Ajar Anak Bahasa Inggeris Di Rumah Hanya Guna 5 Tip Ini Confirm Anak Petah Berbahasa Inggeris


“What is your name?…” Berkerut dahi si kecil. Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya, namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya, ia dianggap asing buat dirinya.  Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak pandai berbahasa Inggeris.

Tidak perlu diterangkan apakah kelebihannya jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini dalam usia kecil lagi. Mempersiapkan anak lebih awal adalah lebih baik kerana anak akan menjadi lebih bersedia apabila masa itu sudah tiba. Namun bagaimana cara terbaik untuk pasti kan anak anda dapat mengusai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan secara semula jadi. Ikuti tip dan panduan yang diberikan.
Berkomunikasi
Berkomunikasi secara langsung menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, anda boleh memberikan panduan dalam bahasa tersebut. Misalnya, meminta anak untuk duduk. Anda boleh berkata “Sit down”. Selain itu, anda boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak sebelum tidur, sehingga anak semakin terbiasa mendengarkan bahasa Inggeris dan juga mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap. Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menemani anak semasa menonton rancangan televisyen. Anda boleh mengucapkan dan mengulangi kata-kata yang diucapkan di televisyen. Misalnya untuk bahasa Inggeris, ketika melihat haiwan kucing di televisyen, anda boleh memberitahu kepada anak bahawa kucing dalam bahasa Inggeris disebut “cat”. Cara ini efektif digunakan untuk peringkat awal mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak kerana anak mudah ingat dan memahami apa yang ditontonnya.
Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut. Dengan sendirinya anak ada akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Kenalkanlah lagu-lagu anak yang biasa dinyanyikan. Anda boleh menyanyikannya sebelum tidur atau sambil menyuapkan makanan kepada anak.
Satu kata dalam satu waktu
Ketika mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak, jangan terus memberikannya kosa kata yang harus dipelajarinya. Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Sudah tentu anak anda masih pelat semasa menyebut beberapa perkataan bahasa Inggeris. Anda perlu membantu anak menyebut dengan jelas dan nyata.
Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak bersama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali.
Namun tidak perlu mengajar bagaimana mengeja dan menulis perkataan. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
The post Ajar Anak Bahasa Inggeris Di Rumah Hanya Guna 5 Tip Ini! Confirm Anak Petah Berbahasa Inggeris appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ajar-anak-bahasa-inggeris-di-rumah-hanya-guna-5-tip-ini-confirm-anak-petah-berbahasa-inggeris/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Mat Salleh Tapi Speaking English Loghat Melayu Video Anak Diana Danielle Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Peminat

Muka Mat Salleh Tapi Speaking English Loghat Melayu Video Anak Diana Danielle Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Peminat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1592 hits
Baru baru ini tular perkongsian kisah anak sulung Diana Danielle Chemad atau nama sebenarnya Muhammad yang bersunat pada umur 5 tahun Kisah anak sulung Diana itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen kerana keberaniannya di umur mud...
Ajar Sesuatu Tapi Anak Susah Faham Mungkin Cara Ajar Salah Kaunselor Kongsi Tip Kenali 3 Cara Belajar Efektif Anak

Ajar Sesuatu Tapi Anak Susah Faham Mungkin Cara Ajar Salah Kaunselor Kongsi Tip Kenali 3 Cara Belajar Efektif Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 547 hits
Ajar sesuatu kepada anak tetapi tidak mampu diingati Mama papa pun mula marah marah ingat anak tidak berusaha Tapi tahukah anda sekiranya ibu bapa menggunakan cara yang tepat dengan stail pembelajaran anak semuanya jadi mudah buatnya Kaunse...
Dua Rumah Di Balikpapan Dibakar Saudara Sendiri Ibu Dan Anak Tewas Terpanggang

Dua Rumah Di Balikpapan Dibakar Saudara Sendiri Ibu Dan Anak Tewas Terpanggang

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 267 hits
Peristiwa itu terjadi sekira pukul 03 30 WITA Api diduga berasal dari rumah Sumarji yang juga diduga dibakar saudaranya yang dikabarkan mengalami gangguan jiwa Ipung menggunakan bensin
Ubat Gigi Perlu Atau Tak Masa Memberus Gigi Anak Tip Dari Doktor Ini Sangat Penting

Ubat Gigi Perlu Atau Tak Masa Memberus Gigi Anak Tip Dari Doktor Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 888 hits
Sebut sahaja bab gosok gigi anak kebanyakan ibu bapa mula persoalkan berapa banyak perlu diletakkan ubat gigi Boleh atau tak anak telan ubat gigi Sejak usia bila anak boleh guna ubat gigi dan macam macam lagi Penjelasan dari mengenai tip me...
Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 394 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah dan suami Azwan kombos bersama anaknya Harum Dahlia kelihatan berada di Dhubai Apa yang menariknya Pelakon andainya takdir 2 ini telah berkongsi tip kendali bayi ketika dalam penerbangan Beliau telah berkongsi tip di...
Yatt Kongsi 6 Tip Tawaf Saie Dengan Anak Anak Kecil Just Takes Your Time Enjoy Ibadah

Yatt Kongsi 6 Tip Tawaf Saie Dengan Anak Anak Kecil Just Takes Your Time Enjoy Ibadah

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 752 hits
Yatt telah berkongsi tip untuk mengerjakan rukun umrah iaitu tawaf saie dengan anak anak Kecil 6 tips ini sangat praktikal dan boleh membantu ibu bapa yang membawa anak kecil ketika umrah Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti d...
Anak Tidur Rumah Kawan Apa Ibu Bapa Kena Ingati

Anak Tidur Rumah Kawan Apa Ibu Bapa Kena Ingati

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 682 hits
Setiap ibu bapa ingin melindungi anak dan memastikan mereka sentiasa selamat dan jauh daripada masalah Memastikan anak anda selamat di sekolah atau bersama pengasuh mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan namun ia mungkin akan menja...
Anak Senang Rumah Tak Berantakan Begini Solusi Tepatnya

Anak Senang Rumah Tak Berantakan Begini Solusi Tepatnya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 284 hits
Menyediakan tempat khusus seperti laci praktis untuk penyimpanan mainan bisa menjadi salah satu caranya
Polis Tak Tembak Perusuh Guna Meriam Air Kerana Rumah Ibadat Kata Kpn

Polis Tak Tembak Perusuh Guna Meriam Air Kerana Rumah Ibadat Kata Kpn

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 563 hits
Polis tidak menggunakan meriam air bagi menyuraikan perusuh di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi kerana mahu memburukkan keadaan kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun Beliau berkata faktor kedudukan perusuh ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos