Berpolitik Di Masjid Ini Amaran Sultan Johor Kepada Dap


TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM DI ATAS PELANGGARAN DAN PENCABULAN MASJID TEMPAT SUCI UMAT ISLAM

Mutakhir ini terdapat banyak usaha yang dilihat seakan-akan mahu menceroboh sempadan agama Islam yang telah digariskan sejak wujudnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.



Sungguhpun saya dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah beberapa kali membuat peringatan tegas kepada pentadbiran masjid dan surau di dalam Negeri Johor untuk melarang mana-mana ahli politik dan individu yang berasaskan parti politik dari menggunakan masjid dan surau di Negeri Johor sebagai tempat aktiviti mereka, terdapat kecenderungan untuk pentadbiran masjid dan surau membenarkan ahli politik terus menjadikan masjid sebagai tempat aktiviti mereka.

(1). MERAIH LABA POLITIK DI MASJID 
 
Saya menerima aduan dan rasa tidak selesa masyarakat bahawa pada 10hb Mei 2019, Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong telah memberikan ucapannya di dalam Masjid Tenang Stesyen, Labis, Segamat, Johor.

Tindakan Ahli Parlimen Labis ini telah mendatangkan rasa kurang senang, kecewa yang amat mendalam dan menimbulkan bantahan umat Islam setempat dan umat Islam di Negeri Johor Darul Ta’zim. Justeru, saya menyimpulkan tindakan ini sebagai :

(i). Pencabulan serius terhadap kesucian masjid dan sekaligus menggugat kedudukan Islam sebagai agama Negeri Johor Darul Ta’zim;

(ii). Pelanggaran sempadan yang telah saya sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor gariskan sebelum ini apatah lagi larangan ini baharu sahaja saya tegaskan semula melalui Pekeliling Majlis Agama Islam Negeri Johor;

(iii). Wujudnya pemimpin politik yang tidak sensitif terhadap undang-undang, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan yang berkuatkuasa di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim;

(iv). Perbuatan Ahli Parlimen tersebut dan mereka yang bertanggungjawab menganjurkannya telah mengguris perasaan umat Islam terutama di dalam bulan Ramadan yang mulia ini di mana umat Islam dianjurkan untuk berkasih sayang dan mengelakkan perpecahan serta merapatkan saf dan perpaduan;

(v). Pelanggaran dan pencabulan tersebut adalah satu tindakan biadap dan tidak beretika oleh pihak-pihak tertentu dan yang ada berkepentingan serta tidak boleh diterima sama sekali kerana ianya jelas meremehkan pegangan dan amalan agama Islam yang telah dibina sejak zaman berzaman di Negeri Johor Darul Ta’zim.

Saya yakin ahli parlimen tersebut dan pihak-pihak yang ada berkepentingan akan menafikan bahawa mereka telah berucap berkaitan politik di dalam majlis tersebut.

Namun saya konsisten menegaskan bahawa masjid dan surau hendaklah tidak dibenarkan dan dihalang sama sekali dari sebarang aktiviti ahli-ahli politik kepartian kerana banyak aktiviti anjuran individu yang mewakili parti politik seringkali diwarnai dengan adu domba, kata mengata, fitnah dan medan untuk meraih simpati masyarakat untuk menaikkan populariti mereka bagi meraih sokongan sedangkan dalam waktu yang sama musuh-musuh politik dan yang tidak sehaluan dengan mereka menjadi jemaah dalam masjid tersebut dan boleh mewujudkan rasa tidak selesa di kalangan masyarakat.

(2). MASJID ADALAH ZON BEBAS POLITIK KEPARTIAN

Institusi Masjid di Negeri Johor adalah ZON BEBAS POLITIK KEPARTIAN. Masjid adalah tempat bagi mereka yang mahukan ketenteraman jiwa dan suasana damai bagi mendekatkan dirinya kepada Allah tanpa adanya unsur politik yang mendukung parti-parti tertentu di dalamnya.

Anda boleh sahaja bercakap politik dan berbeza pegangan politik dari pagi hingga malam, dari kedai kopi ke hotel, dari tepi jalan ke puncak gunung bagi meraih sokongan tapi bukan di dalam masjid yang suci itu.

Saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa kesucian masjid di Negeri Johor Darul Ta’zim ini sentiasa terjaga dan bagi memastikan kesucian masjid itu, saya mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan kaedah dan mekanisma bagi memastikan masjid di Negeri Johor Darul Ta’zim sentiasa dilimpahi dengan keredaan dan keampunan Allah serta ketenangan, kedamaian tanpa hiruk pikuk politik.

Ini selaras dengan kehendak Fasal 96(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Natijahnya, saya tidak mahu episod perbalahan di kalangan umat Islam yang berlainan pegangan parti bermula daripada masjid.

Sebagaimana sejarah Baginda Rasulullah S.A.W mendirikan Masjid Quba di Madinah untuk menyatupadukan golongan Ansar dan Muhajirin, sebegitulah juga masjid perlu menjadi institusi paling aman damai yang mana para pengunjungnya adalah mereka yang mendambakan wajah-wajah yang dilimpahi kasih sayang dan hormat menghormati sesama ummah.

(3). ELAKKAN BENIH PERPECAHAN DAN PERSENGKETAAN DI KALANGAN BANGSA JOHOR ADALAH MENJADI KEUTAMAAN

Saya tegas mengatakan bahawa semua ahli politik atau mereka yang mewakili mana-mana parti politik tidak boleh dibenarkan berucap dan menjalankan aktiviti mereka di dalam masjid bagi mengelakkan benih-benih perpecahan masyarakat dimulakan.

Ianya perlu dicantas sejak dari awal. Jangan terlalu fanatik meraih populariti sebagai ahli politik hinggakan tidak tahu lagi menilai adab-adab dan peraturan di masjid yang telah kita tetapkan semata-mata kerana kepentingan peribadi dan parti yang anda wakili.

Dalam masa yang sama sudah tentunya saya mahu memastikan wujudnya keharmonian, kesefahaman dan perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Saya telah ingatkan dengan baik, saya telah sebut dalam nada tegas tetapi saya amat kecewa kerana masih ada rakyat Johor yang melanggarnya.

Justeru itu, saya mahu Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pentadbir masjid yang menyediakan platform kepada ahli-ahli politik menjalankan aktiviti mereka di masjid dan dalam masa yang sama, meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi menghalang aktiviti seumpama itu berlaku lagi.

(4). HORMATI UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI JOHOR
 
SETERUSNYA Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dibaca bersama Perlembagaan Persekutuan hendaklah menjadi panduan kepada setiap rakyat.

Rakyat setiap kaum yang berbilang agama dan budaya di Negeri Johor Darul Ta’zim ini diingatkan bahawa setiap sudut tanah yang mereka pijak dalam negeri kita ini adalah dipayungi oleh peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Perlembagaan Persekutuan yang oleh itu, apa pun jua aktiviti harian warganya hendaklah dipastikan berada dalam lingkungan yang dibenarkan undang-undang tersebut sebagai manifestasi kesetiaan kita kepada Negeri Johor Darul Ta’zim.

Tindakan mana-mana pihak selain saya dan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor memberi izin penggunaan masjid kepada ahli politik dan penganjur-penganjurnya akan membawa implikasi bahawa pihak tersebut telah membuat tindakan yang melangkaui bidang kuasa mereka kerana ianya melanggar peraturan berkaitan yang telah dikuatkuasakan di negeri ini.

(5). TINDAKAN TEGAS KEPADA KETIDAKPATUHAN ARAHAN INI

Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang terlibat melakukan pelanggaran dan pencabulan terhadap perkara ini mengikut peruntukan enakmen, pekeliling dan arahan yang sedang berkuatkuasa.

SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR, saya tegaskan sekali lagi dan tidak apologetikuntuk mengambil pendirian bahawa demi menjamin kesucian, ketertinggian agama Islam dan maruah serta martabat umat Islam, keharmonian, perpaduan dan kesatuan di antara pelbagai kaum dan agama dapat terus dinikmati oleh Bangsa Johor, semua aktiviti ahli politik di masjid dan surau di Negeri Johor Darul Ta’zim hendaklah segera dihentikan dan pencabulan yang telah berlaku tidak boleh berulang lagi.

INSAF DAN SEDARLAH SEMUA PIHAK SEBAGAI BANGSA JOHOR, kita hendaklah mematuhi cara hidup, budaya, etika, disiplin, dan adab mulia yang menjadi amalan di Negeri Johor Darul Ta’zim zaman berzaman. - 16 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/berpolitik-di-masjid-ini-amaran-sultan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpolitik Dalam Masjid Perbuatan Biadab Tidak Beretika Sultan Johor

Berpolitik Dalam Masjid Perbuatan Biadab Tidak Beretika Sultan Johor

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 125 hits
Sultan Johor bertitah perbuatan Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong yang berucap dalam Masjid Tenang Stesyen Labis pada 10 Mei lalu sebagai baidab tidak beretika dan tidak boleh diterima sama sekali Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pe...
Sultan Murka Mp Berucap Dalam Masjid Pang Bela Diri

Sultan Murka Mp Berucap Dalam Masjid Pang Bela Diri

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 56 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyatakan rasa murka terhadap tindakan seorang ahli politik DAP yang dianggap mencabul kesucian Islam apabila berpolitik dalam masjid Dalam satu kenyataan Sultan Ibrahim berkata sebagai ...
Tanah Pusat Kini Milik Sultan Johor Projek Rts Terganggu Sumber

Tanah Pusat Kini Milik Sultan Johor Projek Rts Terganggu Sumber

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 196 hits
Sumber percaya tanah seluas 4 5 hektar dipindah milik kepada sultan antara 2017 hingga 2018
Sources Claim Federal Land Transferred To Sultan Johor Rts Hits A Snag

Sources Claim Federal Land Transferred To Sultan Johor Rts Hits A Snag

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 82 hits
Putrajaya s review of the plans to construct the Rapid Transit System from Johor Bahru to Singapore had hit an unexpected snag according to sources It was discovered that a plot of land in Bukit Chagar which the federal government was suppo...
Utm Open Mosque Day Masjid Sultan Ismail Utm 16 May 2019

Utm Open Mosque Day Masjid Sultan Ismail Utm 16 May 2019

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 115 hits
Assalamualaikum and hi UTM OPEN MOSQUE DAY S Date 16 May 2019 Time 2 30 pm 6 30 pm Venue Masjid Sultan Ismail UTM JB You are
Sultan Johor Bayar Zakat Rm5 Juta Wakaf Tanah

Sultan Johor Bayar Zakat Rm5 Juta Wakaf Tanah

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 54 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019 Pembayaran zakat tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi Majlis tersebut ...
Rts Sultan Johor Berkenan Serah Tanah

Rts Sultan Johor Berkenan Serah Tanah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 87 hits
Oleh Ibrahim Isa SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedia menyerahkan sebidang tanah di Bukit Chagar untuk Projek Sistem Transit Rapid Setiausaha Sulit Sultan Johor Datuk Jaba Mohd Noah dalam satu kenyataan berkata Sultan Ibrahim k...
Sultan Johor Sedia Serah Tanah Di Bukit Chagar Secara Percuma Sekiranya Untuk Rts

Sultan Johor Sedia Serah Tanah Di Bukit Chagar Secara Percuma Sekiranya Untuk Rts

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 118 hits
Sultan Johor sedia serah tanah di Bukit Chagar Sultan Johor sedia menyerahkan tanah milik Baginda di Bukit Chagar di sini tanpa sebarang kos sekiranya tanah itu benar terlibat untuk projek Sistem Transit Rapid Setiausaha Sulit kepada Sultan...
I Ll Give Back Bukit Chagar Land For Free On One Condition Says Johor Sultan

I Ll Give Back Bukit Chagar Land For Free On One Condition Says Johor Sultan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 72 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar PETALING JAYA The Sultan of Johor has expressed regret over reports suggesting that ownership of a plot of land involved in the construction of the Rapid Transit System to link Johor Bahru and Singapore has be...
Kisah Benar Ular Menunggu Jenazah

5 Selebriti Malaysia Yang Memiliki Kereta Ford Mustang

Sebak Melihatnya Ibu Ini Sanggup Tinggal Dalam Kereta Buruk Harap Orang Hulur Makan

Vape Membunuh Mangsa Pertama Di Amerika Syarikat

Pokok Semalu Duri Keman

Sambal Sotong Lengkuas Ringkas Yang Sedap

Caprice Dalam Radar Orang Kelantan

Back To Manual Gangguan Bekalan Di Klia Ini Menunjukkan Betapa Pentingnya Sistem Network



3 Wanita Tercela Dalam Al Quran Yang Patut Menjadi Peringatan

5 Sejarah Disebalik Logo Studio Filem Terbesar Dunia

Virtual Social Media Influencer Trend Baru Manusia Yang Membimbangkan

Biodata Dan Latar Belakang Pengacara Nabil Ahmad

Ippo Hafiz Selamat Bernikah


Sayur Tarap Masak Lemak

Himpunan Haram Brickfieldfields Disertai Pimpinana K Jaan Pusat Negeri Ph

Bekas Ketua Polis Negara Bidas Pihak Guna Taktik Diskriminasi Terbalik Buat Tuntutan

Malaysia Looking To Boost Participation Of Local Firms In Kazakhstan

To Hold A Rally To Demand The Dissolution Of Parliament Is Unconstitutional

Costum My Bantu Siapkan Hadiah Design Sendiri Untuk Yang Tersayang