai Muo.  Anda juga boleh join sama dengan kaki pancing yang memenuhi tebing sungai muara sungai Muo. Selamat menjamu selera. Muo Destinasi Unik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/11/bersarapan-pagi-dengan-roti-kitab-menu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Titab Sarapan Pagi Ala Ala Kopitiam Di Rumah Sahaja

Roti Titab Sarapan Pagi Ala Ala Kopitiam Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 276 hits
Teringin nak makan Roti Titab tapi malas betul nak bangun pagi bersesak dekat Kopitiam musim Covid ni Sedap memang kalau dapat sarapan Roti Titab ni Nasib baiklah haritu buka Facebook ternampak resipi Roti Titab ni boleh buat lebih untuk sa...
Sedapnya Menu Kari Kepala Ikan Masak Stail Kampung

Sedapnya Menu Kari Kepala Ikan Masak Stail Kampung

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 236 hits
Hari ini kita kongsikan resipi kari kepala ikan kerapu yang dimasak stail kampung Paling best bila ada 3 ketul kepala ikan yang saiz besar dan segar lagi Menerusi perkongsian resipi daripada saudara Mohd Rozmie ini kari ikan ini sedap dimak...
Warung Pak Din Kampung Sungai Limau Lunas Kedah

Warung Pak Din Kampung Sungai Limau Lunas Kedah

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 505 hits
Warung Pak Din Warung Pak Din Warung Pak Din ni terletak di Kampung Sungai Limau Lunas Kedah Lokasinya betul betul depan jalan utama dan lebih kurang 50m dari entrance ke highway BKE Dari jauh nampak macam susah nak parking tapi sebenarnya ...
Warrung Pak Bakar Muo Seafood Segar Dari Ladang Tempat Makan Santai Terapung Atas Air

Warrung Pak Bakar Muo Seafood Segar Dari Ladang Tempat Makan Santai Terapung Atas Air

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 440 hits
Sesekali kita teringin juga hendak menikmati seafood atau makanan laut seperti ikan bakar pari bakar sotong goreng tepung ketam goreng cili atau kerang bakar Bagi penduduk sekitar daerah Muo yang berhampiran kini anda mempunyai satu lagi te...
Buat Roti Macam Di Kafe Hipster Memang Terbaik

Buat Roti Macam Di Kafe Hipster Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 224 hits
Rindu nak makan roti macam dekat kafe mahal tu jom kita tiru caranya dengan resipi yang dikongsi oleh Chef Ritz Resipi ni mudah tak perlu nak renyah renyah kata orang utara Roti jenis ni dah jadi satu trend Kebanyakan kafe hipster gemar gun...
Buat Sendiri Pau Kampung Kukus Yang Sedap Lembut Gebu

Buat Sendiri Pau Kampung Kukus Yang Sedap Lembut Gebu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 360 hits
Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih lebih lagi jika dimakan panas panas Ada resipi mudah yang boleh anda cuba Tak perlu beli lagi kerana anda boleh hasilkan sendiri pau kampung kukus yang sedap dan pelbagai inti secara Caran...
Pemimpin Umno Berjuang Isu Tanah Kampung Baru Hilang Membisu

Pemimpin Umno Berjuang Isu Tanah Kampung Baru Hilang Membisu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 240 hits
AGENDA DAILY Kampung Baru terletak di tengah tengah bandar Kuala Lumpur Pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan isu tanah di Kampung Baru kini diam membisu dalam isu melibatkan penduduk flat disitu yang diarahkan berpindah dengan mengguna...
Kampung Baru Residents Will Be Compensated More Pledges Shahidan

Kampung Baru Residents Will Be Compensated More Pledges Shahidan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 206 hits
Residents of Kampung Sungai Baru in Kampung Baru have complained that they will be compensated less than RM250 000 for vacating their homes to make way for a development project KUALA LUMPUR Federal territories minister Shahidan Kassim has ...
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Sos Ala Korea Homemade

Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Sos Ala Korea Homemade

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 292 hits
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Sos Ala Korea Homemade Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hampir tiga bulan Sha cuti sakit banyak juga kos habis sepanjang tempoh ini Bukan banyak beli barang apa pun cuma banyak beli makan kat luar t...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco