Bersalam Cium Tangan Sunah Atau Budaya



Bersalam Cium Tangan: Sunah Atau Budaya?
Alhamdulillah, untuk SOP kali ini sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita sudah dibenarkan untuk saling bersalam-salaman, namun masih perlu menjaga keselamatan dengan mencuci tangan atau menggunakan pembasmi kuman.
Masih ingat lagi sebelum covid 19 saat melawat atau berkunjung bertemu saudara mara atau teman taulan ibu dan ayah, pantang sekali jika ada anak-anak yang tidak bersalaman. Bagi mereka, bersalaman itu menjadi satu kewajipan untuk mengajar anak-anak supaya menghormati orang yang lebih tua.
Hari ini, amalan itu masih berterusan dan kini diperturunkan secara ‘warisan yang wajib dipatuhi’. Lebih-lebih lagi pada hari raya, amalan bersalam itu menjadi satu kemestian, sekalipun tujuannya bukanlah untuk mendapatkan duit raya! Dan anak-anak pula akur tanpa perlu bersoal jawab.
Persoalannya kini, apakah amalan bersalam-salaman itu menepati dengan syariat Islam? Atau ia hanyalah sekadar budaya mahupun adat bagi sesuatu bangsa atau kaum? Dan sekiranya bersalam itu merupakan sunah, bagaimana cara yang sebetulnya? Perlukah sehingga mencium tangan atau sekadar dua tangan saling bersambut?
Menjawab persoalan ini,Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Siti Rugayah Tibek menjelaskan, bersalam atau berjabat tangan memang terdapat dalam syariat Islam sebagai tanda persahabatan, mahupun kasih sayang. Namun tidak pernah tertulis dalam mana-mana hadis yang menyatakan ketika bersalam perlu disertakan dengan mencium tangan orang yang disalami.
Dari sudut budaya Melayu, bersalam sambil mencium tangan bertujuan mengeratkan lagi tali persaudaraan dan perasaan kasih sayang. Bahkan bukan itu sahaja, faktor usia juga memainkan peranan sebagai petunjuk, bila masa seseorang itu perlu mencium tangan atau tidak.
Merujuk kepada amalan Rasulullah s.a.w, Baginda sendiri tidak pernah diriwayatkan oleh mana-mana para sahabat, bahawa Baginda mencium tangan tatkala berjabat tangan. Namun sebaliknya, para sahabat pula yang mencium tangan Baginda dan Baginda tidak pun menghalangnya.
Yang pasti amalan sedemikian tidak salah sekiranya dilakukan. Tiada hukum yang mengatakan salam cium tangan itu berdosa. Tetapi jika bersalam-salaman itu melibatkan bukan mahram atau dalam keadaan-keadaan tertentu, maka ia boleh jatuh hukum haram.
Budaya bersalam juga bukanlah budaya dari masyarakat Mekah ataupun Madinah. Tetapi sebenarnya ia merupakan adaptasi dari budaya Yaman. Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis dari Anas r.a. yang menyatakan, sekelompok orang negeri Yaman mendatangi Rasulullah s.a.w dan mereka saling berjabat tangan dengan kaum Muslimin.
“Rasulullah bersabda, “Kini telah datang penduduk kota Yaman dan merekalah orang-orang yang pertama kali datang dengan berjabat tangan”, ujar Dr. Rugayah.
Cetus Perasaan Riak?
Di dalam Islam lebih afdal sekiranya bersalam disertakan dengan ucapan salam (Assalamualaikum) di mana ia secara tidak langsung mendoakan kesejahteraan seseorang. Malah disarankan juga agar memandang wajah orang yang disalami bukan mencium tangan orang tersebut.
Bukan itu sahaja, bersalam perlulah dilakukan di awal pertemuan sebagai tanda persaudaraan sesama Islam dan juga perkenalan. Namun tidak salah jika bersalam juga dilakukan sekali lagi ketika hendak berpisah sebagai tanda hormat dan memberitahu kepada tuan rumah serta tetamu yang hadir tentang kepulangan kita.
Namun awas! Ada ketikanya bersalam-salaman itu boleh menyebabkan wujudnya perasaan riak dan bangga. Sekali gus seseorang akan merasakan dirinya disanjung dan dihormati. Dan keadaan seperti inilah yang dilarang dalam Islam sekalipun pada asasnya, bersalam-salaman itu bertujuan sebagai salah satu cara seseorang menunjukkan tanda hormat, saling berkasih sayang dan juga memohon kemaafan.
Bukan bermaksud langsung tidak boleh mencium tangan, tetapi perlulah dengan orang yang betul. Seelok-eloknya bersalam cium tangan hanya dilakukan kepada ibu bapa atau pasangan yang mahram sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang. Wallahu a’lam utv
Bersalam Cium Tangan: Sunah Atau Budaya?
Baca Artikel Menarik:
Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO] Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video) Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung Isham lapor polis terhadap Sanusi Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/04/bersalam-cium-tangan-sunah-atau-budaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Baru Ini Kecoh Pasal Cara Turun Untuk Sujud Samada Mendahulukan Lutut Atau Tangan

Baru Baru Ini Kecoh Pasal Cara Turun Untuk Sujud Samada Mendahulukan Lutut Atau Tangan

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 478 hits
2 Isu ini adalah khilaf mazhab sebagaimana bacaan bismillah kuat atau perlahan Dalam Surah Al Fatihah 3 Mereka yang memahami ini khilaf mazhab tidak akan bergaduh hingga kecoh dalam masyarakat Ini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui fi...
Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 134 hits
Ada pihak tertentu dalam PH nampaknya masih tak habis habis bercakap soal khemah besar dan mahukannya jadi kenyataan walaupun sambutan daripada pihak yang ingin dijemput itu kelihatan agak dingin Kecuali Bersatu yang tampak ada sedikit resp...
Budak 2 Tahun Maut Kebakaran Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain

Budak 2 Tahun Maut Kebakaran Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 179 hits
Seorang kanak kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2 Kuantan awal pagi Khamis Menerusi laporan Metro Penolong Pengarah Operasi Jabatan B...
Ceramah Singkat Atau Kultum Bulan Ramadhan 2022 Amalan Amalan Di Malam Lailatul Qadar

Ceramah Singkat Atau Kultum Bulan Ramadhan 2022 Amalan Amalan Di Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 197 hits
Berikut ini kultum Ramadhan 2022 tentang amalan amalan di malam Lailatul Qadar yaiu Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang dinanti nanti oleh umat Muslim di bulan Ramadhan Pada malam tersebut umat muslim berlomba lomba melakukan amal iba...
Pasleaks Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam Atau Tunggu Saman Isham Beritahu Sanusi

Pasleaks Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam Atau Tunggu Saman Isham Beritahu Sanusi

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 264 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil akan mengambil tindakan undang undang terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor jika beliau gagal memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya...
Nak Travel Perlu Ke Rtk Test Atau Pcr Test

Nak Travel Perlu Ke Rtk Test Atau Pcr Test

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 177 hits
Nak travel perlu ke RTK Test atau PCR Test Semenjak border Malaysia dibuka mulai 1 April 2022 industri pelancongan di dalam dan di luar negara semakin rancak Kini dah ramai warga Malaysia mula travel especially ke luar negara Ada juga warga...
Adakah Dolar As Sedang Menyediakan Penembusan Besar Atau Adakah Ia Akan Ditolak

Adakah Dolar As Sedang Menyediakan Penembusan Besar Atau Adakah Ia Akan Ditolak

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 106 hits
Indeks Dolar AS menghampiri rintangan bulanan utama sekitar 103 Trend kekal menaik sejak rendah sekitar 89 90 tahun lepas apabila kami memanggil peningkatan peluang pembalikan dan kemungkinan pergerakan menaik yang serupa kepada 2017 Pada m...
Raya 2 Mei Atau 3 Mei 2022

Raya 2 Mei Atau 3 Mei 2022

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 235 hits
Raya 2 Mei atau 3 Mei 2022 Timbul pula isu sambut Hari Raya Aidilfitri awal 2 Mei walaupun pada takwim bertanda 3 Mei 2022 Ada baca satu perkongsian di facebook boleh baca ni untuk lebih faham kenapa jadi kekeliruan tarikh Hari Raya Aidilfi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket