17 Pengingkar Pkp Bebas Selepas Mahkamah Pendekkan Tempoh Penjara


V AnbalaganKerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP mulai 18 Mac lalu dan disambung 2 kali sehingga 28 April ini dalam usaha membendung penularan Covid-19. SHAH ALAM: Seramai 17 individu dibebaskan hari ini selepas Mahkamah Tinggi memendekkan tempoh penjara 14 hari mereka kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan berkumpul di sebuah kondominium di Kajang awal bulan ini.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman, Norsharidah Awang ketika membenarkan semakan kehakiman itu berkata, kesalahan itu masih serius, khasnya kerana ia berlaku di daerah Hulu Langat yang meliputi bandar Kajang dalam senarai zon merah.

“Mereka sepatutnya kekal di dalam rumah dan hanya berjumpa selepas PKP ditarik balik,” katanya.

Beliau kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 hari bermula tarikh tangkapan pada 3 April lalu. Ini bermakna 17 individu terbabit dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini.

Semua tertuduh termasuk 3 wanita, memfailkan semakan kehakiman pada 8 April lalu terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman penjara 14 hari selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka adalah Syafiq Asyraf Khan Gulab Khan, Muhammad Halim Md Yasin, Mohd Saddam Hussain, Amirul Asyraf Muzaffar, Aiman Firdauz Azri, Muhamad Riduwan Abd Razak, Afeeq Aiman Razman, Muhammad Shahmi Samsulnizam, Mohammad Afiq Mohammad Afifi, Nuur Tamiyah Mohamad Yusof, Muhammad Danial Ali Hussin, Mohd Syafiq Azri, Mohamad Akir Abdul Aziz, R Brithibaaraj, Yan Naida Sakila Jaafar, Wan Nurhuda Wan Salam dan Nur Sabrina Ihsan.

Mereka diwakili peguam KA Ramu, K Kirthiraj, Mohd Rifahmi Abdul Musikin, Jabir Abdullah Amir dan Elisya Rahman, sementara Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahida Wan Omar mewakili pihak pendakwaan.

Terdahulu, Ramu berhujah mengekalkan 17 individu berusia 22 hingga 34 tahun itu di penjara tidak baik kerana risiko jangkitan kepada mereka atau banduan lain.

Katanya, alternatifnya ialah memendekkan tempoh penjara mereka.

Beliau mencadangkan mahkamah memberi amaran atau melepaskan mereka tanpa jaminan seperti yang dibenarkan di bawah Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah.

Wan Shahida bagaimanapun berkata, hukuman penjara yang dijatuhkan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli adalah wajar sebagai langkah pencegahan kepada orang lain.

Tujuh belas tertuduh itu mengaku bersalah berada di kawasan dijangkiti tanpa alasan munasabah di Kondominium Amerin, Taming Jaya, Kajang, pada 12.35 tengah hari 3 April lalu.

Kesalahan di bawah Peraturan 6 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 membawa denda maksimum RM1,000, penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, polis daripada pasukan petugas Ops Covid-19 ke kondominium itu selepas menerima aduan bunyi bising dari sebuah unit. Di sana, mereka menemui 19 individu: 14 lelaki dan 5 wanita, termasuk 2 kanak-kanak.

Dua tertuduh berusia 17 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan sama. Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman mereka sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 14 Mei ini.

Kanak-kanak di bawah umur pula masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM500 bersama seorang penjamin.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/17-pengingkar-pkp-bebas-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula Esok Pengingkar Pkp Akan Terus Dituduh Di Mahkamah

Bermula Esok Pengingkar Pkp Akan Terus Dituduh Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 306 hits
Anggota polis melakukan pemeriksaan pasport ke atas pekerja asing yang memandu kereta ketika PKP PETALING JAYA Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata mulai esok pengingkar perintah kawalan pengerakan akan terus ditahan dan dituduh d...
Kehidupan Selepas Pkp Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka

Kehidupan Selepas Pkp Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 404 hits
Tak dinafi kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan Masakan tidak seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli bara...
Baru Beberapa Hari Bebas Penjara Sederet Napi Kembali Berulah Mulai Dari Mencuri Sampai Jual Ganja

Baru Beberapa Hari Bebas Penjara Sederet Napi Kembali Berulah Mulai Dari Mencuri Sampai Jual Ganja

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 320 hits
Baru sebentar menghirup udara segar para napi ini harus kembali meringkuk di sel tahanan karena tindakan kriminal yang mereka lakukan
Hidup Dalam Tempoh Pkp

Hidup Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 636 hits
Salam semua Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni memang aku tak banyak bergerak ke mana mana Banyak pergi kerja dan hantar anak ke rumah pengasuh Bulan March ni aku cuti 5 hari jea korang bayangkan la Memang tak boleh nak cuti sangat se...
Isu Hukuman Penjara Pesalah Pkp Akan Dibincang

Isu Hukuman Penjara Pesalah Pkp Akan Dibincang

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 266 hits
UMNO ONLINE PUTRAJAYA Isu hukuman penjara terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan akan dibincangkan antara Jabatan Peguam Negara Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara dalam masa terdekat Menteri Kanan Datuk Seri Isma...
Rekod Mereka Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat Warden Penjara Ingatkan Jangan Ingkar Pkp

Rekod Mereka Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat Warden Penjara Ingatkan Jangan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 322 hits
Umum mengetahui kerajaan sudah mula ambil tindakan kepada mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Apa yang berlaku kepada mereka yang melanggar perintah ini Apakah bentuk hukuman Mesti macam macam persoalan...
Selepas 18 Hari Berjuang Melawan Virus Sameera Anak Sepupu Neelofa Akhirnya Bebas Covid 19

Selepas 18 Hari Berjuang Melawan Virus Sameera Anak Sepupu Neelofa Akhirnya Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 390 hits
Sememangnya kes jangkitan Covid 19 dikalangan kanak kanak dikatakan jarang dijumpai namun hari ini sudah ramai kanak kanak yang telah terkesan dengan virus yang merbahaya ini Malah di luar negara ada yang sudah terkorban kerana Covid 19 Seb...
Air Rebusan Kempiskan Perut Tambah Tenaga Sesuai Cuba Dalam Tempoh Pkp

Air Rebusan Kempiskan Perut Tambah Tenaga Sesuai Cuba Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 462 hits
Macam macam jenis resipi viral yang kita dah cuba sepanjang tempoh PKP ni Nak keluar bersenam ambil angin luar pun tak boleh Melainkan kita memang sejenis orang yang bersenam secara disiplin dan tentu berat badan akan naik sepanjang duduk d...
Covid19 Eratkan Hubungan Bersama Keluarga Sepanjang Tempoh Pkp Dengan 6 Aktiviti Ini

Covid19 Eratkan Hubungan Bersama Keluarga Sepanjang Tempoh Pkp Dengan 6 Aktiviti Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 496 hits
Seperti semua sudah sedia maklum tempoh pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP kini dilanjutkan lagi sehingga 28 April Inilah peluang anda untuk mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga Jelita kongsikan enam aktiviti menarik yang...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain