Ejen Ali The Movie Buat Hati Sangat


Beli online senang, dapat survey tempat paling murah. Antaranya di Times Square. Baru RM37 untuk 3 orang, tempat lain semua RM45 ke atas. Jimat sikit survey online dari walk in!
Sempat tengahari semalam, singgah pasaraya Giant beli barang dapur yang Abg Qi tulis. Tulisan original Abg Qi 100 peratus tu tau hihi. Cuti sekolah, inilah salah satunya dia belajar bagi umur 7 tahun. 
Tapi dia tak tahu yang uminya berpakat dengan walid dia tempah cerita Ejen Ali dalam online senyap-senyap.Tulisan Abg Qi. 😆
Abg Qi kalau korang nak kenal, dia seorang yang sangat lurus. Kalau dah di ajar A, A lah dia patuh. Macam latihan tulis barang dapur diatas tu lah. Ada beberapa barang yang diluar senarai dia cakap mana boleh beli tak ada dalam senarai hahaha. 
Begitulah sampai ke sudah cerita Ejen Ali ni dia tak tau aku tempah, aku tanya pada dia, lepas beli barang dapur ni ada rasa nak ke mana pula? 
"Umi kita balik rumah je lah, Qaiser okey je main je playground kawasan rumah".
Ya dia sangat mudah, bukan jenis meminta bukan-bukan. Cuti sekolah pun dia belajar Al-Quran dan kelas English. Tapi kami kesian, sebagai ibu ayah zaman dia sekarang hiburan berbentuk pengajaran dan pendidikan mudah didapati dalam bentuk online...
Bukan memandu balik rumah...Terus ke GSC Berjaya Times Square. Masa ni Abg Qi bertubi tanya soalan. Nak pergi mana lagi? 
Haha, nak jumpa kawan umi. Dia seorang EJEN. Kerja dia suka menyelamatkan orang. Dia terus kepelikan, bila masa umi dia berkawan dengan ejen ala kepolisian haha.
Dia mengikut sampai ke GSC, dia pelik. Kawan umi ejen kerja wayang ke?
Hahaha!
Aku senyum, beli popcorn, terus pecut masuk Bilik 3 cari tempat duduk.
Layar cinema bermula...EJEN ALI THE MOVIE!!!Bertukar sorak wajah Abg Qi tatkala melihat tulisan cerita kegemaran dia di depan mata. Badan dia tegak dan mata tak berkedip langsung. Aku dan suami bertentang mata, senyum. Puas surprisekan Abg Qi, sebab usaha dia rajin belajar. Allah sayu hati tengok Abg Qi...
Cerita Ejen Ali The Movie ni di awalannya ada unsur jenaka, unsur sedih dan unsur kesetiaan.
Jenaka dari geng mamak, hahaha kalau korang belum tonton pasti terhibur dengan geng mamak beraksi dalam cerita Ejen Ali, memang kelakar habis hahaha.
Unsur sedih, bila dapat tahu Ejen Ali seorang anak yatim piatu. Ibu dia meninggal dunia sejak dia kecil. Sebab mengapa ibu dia meninggal kerana Nikki. Nikki adalah salah seorang penghuni Cyberaya. Di sangat taksub, sampaikan yang baik dan buruk dia tak dapat nilai. 
Unsur kesetiaan, bagaimana Ejen Ali diuji dengan ciptaan kuasa baru yang diuji oleh ejen baru membuatkan dia rasa tersisih, diuji perasaan untuk setia atau berpaling tadah kerana perhatian...ini korang kena tonton tau. Mendalam perasaan bab ini.
***Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk cerita Ejen Ali. Berbaloi beli tiket menonton seisi keluarga sebab ceritanya penuh pengajaran dan sesuai untuk anak seperti Abg Qi. Tau Abg Qi cakap?
"Ejen Ali memang Qaiser suka, Ejen Ali tu kawan Qaiser lah umi bukan kawan umi hahaha, terima kasih umi belanja cerita ni, Qaiser memang suka Ejen Ali pun." 😊
Sekali sekala surprisekan anak, why not! Biar dia ingat sampai dewasa yang kita pernah layan kegemaran dia bersama-sama. ✌


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/12/ejen-ali-movie-buat-hati-sangat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berguguran Airmata Bila Tengok Filem Animasi Ejen Ali The Movie

Berguguran Airmata Bila Tengok Filem Animasi Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1361 hits
Berguguran Airmata Bila Tengok Filem Animasi Ejen Ali The Movie Penangan Ejen Ali The Movie Soffea sanggup bangun awal subuh Adehh Macam macam hal budak budak ni Suami lah yang bagitahu anak anak sehari sebelum menonton wayang Sara berpuash...
Ejen Ali The Movie 2019

Ejen Ali The Movie 2019

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1048 hits
Assalammualaikum Dunia Picture throwback holiday Johor Yer Dah nak dekat seminggu cuti persekolahan akhir tahun Yang suka semesti nya lah murid murid dan guru guru Ambil feel sikit Makk bapak plak risau sebab bebudak dok umah kan Ngadap TV ...
Ost Lagu Tema Ejen Ali The Movie

Ost Lagu Tema Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1247 hits
Lagu Tema Ejen Ali The Movie masih tak boleh nak Move On lagi dengan Ejen Ali The Movie ni satu satunya filem animasi Malaysia yang boleh dikatakan bertaraf antarabangsa JAlan cerita dah gempak mestilah ada lagu tema yang bersesuaian dengan...
Bertindak Segera Dalam Misi Akhir Ejen Ali The Movie

Bertindak Segera Dalam Misi Akhir Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1225 hits
Primeworks Studios dan WAU Animation mempersembahkan sebuah filem animasi hebat EJEN ALI THE MOVIE yang akan menguasai pawagam pada 28 November 2019 ini bersempena dengan musim cuti sekolah Tayangan perdana filem animasi yang diadakan di pa...
Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna Ewallet Touchngo

Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna Ewallet Touchngo

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 1629 hits
Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo Assalamualaikum dah marathon tengok cerita FROZEN 2 dan Ejen Ali The Movie di TGV Encorp Damansara Kini giliran mummy pulak untuk marathon tulis blog ahhaahaha amek Masa nak tengok Ejen ...
Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam Ejen Ali The Movie

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1120 hits
Ejen Ali The Movie terus mencatatkan kutipan memberansangkan selepas seminggu ditayangkan Filem animasi yang mengisahkan Ejen Ali yang melalui dilema dalam kehidupannya apabila dia disisihkan rakan rakannya ini turut mendapat pujian dari se...
Pelajar Malaysia Di Maghribi Selamat Dikebum1 Apa Yang Dilakukan Penduduk Sangat Menyentuh Hati

Pelajar Malaysia Di Maghribi Selamat Dikebum1 Apa Yang Dilakukan Penduduk Sangat Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 789 hits
Terdahulu media pernah melaporkan mengenai kemat1an seorang pelajar Malaysia Allahy rham Mohd Hafizuddin bin Hazrul yang menuntut di sebuah universiti di Maghribi yang mender1ta penyak1t Leukim1a Baru baru ini salah seorang sahabat rwah men...
Paramount Lancarkan Trailer Poster Pertama The Spongebob Movie Sponge On The Run

Paramount Lancarkan Trailer Poster Pertama The Spongebob Movie Sponge On The Run

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 473 hits
Paramount Pictures telah melancarkan trailer dan poster pertama filem The SpongeBob Movie Sponge on the Run Anda boleh saksikannya dibawah Filem ketiga dari siri SpongeBob SquarePants ini menampilkan watak utamanya iaitu SpongeBob yang sent...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion