Bermalam Di Chalet Warisan Hati Rimba Kg Kemensah Ampang


Selesai main ATV, kami semua balik semula ke Chalet Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah. Kami bermalam 1 malam di chalet ini. Lupa nak bagitahu cara ke sini. Pintu masuk ke Kg. Kemensah melalui jalan di sebelah pintu masuk utama Zoo Negara. Jalan terus sampai hujung. Sampai jumpa kawasan hutan nanti nampak ada signboard.

Ok jom lah kita jamu mata dengan persekitaran di Chalet Warisan Hati Rimba. Serius tenang mata memandang.


Ada pelampung juga

Yang lagi best, air sungai yang mengalir ni deras! Sejuk sangatttttt. Nampak ada buaian dalam sungai? Angan-angan tinggi nak ambik gambar kat situ ala-ala Majalah Mangga uols. Dan air dalam swimming pool? Sumber dari air bukit Hutan Simpan Kemensah. Tak sabar rasa nak terjun pool.


Aktiviti pertama lepas ATV adalah penyampaian hamper kepada pemenang. Ada lucky draw katanya. Rupanya semua orang dapat hamper. Semua orang bertuah. Propa sangat hihi. Ada 1 je hamper yang lain daripada yang lain, tinggi dan besar berbanding hamper lain. Haaa yang itu extra special bos cabut nama orang yang pertama dapat.
Bila balik kolej kongsi pasal isi dalam hamper, rupanya isi dia sama je kahkah. Baik yang besar mahupun yang semua orang dapat tu. Jadinya toksah nak jeles kalau tak tahu okeh. Pandai organizer adil dan saksama  hehe.

Petang sambung BBQ. Ada kambing dan ayam. Member yang bakar kat atas ni yang bawak siap perap.  Sedap perapan dia. Kambing sampai 2kg! Ayam lagi banyak, tak ingat berapa.
Baca juga : MITC Hotel Ayer Keroh Melaka ok ke?

Sebelum nak mula membakar tu, aku, Kakwa & 2 orang member dah cabut dulu pergi mandi pool. Tapi kami pandai sebab tak terjah pool yang depan BBQ pit ni. Kami pergi pool yang jauh sikit. Biar orang tak tahu kami kat mana. Tenang sikit sambung menjadi duyung.
Tengah berenang boleh pulak jumpa something dalam pool? Erk.. Terencat niat nak berenang. Lagipun sis tasabar nak makan kambing bako. Yang lain nak terus mandi silakan. Sis nak menggembirakan isi perut dengan kambing dan ayam bako. Siapa lambat tinggal tulanglah!! 


Tempat basuh tangan. Air paip seperti biasa.. Air bukit. Jimat sungguhlah kan? Nampak bangku panjang belakang tu? Malamnya kami bantai karaoke sampai pukul 11 malam. Gila. Itupun dah lebih masa sebab sebenarnya masa sewaan sampai pukul 10 je. Merayu tak beragak dengan abang ATV, dapatlah kawan-kawan menyawan sambung karaoke sejam lagi. Harap bertabahlah dengan geng kuat karaoke ini. Hehe. 
Bilik Mandi & Bilik Termenung / JambanBilik Mandi pun guna air bukit. Itu sebab malam bila nak mandi, air suam-suam. Syok aih mandi. Tapi yang paling kelakar, bilik termenung aka jamban jauh!. Dan ala-ala jamban kampung cangkung. Sesuai sangat untuk orang yang nak termenung lama.
Benda lagi kelakar masa aku mula-mula masuk tu, tak perasan lagi, bila dah selesai kencing baru perasan. Ada lubang di tepi pintu! Kahkahkah. Matilanak orang nampak ko kencing 😂
Keluar dari toilet siap pusing-pusing depan belakang. Okeh tak payah risau takde orang nampak ko kencing. Sebabnya toilet tu menghadap bukit. Itu sebab agaknya diorang biar je lubang tu haha. Selamat.
Dalam rasa lega itu pun, hari tu aku tahan taknak memerut. Mengada betul sedangkan kawan yang lain rilek je melepas. Padahal perut dah rasa tak selesa sebab makan kambing bakar banyak sangat tapi aku psiko perut dont you dare minta nak melepas kat sini! Tak sanggup rasanya melepas, bak kata bos "Shahira orang bandar kan?"



Nampak sangat perangai divanya haha. Apa yang bos aku tak tak tahu toilet kampung aku pun macam ni. Biasa je sebenarnya bagi aku. Cuma bawak perangai diva biasalah duduk KL khennnn 🤭. Esoknya aku sambung meeting di Putrajaya dan melepas dengan bahagia ekekeke. 
Bilik TidurKonsep bilik kat sini adalah 1 rumah. Kiranya rumah itulah biliknya. Depan pintu bilik ada beranda. Kalau bawak karom dah lama bersila di beranda tu. Terlupa nak ambil gambar bilik. Tapi yang aku boleh cakap adalah bilik consider ok. Sesuai sebab namanya chalet. Bukan hotel, bukan resort.
Dalam bilik kami ada disediakan kipas, tilam queen & plug point. Basic necessity. Kalau diva sangat tidak digalakkan datang dan tidur sini. Tetapi yang spesis diva tahi kucing macam aku amat digalakkan. Yang happy go lucky, jenis tak kisah, independent laaaagi silakan datang. Syok aih buat family day kat sini. 


Sebelum bertukar menjadi model Mangga
Info: Kalau tak bermalam, kem ini open for walk-in customer yang nak mandi pool. Masa kami datang, ada je family yang berpiknik tepi pool sambil mandi. Rate masuk tak pasti tapi seingat aku macam RM5 per head. Kalau salah betulkan aku ya!


CHALET WARISAN HATI RIMBA, KG. KEMENSAH
Alamat : Kg. Kemensah, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya Selangor
WhatsApp : 013-231 5711


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2019/12/bermalam-di-chalet-warisan-hati-rimba-kemensah-ulu-kelang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bawa Atv Di Kemensah Ampang

Pengalaman Bawa Atv Di Kemensah Ampang

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1020 hits
Hai Hampir lupa pula nak cerita Pengalaman Bawa ATV di Kem Warisan Hati Rimba Kemensah Ulu Klang Ampang baru baru ini Bawa All Terrain Vehicle merupakan salah satu checklist aktiviti liar yang aku nak sangat buat sebenarnya Takdelah liar sa...
Hati Kering Betul Dia Ni Lelaki Datang Seorang Diri Rompak Kedai Emas

Hati Kering Betul Dia Ni Lelaki Datang Seorang Diri Rompak Kedai Emas

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 683 hits
https ift tt 2P4mM9u Sebuah kedai emas di Mydin Alor Mengkudu Alor Setar telah dirompak oleh seorang lelaki bersenjata semalam Suspek yang memakai topi keledar datang seorang diri sebelum itu membawa beg yang kemudian masuk ke premis itu se...
Potret Ayah Dan Anak Di Tengah Macet Ini Bikin Hati Terenyuh

Potret Ayah Dan Anak Di Tengah Macet Ini Bikin Hati Terenyuh

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 351 hits
Kemacetan sudah bukan lagi hal yang baru di Indonesia terutama di kota kota besar Macet sudah jadi sahabat akrab masyarakat modern Betapa menyebalkannya terjebak di tengah kemacetan Dikejar waktu saat udara panas dan sinar matahari yang men...
Hati Hati Buat Peace Sign Ketika Bergambar Cap Jari Tangan Boleh Diklon Pdrm

Hati Hati Buat Peace Sign Ketika Bergambar Cap Jari Tangan Boleh Diklon Pdrm

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 508 hits
Orang sekarang ramai yang suka memuat naik foto foto menarik di dalam media sosial hanya untuk berkongsi dengan ramai Tapi ramai di antara kita masih belum tahu kesan Peace Sign sebenarnya dalam keadaan bahaya Kenapa bahaya Simbol saja buka...
Kental Betul Hati Kau Dik Pergi Berkhatan Naik Bas Pergi Dan Balik

Kental Betul Hati Kau Dik Pergi Berkhatan Naik Bas Pergi Dan Balik

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 777 hits
Berikut adalah perkongsian daripada Fb Adik ni pegi ke pekan khatan dgn menaiki bas pegi dan balik tak pa adik kita bukannya orang senang semoga jadi kenangan pada adik dan belajar hingga kemenara gading ibunya dukung anak yg masih baby Jiw...
Eclat Story Tanya Hati Chord

Eclat Story Tanya Hati Chord

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 226 hits
F Em Am GF Em AmCTuhan tolonglahG AmHapus dia dari hatikuFKini semua percumaEmTak kan mungkin terjadiDm Kisah cinta yang Gselalu aku banggakanCKau hempas semuaG AmMasa yang tercipta untukmuFTanpa pernah melihatDmBetapa ku mencoba A GJadi ya...
Penyebab Keras Hati Badan Lemah Dan Susah Mendapatkan Rezeki

Penyebab Keras Hati Badan Lemah Dan Susah Mendapatkan Rezeki

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 376 hits
Memiliki hati yang keras badan yang lemah serta susah dalam mendapatkan rezeki adalah tiga hal yang tak diinginkan oleh setiap insan yang bernyawa Namun tak bisa dipungkiri jika salah satu dari tiga hal tersebut sirih berganti berdatangan d...
Ejen Ali The Movie Buat Hati Sangat

Ejen Ali The Movie Buat Hati Sangat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 1233 hits
Beli online senang dapat survey tempat paling murah Antaranya di Times Square Baru RM37 untuk 3 orang tempat lain semua RM45 ke atas Jimat sikit survey online dari walk in Sempat tengahari semalam singgah pasaraya Giant beli barang dapur ya...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023