Bernafas Makcik Pakcik Di Kampung Bertahan Sedara Mara Di Bandar
Alhamdulilah..! semalam bila duduk di warung Harun di hujung kampung, macam macam cerita keluar namun semua yang duduk berbual menampakkan muka yang agak ceria. Bila disua dan di tanyakan apa yang menyebabkan mereka tersenyum rupanya harga sawit yang mencecah RM3500 satu tan.
Geng masjid pun bukan main berselera sarapan pagi Jumaat hari tu. Patut la makcik Bedah dan Pak Kamit bukan main banyak beli barang. Rezeki Allah.
Orang kampung dan sedara mara di Felda tahu dan amat merasai kesan daripada kejatuhan harga sawit terutama ketika PH memerintah apabila harga jatuh hingga di bawah paras RM200.
Kini, bila dah berbaik dengan China, bila berkawan baik dengan India maka yang menerima kesan nikmatnya ialah rakyat terbanyak. Rakyat sebagai pekebun kecil yang bergantung harap dengan tanaman sawit bagi meneruskan kelansungan hidup untuk mempastikan dapur terus berasap dan bil bulanan mampu dibayar.
Setidaknya di musim suram C-19 ni, ada juga sinar yang boleh membantu terutama ramai anak anak dan kaum keluarga yang terpaksa meminta pertolongan ibu bapa dan abang kakak di kampung kerana kehilangan dan kekurangan punca pendapatan. Tak gitu?
Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatnya dari India, Subrahmanyam Jaishankar ekoran keputusan kerajaan negara itu mengurangkan duti import terhadap minyak sawit mentah.
Menteri Luar itu berkata, kerajaan India telah mengurangkan duti import ke atas bahan mentah itu sebanyak 27.5 peratus daripada 37.5 peratus.
“Insya Allah, keputusan ini dijangka menambah jumlah eksport minyak sawit ke India, sekali gus berupaya meningkatkan lagi harga minyak sawit mentah di negara kita.
“Wisma Putra akan terus usaha yang terbaik demi kepentingan lebih 500,000 pekebun kecil sawit di Malaysia, ahli keluarga serta komuniti setempat! Insya Allah,” tulis beliau menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong menerusi laman sosial berkenaan berkongsi kisah mengenai rakan Facebook dan beberapa kenalannya yang bercerita tentang harga buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) yang berada pada paras tinggi.
Katanya, harga BTS dan MSM meningkat sejak kebelakangan ini dan ia akan memanfaatkan lebih 500,000 pekebun kecil sawit, keluarga mereka serta komuniti tempatan khususnya di era pandemik yang serba mencabar ini.
Menurut Hishammuddin, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sendiri menyatakan, antara faktor peningkatan itu adalah disebabkan permintaan tinggi daripada pembeli termasuklah China dan India.
“Ini selari dengan hasil pertemuan saya dengan Menteri Luar China, Wang Yi pada awal Oktober yang membawa kepada persetujuan China untuk beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga tahun 2023.
“Ini juga sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini bahawa Wisma Putra akan manfaatkan hubungan dengan India yang kembali pulih untuk tingkat eksport minyak sawit ke sana.
“Insya Allah, saya akan pastikan Wisma Putra terus bantu kementerian berkaitan demi memperkukuh industri sawit negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kerajaan yang stabil memang amat perlu..namun yang lebih penting Menteri yang reti buat kerja, yang tahu denyut nadi rakyat dengan mengurangkan politiking serta serius dalam setiap perkara yang di lakukan juga merupakan asas kepada kerajaan yang boleh dibangga dan di harapkan oleh rakyat.
DS Hisham, TS Norhisham, Ustaz Ebit Lew, Tok Pa, Tg. Zafrul dan beberapa orang lagi dirasai akan kehadiran mereka, berperanan terutama di musim susah sekarang ini. Bukti bahawa negara memerlukan ketokohan dan kebolehan mereka.
Yang demam pun tak kurang. Setakat jadi Menteri untuk memenuhi ruang dalam bingkai gambar macam di Zimbabwe pun ramai..!
Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2020/11/bernafas-makcik-pakcik-di-kampung.html