Berpuluh Skandal Berbilion Ringgit Libat Pemimpin Pm Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera
PUTRAJAYA, 16 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin hanyalah satu daripada banyak kes di mana berbilion ringgit telah diseleweng oleh bekas pemimpin negara.
Menurut Anwar, walaupun tumpuan umum banyak diberikan kepada Najib dan 1MDB, isu rasuah sebenarnya lebih mendalam dan turut membabitkan bekas perdana menteri serta menteri kewangan lain.
“Saya antara yang lantang menentang skandal kewangan 1MDB dan menegaskan kebenaran mesti didedahkan. Tetapi saya juga tahu bahawa berbilion ringgit telah dicuri oleh ramai pemimpin lain,” katanya dalam satu wawancara dengan Al Jazeera.
Sekarang saya perdana menteri, saya ada lebih banyak maklumat. Saya tahu lebih banyak, dan saya katakan ya, 1MDB adalah skandal kewangan besar — tetapi ada banyak lagi penyelewengan lain bernilai berbilion ringgit yang perlu diselesaikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan Al Jazeera. Foto Reuters“1MDB adalah satu kes besar yang sedang berjalan… tetapi orang ramai terlalu obses dengan Najib dan 1MDB. Saya tidak berkongsi obsesi itu.
“Jika anda dengar mereka, seolah-olah satu-satunya masalah di Malaysia hanyalah Najib dan skandal 1MDB. Saya kata ya, itu sebahagian daripada skandal. Tapi ia bukan hanya Najib — ia membabitkan perdana menteri sebelum dan selepasnya, juga menteri kewangan. Siasat semua. Kenapa lindungi sesetengah pihak? Kenapa terlalu taasub?” katanya dalam temu bual bersama rancangan 101 East oleh Al-Jazeera.
‘Hanya berdasarkan maklumat yang saya miliki’
Apabila wartawan Mary Ann Jolley menyebut bahawa 1MDB adalah “kes kleptokrasi terbesar,” Anwar berkata itu hanya berdasarkan maklumat yang beliau miliki.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera“Sekarang saya perdana menteri, saya ada lebih banyak maklumat. Saya tahu lebih banyak, dan saya katakan ya, 1MDB adalah skandal kewangan besar — tetapi ada banyak lagi penyelewengan lain bernilai berbilion ringgit yang perlu diselesaikan,” katanya.
Apabila ditanya lanjut mengenai kes-kes lain, Anwar menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan, dan beliau mengkritik pihak yang hanya bersuara terhadap Najib tetapi berdiam diri terhadap yang lain.
“Yang saya nak tekankan ialah pengkritik Najib seolah-olah membisu apabila membabitkan pemimpin-pemimpin lama yang juga songlap berbilion ringgit.
“Saya kata siasat semua… Saya mahu negara ini diselamatkan daripada pemimpin yang rasuah dan memberi pengajaran kepada mereka. Sekurang-kurangnya pulangkan semula dana itu untuk rakyat,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al JazeeraTak boleh prejudis kepada sesiapa
Mengenai isu lain, Anwar berkata beliau membawa permohonan pengampunan Najib ke Lembaga Pengampunan kerana beliau adalah perdana menteri dan tidak boleh menunjukkan prejudis terhadap sesiapa.
Ditanya sama ada langkah itu dilihat bermotif politik memandangkan beliau bergantung kepada sokongan UMNO untuk memerintah, Anwar menjawab bahawa apa juga keputusan akan tetap dikritik.
“Anda akan dikritik sama ada anda buat atau tidak buat. Jadi akhirnya, buatlah perkara yang betul. Apa yang betul? Hak setiap banduan di Wilayah Persekutuan untuk kemukakan permohonan semakan… saya hanya kemukakan permohonan, bukan buat keputusan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera“Saya sendiri pernah dipenjara oleh (Tun Dr) Mahathir, kemudian oleh Najib. Tapi saya kata, kita harus melangkaui semua itu. Saya tidak berdendam kerana dendam itu penyakit.”
Beliau turut mempersoalkan kenapa terlalu taasub terhadap Najib sedangkan ada ramai lagi yang terbabit tetapi tidak diambil tindakan.
“Dia sudah dipenjara! Tetapi mereka yang masih merompak berbillion dibiarkan bebas dan kamu (pengkritik) diam saja,” katanya.
Ketika Jolley menyebut tentang isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, menerima berlian merah jambu bernilai AS$27 juta yang dikatakan hadiah daripada kerabat diraja Asia Barat, Anwar hanya tersenyum dan berkata beliau sendiri pernah membangkitkan isu itu sebelum ini.
“Dia (Najib) sudah dipenjara, kes sedang berjalan. Kenapa masih terlalu taasub dengan Najib sedangkan ada banyak lagi kes lain?
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera“Adakah kita sudah berhenti mendakwa? Tidak. Adakah kes terhenti? Tidak. Masih berjalan. Jadi teruskan. Bagaimana dengan kes lain?
“Saya rasa ini satu taktik jijik oleh sesetengah penyangak yang hanya mahu tumpukan pada Najib supaya kes mereka tidak disiasat.
“Biarlah kita tumpu kepada mentadbir negara dengan baik, menegakkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman… jangan biarkan negara ini terus dibelenggu oleh satu obsesi,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/berpuluh-skandal-berbilion-ringgit.html