Kesian Makcik Pekan Bosslu Dah Tak Boleh Tending Kah Kah Kah Piang


 



Terkini! Najib hilang kelayakan tanding pilihanraya

December 12, 2021 Walaupun Najib Razak telah mendapatkan penangguhan atas sabitan jenayahnya dalam kes SRC International, bekas perdana menteri itu masih tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan selesai.
Demikian menurut beberapa pakar perlembagaan dan peguam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Shad Saleem Faruqi dari Universiti Malaya berkata walaupun Najib boleh kekal sebagai ahli parlimen Pekan, tetapi dia hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Beliau kekal sebagai ahli parlimen sehingga rayuan atau petisyen untuk pengampunannya diselesaikan. Ini diperuntukkan dalam Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.
“Tetapi dia serta-merta hilang kelayakan untuk pencalonan, bertanding pilihan raya atau pelantikan ke mana-mana Dewan jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara setahun atau denda 2,000. Ini diperuntukkan dalam Perkara 48(5),” kata Shad Saleem (gambar, bawah)
Pakar perlembagaan itu berkata Najib boleh bertanding dalam pilihan raya sekiranya dia mendapat pengampunan penuh diraja sebelum hari penamaan calon.


Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan sejumlah RM42 juta dana SRC International, serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Penghakiman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara minggu lalu, selepas panel tiga hakim mendengar rayuan Najib.
Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan Najib menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukumannya sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Ini disahkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam Najib ketika dihubungi, serta semakan nota wartawan dari mahkamah pada hari itu di mana panel hakim membenarkan permohonan pembelaan untuk penangguhan sabitan dan pelaksanaan hukuman.
Susulan keputusan ini, timbul persoalan sama ada ahli politik Umno itu masih layak bertanding dalam pilihan raya akan datang atau tidak, dengan peguam terkenal Haniff Khatri menggesa Mahkamah Rayuan menjelaskan perkara berkenaan.
Penangguhan tak bermakna lupus sabitan Najib
Peguam kanan Salim Bashir Bhaskaran turut berkongsi pandangan sama, berkata penangguhan sabitan yang diberikan kepada Najib tidak mempunyai kesan terhadap kehilangan kelayakannya sebagai ahli parlimen sekrang.
“Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang itu tidak perlu mengosongkan kerusinya sementara menunggu keputusan rayuannya.
“Sekarang ini, persoalan satu lagi sama ada dia boleh bertanding atau tidak? Dalam keadaan ini, kita perlu rujuk subseksyen 5 Perkara 48.
“Subseksyen itu mengatakan seseorang yang telah disabitkan bersalah, dia tak boleh menjadi ahli parlimen. tak boleh dicalon, tak boleh dipilih jadi ahli parlimen.
“Walau ada penangguhan, ia tidak ada apa-apa kesan (kedudukan Najib sebagai MP sekarang).
“Tetapi kesan sama ada dia boleh bertanding ataupun tidak, itu tertera dalam perlembagaan dan perlembagaan cukup jelas, Perkara 48(5) kata dia tidak boleh,” katanya.
Menurut Salim, Najib hanya boleh bertanding pada pilihan raya akan datang jika dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan.
“Kalau tak lepas, maka itulah pengakhirannya.
“Kalau PRU sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan, dia tak boleh bertanding,” jelasnya.
Seorang lagi peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berkata perintah penangguhan tidak bermakna sabitan Najib telah “dilupuskan”.
Menurutnya, terdapat kes rujukan di India apabila Perdana Menteri India ketika itu Indira Gandhi disabitkan dengan kesalahan pilihan raya oleh Mahkamah Tinggi Allahabad.
“Indira disabitkan dengan kesalahan pilihan raya oleh mahkamah tinggi Allahabad. Dia memohon rayuan dan mendapat penangguhan sabitan dan hukuman.
“Dia kemudiannya memberitahu Mahkamah Agung India bahawa sabitan kesalahannya telah ditangguhkan dan dengan itu dia boleh bertanding dalam pilihan raya.
“Bagaimanapun, Mahkamah Agung berkata tidak, kerana penangguhan itu hanya menunggu rayuan. Dan ini tidak bermakna sabitan itu dilupuskan.”
Sementara itu, peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi berkata dia tidak mendapat arahan untuk mengulas soalan mengenai bekas perdana menteri itu boleh bertanding dalam pilihan raya atau tidak.
Bagaimanapun, tegasnya, kebimbangan utama mereka dalam memohon penangguhan sabitan adalah kedudukannya sebagai ahli parlimen.
“Jadi dengan penangguhan itu, beliau masih kekal sebagai ahli parlimen.
“Pilihan raya itu cerita lain, kerana dia belum memutuskan apa-apa.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kesian-makcik-pekan-bosslu-dah-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khas Untuk Makcik Bodo Dari Pekan Fakta Bukan Auta

Khas Untuk Makcik Bodo Dari Pekan Fakta Bukan Auta

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 160 hits
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan R Uma Devi 42 berkata kedua dua cek itu dikeluarkan oleh Najib pada 5 September 2013 dan 17 Februari 2014 Berdasarkan penyata akaun Najib saya mengesahkan terdapat transaksi pengeluaran RM4 3 juta ...
Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 161 hits
Siri 1Banyak soalan soalan yang saya terima di ruang komen berkenaan undang undang dalam kes DS Najib Saya pilih beberapa soalan yang diulang di ruang komen Saya cuba pendekkan tulisan ini sehabis mudah untuk kefahaman semua peringkat Perta...
Siri 2 Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

Siri 2 Wajib Baca Terutama Makcik Pekan Yang Berlagak Cerdik Sangat Jom Banyak Membaca

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 190 hits
Siri 2Selepas tulisan siri 1 saya ada baca beberapa soalan di ruang komen berkaitan dengan Siapa yang masukkan ke dalam akaun DS Najib Siapa yang arahkan Antara perkara yang dibangkitkan adalah penglibatan Nik Faisal iaitu CEO dan Pengarah ...
Dua Dua Tak Boleh Pakai Jamil Khir Bukan Ada Kes Kah Dulu Rasanya Rakyat Tak Lupa Lagi

Dua Dua Tak Boleh Pakai Jamil Khir Bukan Ada Kes Kah Dulu Rasanya Rakyat Tak Lupa Lagi

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 176 hits
Jika tak yakin dengan Idris kerana dia PAS tukar saja dengan Jamil PM diberitahu November 28 2021 Ketua Umno Kedah Jamil Khir Baharom dilantik sebagai penasihat dalam hal ehwal agama kepada Perdana Menteri walaupun Idris Ahmad sudah dilanti...
Peraturan Kempen Tak Adil Calon Tak Boleh Rentas Sempadan Kawasan Pilihan Raya

Peraturan Kempen Tak Adil Calon Tak Boleh Rentas Sempadan Kawasan Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 331 hits
PRN SARAWAK DAP menggesa Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula peraturan yang mengehadkan calon berkempen di kawasan mereka sahaja Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata bahawa peraturan itu tidak masuk akal kerana kawasan Sibu mempunyai...
5 Hal Boleh Dan Tidak Ke Majlis Kahwin Kawan

5 Hal Boleh Dan Tidak Ke Majlis Kahwin Kawan

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 321 hits
Meski tak dapat hadir tumpang gembira bila melihat rakan2 sebaya di Malaysia telah pun meraikan menantu Tak sangka begitu pantas masa berlalu Congrats Moga bahagia till Jannah Sebagai panduan diri sendiri ada hal2 remeh yang kita boleh jadi...
Resipi Chocolate Cream Jimat Satu Resipi Boleh Guna Untuk Buat Macam Macam

Resipi Chocolate Cream Jimat Satu Resipi Boleh Guna Untuk Buat Macam Macam

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 214 hits
Krim coklat chocolate cream memang pelbagai guna dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan seperti inti roti donut bomboloni kek jem dan lain lain MAlah jika dimakan bersama roti sandwich pun sangat membuka selera Anak anak p...
Letak Nama Abcdef Ghijk Zuzu Bapa Harap Anak Boleh Jadi Ahli Linguistik

Letak Nama Abcdef Ghijk Zuzu Bapa Harap Anak Boleh Jadi Ahli Linguistik

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 215 hits
Unik sungguh nama anak ABCDEF GHIJK ZUZU Bunyi macam lucu kan tapi hakikatnya seorang bapa di Indonesia meletakkan nama tersebut pada anak lelakinya Menerusi laporan Tribunnews kanak kanak itu mendapat perhatian dan tular di media sosial ke...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Airasia Santan Menu Baru Harga

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Dating Dengan Suami Di Ikea Cheras

Lunch Date Di Torii Teppanyaki

Makan Di Tiga Restoran