Bersalin 6 Anak Ozylnn Pilih Pakai Bengkung Panjang 20 Meter Tak Minum Ais Hingga 2 Tahun
Tengok gaya ibu kepada enam anak, ramai yang tak menyangka Ozylnn dah pun genap usia 40 tahun. Baru melahirkan anak keenamnya pada 3 September dan kini sedang dalam tempoh berpantang, ramai yang tertanya-tanya apa rahsianya dapat kekal berat badan dan sentiasa bertenaga.
Menerusi perkongsian Ozlynn rahsianya mengekalkan tubuh yang langsing dengan berat badan hanya sekitar 50kg dengan enam anak adalah jaga pemakanan dan sentiasa buat senaman.
Gambar Ozylnn seminggu sebelum bersalin
“Jaga makan dan exercise tu sama penting. Ya, jaga makan mungkin boleh menurunkan berat badan tapi untuk bagi badan fit dan firm, kena juga bersenam.”
Ozylnn tak nafikan dia mengamalkan kaedah berpantang cara orang dulu-dulu yang ketat, dari zaman anak pertama lagi. Dan selalunya hanya selepas beberapa minggu berpantang, berat badannya sudah boleh turun dengan banyak.
Cuma kali ini agak slow sikitlah nak turun. Lepas bersalin, berat saya 62kg dan sekarang selepas dua minggu dah turun 57kg. Kalau dulu, lagi laju turun. Faktor usia agaknya,” kongsinya.
Bagi memudahkan ibu-ibu tahu bagaimana cara Ozylnn mengamalkan pantang selepas bersalin, ini antara perkongsiannya. Apa yang penting setiap ibu jangan terlalu stres dan mesti enjoy dengan apa yang dilakukan. Pasti akan dapat hasilnya!
Tips dan amalan berpantang Ozylnn:
1) Kita lebih tahu kondisi badan kita. Lain orang, lain badan dan kemampuan untuk turun dan sebagainya. Contoh macam cara makan, ada orang tak boleh makan sesuatu benda tu sebab angin, ada orang okey setakat rasa-rasa. Jadi kita sendiri kena tahu badan kita macam mana dulu.
2) Waktu berpantanglah waktu terbaik nak ‘repair’ badan. Kalau tak dijaga, mengembanglah jawabnya. Ada kala, luaran nampak okey tapi dalaman kita tak tahu. Kalau dalaman sihat, insyaAllah, luaran pasti okey.
3) Saya mengamalkan pemakaian bengkung lama yang panjangnya 20 meter tu. Datanglah semoden mana pun bengkung zaman sekarang, saya tetap pilih yang itu sebab bengkung lama tu dia balut badan kita dengan kemas dan diikat sekuat tenaga kita melilitnya. Ia akan bagi ‘shape’ yang cantik dari atas lutut hingga paras bawah dada. Tak macam korset yang hanya tertumpu pada pinggang akan buat bentuk badan nampak pelik.
4) Saya juga mengamalkan kaedah bertungku. Ia membantu melancarkan aliran darah nifas.
5) Berurut juga saya suka selain bersauna dan bertangas. Memang saya buat semua amalan tradisional itu sepanjang berpantang.
Ozylnn bersama maknya
6) Ingat enam bulan pertama melahirkan adalah proses water retention. Inilah masa terbaik untuk turunkan berat secara pantas.
7) Satu lagi tips penting untuk ibu bersalin, pastikan bagi susu badan dengan kerap sekitar jam 10 malam ke 5 pagi. Mengantuk macam mana pun, usahakan untuk susukan bayi selang sejam atau pam susu itu. Waktu inilah bayi menyedut lemak ibunya menerusi susu.
8) Dan, ya memang kita akan kurang tidur ketika dalam pantang, namun usahakan untuk mendapat tidur yang cukup. Pandai-pandailah curi masa ketika bayi sedang nyenyak.
9) Satu ke dua tahun saya tidak akan minum ais. Saya memang lebih suka air biasa saja.
Bersama dengan ayah
10) Jaga makan. Saya memang potong gula, kalau minum Milo pun tak ditambah gula lagi. Garam pun saya kurangkan, saya masak menggunakan liquid aminos gantikan garam. Organic aloevera menggantikan serbuk perasa. Mula-mula mungkin rasa pelik tapi lama-lama lidah biasa.
11) Banyakkan makan sayur. Tapi jangan pula anggap nasi atau roti tu tak boleh ambil. Sebenarnya makan nasi lebih elok sebab mengenyangkan cuma jaga portion. Ibu berpantang perlu makan untuk bagi khasiat kepada bayi.
12) Saya juga pernah melalui proses beranak czer dan secara normal. Ikutkan pengalaman beranak normal lebih mudah nak jaga badan. Kalau czer nanti, perut agak susah nak dikempiskan, ambil masa. Apa pun kena work out kalau nak kempiskan perut, jaga makan saja tak cukup.
13) Akhir sekali jangan stres apabila tengok badan orang lain. Tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita boleh ikut apa saja tips yang dikongsikan tapi tak perlu sampai stres okey?
Kredit: Gempak / Intrend
Beli MY.HOME STYLE 304 Stainless Steel Oil Filter Pot
MY.HOME STYLE 304 Stainless Steel Oil Filter Pot
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bersalin 6 Anak, Ozylnn Pilih Pakai Bengkung Panjang 20 Meter & Tak Minum Ais Hingga 2 Tahun appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bersalin-6-anak-ozylnn-pilih-pakai-bengkung-panjang-20-meter-tak-minum-ais-hingga-2-tahun/