Bersahur Bersama Milo With Whole Grain Cereal
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BERSAHUR BERSAMA MILO WITH WHOLE GRAIN CEREAL Dalam kesibukan membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal, kesempurnaan Ramadan sering terabai terutamanya amalan bersahur. Malah, semakin ke penghujung Ramadan, semakin ramai yang tidak mahu mengambil sahur walaupun menyedari kepentingan bersahur.
Keletihan membuat persiapan menyambut lebaran antara yang menyebabkan ada segelintir, semakin liat bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan sahur. Justeru, elakkan amalan tidak sihat ini kerana pengambilan sahur yang betul penting bagi memastikan kecergasan tubuh sepanjang hari berpuasa.
Kini dengan MILO® with Whole Grain Cereal, sahur menjadi lebih mudah supaya kekal bertenaga dalam menyempurnakan Ramadan tahun ini walau dalam serba kelainan. Jadi, kalau hangpa malas atau penat, hangpa tak perlu bersusah payah lagi bangun dan masak awal pagi untuk menyediakan hidangan sahur yang berat.
Ambil MILO® with Whole Grain Cereal sebab iia pilihan minuman berkhasiat yang mengandungi kebaikan barli malt, susu dan koko serta kelebihan tinggi serat, sesuai untuk mereka yang menginginkan sahur ringkas tetapi padat tanpa dibebani rasa terlalu kenyang.
Lebih penting, ia juga pilihan lebih sihat kerana selain mengandungi vitamin dan mineral yang penting, ia juga mengandungi 25% lebih bijirin (berbanding MILO® Cereal) dan tinggi serat yang membantu anda kekal kenyang untuk tempoh lebih panjang, tanpa rasa bebanan sahur yang berat.Serat juga dikenalpasti sebagai komponen penting dalam pemakanan sihat dan berperanan penting dalam kesihatan. Serat juga penting untuk pencernaan dan pengambilan serat yang rendah mungkin akan mempengaruhi kesihatan keseluruhan*.
Satu hidangan MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi 8gram (g) bijian penuh yang memenuhi 17% saranan keperluan pengambilan bijian penuh sehari.Bijian penuh adalah sumber pelbagai nutrien utama seperti protein, serat, karbohidrat, vitamin dan mineral.
Semua ini tentu memberikan manfaat kerana setiap hari, tubuh kita memerlukan pelbagai nutrisi makanan yang lengkap dan seimbang bagi mengekalkan kesihatan badan kita.
Bukan itu sahaja, seperti produk MILO® yang lain, MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi kebaikan barli malt, susu dan koko, serta mineral dan vitamin penting termasuk Vitamin B untuk pembebasan tenaga daripada makanan.
Untuk menikmati secawan MILO® with Whole Grain Cereal yang sempurna, anda hanya perlu menambahkan 200 milileter (ml) air panas kepada satu paket hidangan 36g. Walaupun enak diminum begitu sahaja, ia sesuai dipadankan dengan makanan dan/atau buah-buahan kegemaran anda, lebih-lebih lagi buah kurma untuk sahur yang lebih berkhasiat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/05/bersahur-bersama-milo-with-whole-grain.html