Berkenalan Dengan Pakcik Makcik




assalamualaikum pembaca KD
sebenarnya kan. dah lama sangat aku simpan entri ini. M memang menguasai diri, malas. tak tahu lah kenapa. aku harap adsense aku kekal masuk walaupun cuma 0.01 huhu. entri ni kalau ikutkan real time dia ialah beberapa hari selepas aku bernikah. bukan ditulis atau dipublish beberapa bulan lepas nikah. doakan aku selalu rajin. 
tulis tu rajin,  cuma nak mula tu. haishhh. views aku drop, revenue aku pun drop, semua drop lah. hmm
HaniMun

sebenarnya gambar atas ni diambil sebelum nikah. hahahhahha. time ni kitorang jalan2. tapi ini je gambar berdua yang ada pun. masa ni 'boyfriend' nak bawa pergi rumah nenek. sebab cikjue, ayah ada dekat sana. aku cuba lah cari gambar tu. malangnya tak jumpa. sedih. okay tiba  - tiba dah jumpa. 
aneh je ye guna perkataan hanimun. hahhaha. maleh nak taip yang full. macam geli - geli pula. aku cuba lah cari gambar 
tadaaaaaa..


aku terpaksa tampal gambar ayah dengan gambar batu, sebab terlalu seksi. hahahah. sorry ayah. okay jap. aku lapar. teringat dekat sana makan daging masak lemak. sedap weyh, berair hidung aku sebab pedas. telur masin. ya allah lapar. okay bye. 
sebab kan malu - malu miau, aku duduk jauh sikit dari cikjue. huhu. padahal mula - mula tak nak makan. tapi sebab cikjue dah letak nasi banyak kau. aku kenyang weyh. sedap. nasib baik aku makan. kalau tak, aku lapar. hmmm
Melaka Destinasi Pilihanentah lah. kenapa melaka eh? kan bosan. dengan habiskan masa dekat jalan je (sebab jammed). padahal nak makan je, nak drive ke sana ambil masa. jadi kitorang takde jalan mana pun. senang cerita, ini bukan hanimun.  HAHAHHA. aku nak claim dekat husband, hanimun yang official next time

ini cuma macam bersiar - siar mengenali melaka sambil berkenalan dengan pakcik - makcik. tapi aku enjoy the trip. pakcik makcik dia semua easy going. eh tiba speaking pula.  hahaha tak apa lah ye. dekat sini je acah. dekat luar, nak sebut easy going pun fikir 100 kali. terasa macam bunyi jawa. kahkah

1825 Gallery Hotel
gambar hotel semua aku cilok di google. aku macam noob gila sebab tak ada ambil gambar yang menarik. yang sedih, gambar aku pun hawau gila. aku tak tahu lah kenapa trip ke melaka sangat menyakitkan hati aku.  gambar aku semua tak lawa, termasuk baju aku. hmmm
husband aku ambil gambar pula menyedihkan. hahahha. hasilnya tak macam aku nak. padahal aku da ejaskan kamera, tapi lepas je kamera sampai dekat dia. gambar aku dah beralih kedudukan. tak sama macam aku nak. sebabkan takut kena marah sebab bagi arahan, aku 'okay' kan jela gambar aku -_- 
aku moody dan putuskan aku taknak bergambar dekat mana - mana. dengan baju tah apa - apa. rasa nak lempang diri sendiri. dengan gemoks nya. alahai. sakit hati betul. 
okay berbalik semula pasal hotel. kitorang stay dekat 1825 gallery hotel untuk 3 hari 2 malam pada 27 oktober - 29 oktober. bayangkan dah sampai melaka baru book hotel >.< . harga total yang perlu dibayar ialah rm287.26 sen termasuk tax. 
sampai dekat hotel, kena bayar depo rm300. 😕 pishang mat. terasa cam "weyh, duit habis." nak batalkan tempahan pun tak boleh sebab dah masuk tarikh aku check in hotel kan

hotel tu betul - betul sebelah sungai melaka.best suasananya. cuma entahlah


Info 1825 Gallery Hotel Alamat: 27,29 & 31, Jalan Bunga Raya, Melaka 75100

Telefon: +606 288 2868 
Fax: +606 288 2869 
Emel: [email protected]





breakfast dihotel. 1 pax rm40 tak silap. rasa macam tak berbaloi hahahhahha. tapi boleh la sedap. cuma macam mahal sangat lah. entahlah. mungkin sebab malas nak fikir "dekat mana ye nak sarapan?"

hari jumaat malam tu paling bosan. kitorang jalan kaki ke sana sini tapi banyak tempat tutup. jadi makan lah dekat entah mana - mana. menunggu makanan sampai begitu lama. sempat perut aku buat dua tiga kali lagu ya. huhu. tapi sedap. harga tak pasti lupa tanya husband. hahaha. kedai ni sebelah sungai melaka. 

Waronk Avenue Sucksmalam kedua makan dekat mana tah la. dekat sini memang menyakitkan hati. 

bayangkan. untuk mendapatkan nasi sahaja perlu menunggu sehingga 1jam atau lebih. kau gila? sebab pelik orang yang sampai kemudian dah nak balik. rupanya makanan yang kitorang order tak masuk sistem, kepala hot dia weyh. orang dah lapar. 
dah kena order kali kedua. yang tadi menunggu tak ada apa yang sampai pun dah sejam. menunggu lagi kali kedua. otak aku jatuh kejap. servis 1/5. padan ukewwww. 



Jalan - jalan Rumah Mak Cikdestinasi pertama ialah jumpa mak uda. tak datang rumah, tapi lepak kedai minum - minum je. gambar tak jumpa. hahahhaha. mak uda okay. sebab kali pertama jumpa, aku tak reti berbual. maafin saya. lepak minum dekat depan kedai runcit mak uda. heee. ni hari jumaat kot tak silap. dah petang sangat dah pun. lepastu baru cari hotel. 
esoknya pergi rumah ucu dengan rumah maklong. 
rumah ucu

dekat rumah ucu kena 'buli' hahhaa. takdela. ucu niaga nasi ayam kunyit. sedap. macam mak aku masak. HAHAHHHAH. lepastu ucu masakkan udang masak lemak dengan ayam masak kunyit. sedap nyaaaa. laparrr. 
kena potong lobak, sambil - sambil tu ucu memasak untuk makan tengahari. ada baby comel yang tak mau dengan orang. aku gigit juga lah budak tu. hahahah sebaik bukan adik aku. kalau adik aku dah kena dah. hahahhaa. 
rumah maklong


lepas makan tengahari tu, kitorang pergi rumah maklong. maklong belah husband ni sama macam maklong aku. kalau orang nak datang, sempat masak/ beli macam  -macam untuk tetamu. include bekal dalam kereta untuk dimakan hahahhaa. so sweet. 
masa datang ni, rumah banyak kotak. diorang dah nak pindah rumah lain sekitar situ. merasa lah pergi rumah maklong yang lama. kak apa tah tu namanya, aku lupa. pity me😓, sama macam kakak fatin (cousin aku). hahaha. kan aku cakap semua easy going. 
sebab kan diorang dah nak pindah rumah, semua mengenang zaman budak - budak. aku dengar jela. sedikit sebanyak aku mengenali kehidupan orang lain. heeee. 
lama juga dekat rumah maklong. dah pukul 6.30 petang macam tu, baru kami gerak pulang ke hotel. harap dapat jalan - jalan lagi. aku masih dalam proses nak kenal orang. jadi aku memang dilihat sebagai sombong/ muka berlagak/ suka buat muka. lagi - lagi yang baya - baya ni. kalau dengan makcik - pakcik macam okay sikit sebab orang tua kan banyak benda nak berbual. jadi berbual jela apa pun. 
kalau umur sama ni macam lambat sikit prosesnya. 
maaflah cousin - cousin husband. sebab saya suka buat muka harom kalau jumpa. saya akan cuba yang terbaik ya. semoga semua orang menerima saya dengan baik. 

esoknya pergi rumah ucu & uncle zack lepastu jalan - jalan sekitar melaka. terus balik shah alam. 

gambar dekat rumah mak uda & uncle zack
menyampah kuasa dua betul aku tengok cara aku pakai tudung tak semenggah. eiiiiiiiiiiiiiiii. bulat - bulat nak pergi mana! haishh. 
okay dah habis dah. nanti aku tulis entri lain hahahhaa. chau dulu, nak buat kerja. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2021/12/berkenalan-dengan-pakcik-makcik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khas Untuk Makcik Bodo Dari Pekan Fakta Bukan Auta

Khas Untuk Makcik Bodo Dari Pekan Fakta Bukan Auta

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 193 hits
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan R Uma Devi 42 berkata kedua dua cek itu dikeluarkan oleh Najib pada 5 September 2013 dan 17 Februari 2014 Berdasarkan penyata akaun Najib saya mengesahkan terdapat transaksi pengeluaran RM4 3 juta ...
Video Comel Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makcik Kuat Terpengaruh Drama Korea

Video Comel Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makcik Kuat Terpengaruh Drama Korea

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 362 hits
Rasanya pengaruh drama Korea dalam masyarakat kita sekarang ni dah semakin meluas Bukan saja dalam kalangan remaja malah golongan mak mak pun dah banyak terjebak tengok K Drama di laman laman strim online ni Kadang kadang tu boleh jadi dior...
Hiburan Post Gambar Habis Marathon Ryzal Dan Maryam Dikecam Makcik Bawang Isu Pantang

Hiburan Post Gambar Habis Marathon Ryzal Dan Maryam Dikecam Makcik Bawang Isu Pantang

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 375 hits
Sedia maklum sebulan yang lepas pasangan selebriti media sosial Ryzal dan isterinya Maryam yang terkenal dengan saluran di YouTube bernama DurianKimchi telah menimang cahaya mata pertama mereka Rina Sejak dari itu kehidupan pasangan tersebu...
Siri 2 Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

Siri 2 Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 241 hits
Siri 2Selepas tulisan siri 1 saya ada baca beberapa soalan di ruang komen berkaitan dengan Siapa yang masukkan ke dalam akaun DS Najib Siapa yang arahkan Antara perkara yang dibangkitkan adalah penglibatan Nik Faisal iaitu CEO dan Pengarah ...
Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 204 hits
Siri 1Banyak soalan soalan yang saya terima di ruang komen berkenaan undang undang dalam kes DS Najib Saya pilih beberapa soalan yang diulang di ruang komen Saya cuba pendekkan tulisan ini sehabis mudah untuk kefahaman semua peringkat Perta...
Kesian Makcik Pekan Bosslu Dah Tak Boleh Tending Kah Kah Kah Piang

Kesian Makcik Pekan Bosslu Dah Tak Boleh Tending Kah Kah Kah Piang

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 164 hits
Terkini Najib hilang kelayakan tanding pilihanrayaDecember 12 2021 Walaupun Najib Razak telah mendapatkan penangguhan atas sabitan jenayahnya dalam kes SRC International bekas perdana menteri itu masih tidak layak untuk bertanding dalam pil...
Pakcik Bunuh Kekasih Tolak Lamaran

Pakcik Bunuh Kekasih Tolak Lamaran

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 358 hits
Hilang pertimbangan Cintanya ditolak untuk dirikan mahligai bahagia tukang masak sanggup tikam tubuh kekasihnya Muzik https artlist io SinarHarian VideoSinar Fail302 Durjana Kejam Bunuh Mahkamah DiTikam Lamaran Ratna Zalim Pertuduhan
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama