Bersampan Di Ninh Binh





Alhamdulillah selepas berseronok menaiki boat di Ha Long bay laut di SINI. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kali ini kami bersampan pula di Ninh Binh. mALIber oSelepas sarapan, kami bertolak ke Ninh Binh yang terletak sejauh 120 km dari bandar Hanoi.  Aktiviti utama di sini ialah bersampan selama 1 jam 45 minit dengan didayung oleh pendayung yang mendayung menggunakan kaki. 
Kawasan ini mendapat jolokan 'Ha Long sungai'. Ianya sebuah kawasan sungai yang bermula dengan muaranya di pelabuhan di mana kami menaiki sampan secara berpasangan menyelusuri sungai. Pemandangan yang menarik dengan suasana yang best dan segar. Kita akan melalui 3 buah gua berair.



Masa mula mula naik sampan, hujan mulai turun rintik rintik. Kami telah dipesan oleh Pak Rudy supaya membawa payung atau baju hujan. Maklum perjalanan bersampan menyusuri sungai selama 1 jam 45 minit, kalau hujan lebat boleh basah lenjun juga. 
Memang tak ada tempat untuk sampan berhenti berteduh. Pendayung sampan kami dah buka payung dia untuk mengelakkan dari terkena hujan. Kami masa tu redha jer dan terus berharap agar hujan berhenti. 

Air ketika mula mula naik sampan, nampak jernih sehingga kelihatan rumput rampai di dalamnya seperti rumput di dalam. akuarium gitu. Air sedalam 1-2 meter. 




Namun semakin kita menyusuri sungai di bahagian atas, air mulai keruh dan tak nampak lagi dasar sungai. Di situ adanya aktiviti pertanian seperti penanaman padi. 




Boleh tengok dalam gambar di bawah, kecantikan pemandangan di awal pagi di sini dengan kabus, gunung ganang dan air sungai. Gabungan alam yang sangat cantik. Ada 3 gua yang perlu kita lalui. Memang suasana sangat romantis walaupun air sungai tidak lagi jernih. 


Di kiri kanan sungai terdapat aktiviti penanaman padi dan gunung-gunung batu kapur yang berbentuk seperti pulau di Ha Long. Itu sebab ianya dikenali sebagai Ha Long bay di daratan. 
Gabungan pemandangan yang cantik dengan sawah padi, sungai, kabus serta gua menjadi satu pemandangan master piece. Bila berdekatan dengan muara baru terdapat rumah kediaman, kedai dan tanah perkuburan


Seperti biasa, aktiviti yang menyeronokkan bagi setiap percutian kami ialah aktiviti bergambar secara kumpulan bila kami meminta pendayung untuk memberhentikan sampan untuk menunggu sampan Dato Wan Nazari, Datuk Ibrahim Fadzil dan Azhar Mokti. 


Semasa dalam perjalanan balik, Hubby mencadangkan supaya kami membuka baju pelampung untuk lebih cantik di dalam gambar. Haa memang betul, lebih cantik kerana kebetulan baju saya yang berwarna merah menjadi sangat terserlah di dalam gambar. 




Serious aktiviti bersampan ini sangat menyeronokkan dan seperti ingin mengulanginya lagi. Patutlah diletakkan sebagai tapak warisan oleh UNESCO kerana kecantikan dan keindahan alam di sini bila bukit gunung ganang dan air sungai bergabung. OK setakat ini dahulu, nantikan sambungannya di entri akan datang...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/02/bersampan-di-ninh-binh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke