Berpuasa Tiga Bulan Sejak Muda


Munah (kanan) dan adiknya, Pah menunjukkan kad pengenalan masing-masing ketika ditemui di Kampung Rengas, Tok Bok di Machang, Kelantan kelmarin. Berpuasa tiga bulan sejak muda.  Dua beradik wa­nita warga emas mendedahkan berpuasa selama tiga bulan berturut-turut sebelum kedatangan Ramadan menjadi amalan mereka­ untuk kekal sihat biarpun berusia lebih satu abad.
Munah Yunus, 115, dan adik­nya, Pah, 111, yang sudah kematian pasangan masing-masing kini masih sihat tubuh badan, namun terpaksa mengengsot untuk bergerak selepas terjatuh kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut Pah, dia dan kakak­nya mengamalkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban mengikut kalendar hijrah sebelum menyambung ibadah wajib itu pada Ramadan setiap tahun.
Katanya, amalan itu dilakukan sejak mereka muda lagi dan diteruskan meskipun sudah bergelar warga emas.
“Selain berpuasa selama tiga bulan berturut-turut, kami berdua juga mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu pada bulan-bulan lain.
“Sejak kebelakangan ini, di­sebabkan faktor kesihatan dan lanjut usia, kakak saya sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa selama tiga bulan. Dia hanya puasa penuh hanya pada bulan Ramadan kerana mudah keletihan,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Re­ngas, Tok Bok di sini kelmarin.
Pah memiliki lima anak, 18 cucu dan 36 cicit.
Bercerita lanjut, Pah mem­beritahu, selain berpuasa sunat, dia dan kakaknya tidak meninggalkan ibadah wajib lain terma­suk solat lima waktu meskipun terpaksa melakukannya dengan cara duduk.
Mengikut kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara, Pah berusia 97 tahun, manakala kakaknya pula berusia 101 tahun.
Walau pun bagaimanapun, usia dua beradik itu dipercayai sudah melebihi 100 tahun berdasarkan kepada simbol * pada hujung nombor dokumen tersebut.
Pah mempunyai penya­kit darah tinggi dan parkinson, manakala kakak pula tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
Biarpun sudah lanjut usia, Pah dan kakaknya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong di sini pada awal Ogos lalu sebagai ikhtiar mereka untuk menjaga kesihatan masing-ma­sing di musim pandemik Co­vid-19 ini.
Sementara itu, anak ketiga Pah, Mohd. Ramli Ismail, 63, berkata, selain berpuasa, ibunya juga sangat mengambil berat berkaitan pemakanannya dan hanya makan hidangan sihat se­perti ulam-ulaman.
“Saya bersyukur kerana ibu dan ibu saudara (Munah) dikurniakan kesihatan yang baik.
“Dalam usia yang sudah melebihi satu abad, mereka diberi peluang untuk melihat cucu-cucu dan cicit-cicit membesar di depan mata,” katanya.
Berpuasa tiga bulan sejak muda
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac Bukit Aman minta Najib serah dokumen Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO] Resepi Sambal Goreng Tempe Garing Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik Doktor terlampau dicekup polis Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin Mereka memfitnah saya menangkis – Najib Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali? Layari Laman Facebook MYKMU
Doktor terlampau dicekup polis

The post Berpuasa tiga bulan sejak muda appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/11/berpuasa-tiga-bulan-sejak-muda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wawa Alah Dengan Peti Sejuk Sejak Hamil 6 Bulan

Wawa Alah Dengan Peti Sejuk Sejak Hamil 6 Bulan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 209 hits
Sudah sedia maklum yang pelakon Wawa Zainal kini hamil anak keempat berkongsikan dia turut mengalami alahan seperti wanita wanita hamil lain Katanya dia akan berasa mabuk apabila pintu peti sejuk dibuka Sudah empat kali hamil Wawa tak mabuk...
Misteri Rangka Manusia Ditemui Pada Lif Hospital Dilapor Rosak Sejak 1997

Misteri Rangka Manusia Ditemui Pada Lif Hospital Dilapor Rosak Sejak 1997

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 309 hits
Satu rangka lelaki ditemui di dalam sebuah lif yang sudah lama tidak digunakan di sebuah hospital di Uttar Pradesh lapor India Today Menurut portal itu lif berkenaan telah dibuka semula selepas 24 tahun untuk menjalani penyelenggaraan Lanta...
Budak Lelaki 6 Tahun Hilang Sejak Petang Semalam

Budak Lelaki 6 Tahun Hilang Sejak Petang Semalam

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 225 hits
Oleh ASLIZA MUSA GOPENG Seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Kinta Baru di sini hari ini Kehilangan kanak kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu itu disedari keluarganya pada puku...
N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 247 hits
MB nasihat penduduk sentiasa berwaspada dengan taktik scammer SEREMBAN Sebanyak 1 590 kes jenayah komersial direkodkan di Negeri Sembilan sejak Januari hingga Ogos lepas dengan membabitkan kerugian berjumlah RM23 9 juta persidangan Dewan Un...
Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M

Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 541 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih baik sejak pembentukan Malaysia KOTA KINABALU Kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan keadaan di Sabah dan Sarawak lebih baik sejak pembentukan Malaysia adalah kura...
Hospital Sungai Bakap Cari Waris Lelaki Meninggal Dunia Sejak 3 September

Hospital Sungai Bakap Cari Waris Lelaki Meninggal Dunia Sejak 3 September

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 425 hits
Oleh SAFINA RAMLI HOSPITAL Sungai Bakap mencari waris kepada seorang lelaki dikenali sebagai Lee Tuck Chin yang meninggal dunia di hospital berkenaan 3 September lalu GEORGETOWN Hospital Sungai Bakap di Jawi Nibong Tebal dekat sini mencari ...
Bantu Anak Jadi Anti Rasuah Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan Tanam Jati Diri Sejak Kecil

Bantu Anak Jadi Anti Rasuah Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan Tanam Jati Diri Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 273 hits
Ibu bapa menjadi watak utama dalam membentuk anak kecil untuk sedar dan tahu akan kepentingan buruknya anasir rasuah yang membelenggu masyarakat kita hari ini Malah ibu bapalah jugalah memainkan peranan utama sejak kecil lagi untuk membentu...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Court Of Appeal Must Decide On Io S Presence At Remand Hearings Says Ex Bar Chief

Trump Us Used Trade Pressure To Broker India Pakistan Ceasefire

Rm1m Fine Mandatory Jail Time Selangor To Toughen Water Pollution Law Empower Enforcers To Snare Culprits Quickly

Nasi Kerabu Lemak Bakar

Cikbunga Menunaikan Umrah

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda