Bermula Dengan Jaundis Yang Berterusan Ibu Ini Tak Sangka Rupanya Anak Hidap Penyakit Hati Kronik


9 bulan mengandung kemudian melahirkan, bila tengok sahaja muka baby, hilang semua rasa penat lelah membawa perut dan sakit ketika bersalin. Pastinya setiap ibu ingin melihat bayi yang baru dilahirkan sihat dan seterusnya membesar dengan baik.
Namun setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya. Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya untuk setiap apa yang berlaku.
Ketika bayi sesusianya menjalani hidup normal, Nur Qhaira Sofea Mohammad Saufi disahkan menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik disebabkan masalah saluran hempedu tersumbat.
Menurut laporan sebuah akhbar, Ibunya, Nor Farhana Abdul Rahim, 31, berkata, anak bongsu berusia dua bulan 17 hari itu baru sahaja disahkan doktor menghidap penyakit berkenaan minggu lalu.
Menurutnya, doktor mengesyorkan Nur Qhaira Sofea atau dipanggil Sofea menjalani pembedahan segera sebelum usianya mencecah tiga bulan yang berbaki 13 hari lagi.
Kos Pembedahan Dibiaya Hospital, Tapi Perlu Bersedia Untuk Caj Lain Menurut Nor Farhana, kos pembedahan akan dibiayai hospital namun dia dan suami, Mohamad Saufi Abu Bakar, 26, runsing memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan caj lain yang perlu ditanggung sendiri.
“Sofea dilahirkan normal tetapi saya mula mengesyaki sesuatu selepas melihat demam kuningnya tidak surut selepas dua minggu sedangkan ia sepatutnya berakhir pada hari ke-10.
“Disebabkan itu, saya dan suami kerap berulang alik ke hospital untuk membawa Sofea menjalani pemeriksaan dan keputusan ujian darah pada 30 September lalu mengesahkan anak saya menghidap penyakit berkenaan.
“Ibu mana tak sedih dan jujurnya, sukar untuk saya menerima hakikat itu pada mulanya namun doktor meyakinkan saya Sofea ada peluang untuk sembuh jika menjalani pembedahan bagi membuang hempedu dalam tempoh terdekat.
“Saya tidak khuatir memikirkan kos pembedahan tetapi buntu memikirkan cara mendapatkan wang untuk lain-lain bayaran kerana tidak bekerja manakala suami hanya bergantung dengan pendapatan sebagai penoreh getah bagi menyara kami sekeluarga termasuk dua anak lain,” katanya ketika dihubungi.
Mata dan Badan Sofea Masih Kuning, Perut Membesar Berkongsi perkembangan terkini anaknya, Nor Farhana berkata, buat masa ini, Sofea berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.
Malah Nor Farhana berkata, anaknya itu juga mudah diuruskan kerana tidak banyak meragam dan senang tidur pada waktu malam.
“Cuma mata dan badannya masih kuning manakala perutnya sedikit membesar kesan penyakit itu, jadi kami tiada pilihan kecuali mengikut nasihat doktor termasuk meneruskan pembedahan.
“Ahad ini, saya dan suami akan membawa Sofea menjalani ujian imbasan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
“Jadi ada kemungkinan doktor memberikan tarikh pembedahan pada hari sama,” katanya yang kini menetap di Felda Lawin Utara, Gerik, Perak.
Nor Farhana berkata, selain sumbangan, dia dan suami turut berharap rakyat Malaysia mendoakan supaya anaknya kembali sihat.
“Alhamdulillah, ada beberapa individu memberi sumbangan secara terus kepada saya dan suami selain menyalurkannya ke akaun bank kami ketika bertemu di hospital.
“Terharu kerana mereka sudi meringankan beban walaupun tidak mengenali saya dan suami dengan rapat.
“Hanya Allah SWT saja dapat membalasnya dan ketika ini, tiada apa yang saya harapkan kecuali melihat Sofea sembuh,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 158136731651 atas nama Nor Farhana Abdul Rahim.
Sumber: Hmetro
The post Bermula Dengan Jaundis Yang Berterusan, Ibu Ini Tak Sangka Rupanya Anak Hidap Penyakit Hati Kronik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bermula-dengan-jaundis-yang-berterusan-ibu-ini-tak-sangka-rupanya-anak-hidap-penyakit-hati-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luluh Hati Ibu Bila Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Dikesan Ada Kanser Otak Tahap 4

Luluh Hati Ibu Bila Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Dikesan Ada Kanser Otak Tahap 4

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 416 hits
Tarikh 6 julai 2019 pasti akan sentiasa menjadi ingatan buat Nurul Ashiqin Abd Rahman 29 tahun dan pasangannya Pada Tarikh itulah anak sulungnya Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan yang berusia 3 tahun 5 bulan ketika itu dikesan mempunyai pen...
Dapat Susukan Anak 14 Hari Sahaja Ibu Hidap Jantung Berlubang Pasrah

Dapat Susukan Anak 14 Hari Sahaja Ibu Hidap Jantung Berlubang Pasrah

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 392 hits
Setiap ibu yang baru bersalin pasti ingin menyusukan sendiri anak yang baru sahaja dilahirkan Namun dek kerana penyakit jantung berlubang yang dihidapi membuatkan Shahiera Afida Abdul Wahab 21 dari Kota Bharu Kelantan terpaksa pasrah dan be...
Kes Jenayah Ibu Terkejut Temui Mayat Anak Dalam Keadaan Tangan Kaki Diikat Rupanya

Kes Jenayah Ibu Terkejut Temui Mayat Anak Dalam Keadaan Tangan Kaki Diikat Rupanya

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 806 hits
The ReporterPasti remuk hati ibu bapa apabila mendapati anak mereka meninggal dunia dalam keadaan yang sedang melakukan dosa Kes yang dikongsikan oleh bekas peguam mahkamah tentera wajar dibaca dan dijadikan sebagai pengajaran KES PASANGAN ...
Ibu Terkejut Panik Tengok Anak Senyap Dalam Bilik Rupanya Tengah Sedap Menjamah Lipas

Ibu Terkejut Panik Tengok Anak Senyap Dalam Bilik Rupanya Tengah Sedap Menjamah Lipas

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 437 hits
Orang cakap kalau anak kecil duduk diam je mesti ada sesuatu yang tak kena Bagi ibu bapa yang ada anak kecil mesti faham fasa anak anak yang akan mengutip setiap benda di depan mata untuk dimasukkan ke dalam mulut Seperti kita tahu anak ana...
Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 511 hits
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang Sihat dan Berkeyakinan Seiring dengan peredaran masa pada masa kini semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja Apa maklumat yang kita nak cuma taip je kemudian searc...
Ibu Haneesya Hanee Mahu Saman Netizen Hina Warna Kulit Anak

Ibu Haneesya Hanee Mahu Saman Netizen Hina Warna Kulit Anak

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 488 hits
Menang di ABPBH 32 baru baru ini ramai mempertikaikan apabila Haneesya Hanee merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular sedangkan tidak pernah melihat gadis The post appeared first on
Mulianya Hati Memey Bantu Pam Susu Sendiri Demi Anak Abby Abadi

Mulianya Hati Memey Bantu Pam Susu Sendiri Demi Anak Abby Abadi

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 496 hits
Semalam merupakan hari paling gembira buat aktress Abby Abadi kerana selamat melahirkan seorang anak lelaki Mulianya hati Memey bantu pam susu sendiri demi anak Abby Abadi
Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 591 hits
Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0 09 iaitu masih di bawah pa...
Boleh Menitik Air Mata Tiap Kali Anak Kena Kemo Tapi Ibu Ibu Ini Tetap Kuat Positif

Boleh Menitik Air Mata Tiap Kali Anak Kena Kemo Tapi Ibu Ibu Ini Tetap Kuat Positif

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 412 hits
Hati mana yang tegar apabila mendengar perkhabaran cahaya mata yang disayangi sepenuh jiwa dan raga tiba tiba disahkan menghidap penyakit serius yang sering menjadi igauan ngeri setiap orang Tambah pilu ia adalah penyakit yang boleh membawa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord