Berjauhan Dengan Isteri 70 Hari Lelaki Kongsi Pengalaman Ambil Alih Tugas Isteri Jaga Anak Anak


Ilmu kekeluargaan merupakan faktor penting bagi setiap ibu bapa untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang termasuk dalam mendidik anak-anak yang sudah tentu mempunyai pelbagai karenah yang tersendiri.
Selain bapa, ibu menjadi tunggak penting yang bukan sahaja menjaga segala kebajikan di dalam rumah malahan turut mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Ketiadaan mereka terkadang boleh merencatkan segalanya.
Seperti yang dialami oleh Mohd Effendy yang terpaksa mengambil alih tugas isterinya selama 70 hari disebabkan isterinya pergi ke United Kingdom atas urusan pengajian PHD.
Mohd Effendy berkongsi pengalamannya menjaga rumah dan menguruskan tiga orang anaknya yang selama ini digalas oleh isterinya.
Selamat Tahun Baru 2020. Selamat tinggal 2019.
22 Oktober 2019 sampai 31 Disember 2019 .Ini tempoh masa di tahun 2019 yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
70 hari wife aku ke UK atas urusan pengajian PHD. Tinggal kami 4 beranak di Malaysia. Aku dan 3 orang anak usia 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.

Banyak kejadian yang berlaku dan benda baru yang aku belajar. Banyak juga pengajaran untuk aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.
Panjang entry ni. Bacalah. Ini pengalaman aku.
Aku diuji dari segi mental. Diuji dengan tahap kedegilan dan kebuasan anak-anak. Dulu ada dua singa mengaum dalam rumah. Sekarang tinggal satu singa ja. Haha.
Ini yang terjadi dekat aku yang sangat-sangat menguji tahap kesabaran aku. Tiga kali.
First, depa buat pesta telur dalam bilik air. 10 biji telur diseludup dari dapur dan dipecahkan dalam bilik air. Mandi telur. Habis satu rumah bau telur. 😭
Second, depa buat pesta ubat gigi. Ubat gigi colgate saiz besar baru beli dipicit dan dilumur dalam bilik air. Habis satu rumah rasa berangin. 😭
Third, depa buat pesta slime. Penuh rambut dengan slime. Jenuh tonyoh nak bagi tanggal. 😭

Bila kita marah depa reyau panggil nama ibu. Aduh. Dari marah terus berombak dada. 🥺
Untuk mengelak kejadian yang sama berulang, terpaksalah aku yang mandikan atau pantau aktiviti mandi-manda depa.
Itu belum lagi aktiviti sepah-menyepah. Boleh dikatakan setiap hari kena kemas dan menyapu rumah.

Huh! Perit. 💆‍♂
Urusan sekolah bukan setakat pagi-pagi hantar anak-anak ke sekolah. Malam sebelumnya dah bermula urusan sekolah. Iron baju, iron kain, iron tudung. Susun buku dalam beg ikut jadual. Check alatulis.
Pagi-pagi pulak nak berperang dengan depa punya mood. Kelam-kabut aku sorang-sorang nak handle 3 orang. Dengan nak ligan masa lagi.
Stress aku! 🤒
Korang pernah rasa jantung terhenti sesaat bila anak hilang dari pandangan? Ni yang selalu jadi kat aku bila bawak anak-anak pi shopping barang-barang rumah. Hang ada dua biji mata yang hang nak tengok barang dan dalam masa yang sama nak kena tengok tiga orang anak.

Yang paling kerap hilang dari pandangan si hero. Lari serupa pelesit. Sup sap sup sap. Hilang! Dah la nak cari barang yang nak dibeli bukannya senang. Jenuh pusing satu mall.
Letih oi! 🥴
Benda yang aku paling tak suka bila makan kat luar. Reja nak gaduh ja. Kecoh satu kedai. Mula la aku nak naik angin. Tarik telinga reyau serupa kena dera. Mulalah orang pandang-pandang buat muka serupa aku ni kaki dera anak. Haha.
Itu belum lagi order macam-macam lepas tu tak makan.
Parak! 😡
Bila difikirkan tahap keparakan atau tahap damage bila makan diluar sudah sampai level kritikal, aku decide untuk cuba-cuba masak.
Ini rare!
Selama 8 tahun tak pernah masak. Tolak masak nasi dan rendam megi. Akhirnya dengan bantuan wife dari jauh, youtube dan google aku mula menumis bawang, potong sayur, siang ikan, mengunyit ikan dan ayam dan menggoreng.
Unbelievable!
Now, macam tak percaya aku dah boleh masak sardin, sup ayam, gulai ikan, kurma telur, lemak sotong kubis, maggi goreng mamak, nasi goreng sardin. Sekarang dah sampai tahap ada resepi, cukup bahan, kita kasi jadi.

Rasa nak nangis bila anak-anak cakap sedap ayah masak. Kenapa bila ibu ada ayah tak masak? Haha.
So, ini boleh jadi antara aktiviti we-we time dengan wife nanti.
Sweet-sweet. Haha. 😍
Sebelum ni lepas dinner, cuci pinggan, ambik remote bukak tv, layan movie. Mengantuk, lena.
Jangan harap la boleh macam tu bila wife tak ada. Lepas dinner, cuci semua pinggan. Lap meja. Ambik penyapu sapu semua makanan yang bersepah sebab anak-anak depa patuk makanan. Haha. Lepas tu baru boleh layan movie.

Ingat boleh lena terus bila mengantuk? Kena kasi settle anak-anak dulu. Bancuh susu dulu. Lauk-lauk lebih kena simpan dulu. Part ni paling susah. Hang nak kena settlekan puzzle dalam peti ais. Nak susun lauk ke dalam peti ais. Lepas tu baru boleh lena.
Menguji minda! 🤔
Lepak mengeteh.
Ini aktiviti yang aku paling nak buat tapi tak boleh buat dalam tempoh 70 hari ni. Rasa murung oi dok rumah ja.

Ada sekali tu sebab terlampau teringin sangat nak mengeteh dengan member, terpaksa aku angkut semua anak-anak ke warung. Parking kereta tepi meja, buka tingkap. Anak-anak makan dalam kereta. Huhu.

Yang paling best member-member pernah mai rumah ramai-ramai tengok bola di rumah sebab aku tak boleh keluar malam.
Thank you geng! 🤗
Pernah sekali aku ke KL 3 hari dengan anak-anak untuk hadir majlis konvo adik ipar. Ini paling azab. Azab nak pack baju depa. Mana baju jalan, mana baju tidoq yang sepasang, mana baju basahan, botol susu, susu dan pampers.

Azab perjalanan ke KL dengan depa bergaduh dalam kereta. Kencing tembus pampers. Basah seluar dan baju. Jalan sat berak pulak. Adoi la.
Azab! 🥵
Macam tak percaya berat aku boleh turun 3kg tanpa bersenam. Perut pun dah kempis. Pelik tapi benar. Tak tau la sebab apa. Mungkin sebab tahap aktif luar biasa uruskan rumah dan anak-anak. Mungkin sebab rindu? sunyi? Haha
Tapi aku rasa sebab aku belum cukup kuat untuk handle semua hal-hal rumah dan anak-anak tanpa isteri. Aku mampu buat tapi tak sempurna.
Aku respect orang perempuan ni. Depa lebih kuat sebenarnya. Mental lebih kuat. Lebih penyabar dan lebih multitasking. Perfect!
The positive thing yang aku dapat dalam 70 hari ni aku lebih rasa menghargai, lebih memahami wife aku. Aku dapat rasa apa yang dia rasa. Bukan mudah nak buat semuanya dalam satu masa. Sangat susah. Tapi wife selalunya nampak tenang ja kan.
Sebab tu kita dijadikan berpasangan. Saling tolong-menolong.
Kita tetap lelaki walaupun kita pegang penyapu dan menyapu.
Kita tetap lelaki walaupun kita kutip pakaian kotor dan basuh.
Kita tetap lelaki walaupun kita lipat pakaian yang menimbun.
Kita tetap lelaki walaupun kita masuk dapur.
Kita tetap lelaki walaupun kita mengemas rumah.
Alhamdulillah aku tak bertukar menjadi perempuan pun selepas aku buat semua benda-benda ni.
Dah boleh berhenti viral pasal wife masuk kereta ja tidur. Sebab itulah masa mereka berehat.
Wife bersiap 2 jam. Banyak yang dia nak kena siapkan sebelum dia siapkan diri dia.
Wife masuk semua lorong dalam mall dan berjam-jam. Banyak barang rumah yang dia nak kena beli. Kita sendiri pun tak pernah ambik tahu apa barang yang tak cukup di rumah. Semua wife yang uruskan. Biarlah dia cari dan cukupkan semua barang yang tak cukup.
Appreciate them!
Syukur kepada Allah sebab tak pernah tarik nikmat sihat dalam tempoh 70 hari ni. Alhamdulillah.
Maafkan ayah. Kesian anak-anak ayah sebab inilah cuti sekolah yang paling membosankan. 😭
Paling best 70 hari ni father, daughter, son bonding time. The best ever quality time. Aydeen pun sebelum tido selalu cakap “saaaaayaaannngggg yayah”. Sebelum ni tak pernah pun. Selalu “saaaaayaaaannngggg ibu” je. Jangan jeles Marliza Mostapha. 😝
Terima kasih kepada abah, kakti MarIsha Mustafa dan nani Nanie Mostapha yang sanggup datang dari johor dan KL jenguk cucu-cucu dan anak buah walaupun sekejap. Terima kasih juga kepada paksu izat Muhammad Izzat dan maksu fifi Fikriah Fifi datang bawak lauk. 🤗
70 hari yang sangat meletihkan tapi ini pengorbanan aku sebagai seorang suami untuk memenuhi impian dan cita-cita seorang isteri.
Aku ikhlas.
😘
#70hari
Sumber: Mohd Effendy
The post Berjauhan Dengan Isteri 70 Hari, Lelaki Kongsi Pengalaman Ambil Alih Tugas Isteri Jaga Anak-Anak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/03/berjauhan-dengan-isteri-70-hari-lelaki-kongsi-pengalaman-ambil-alih-tugas-isteri-jaga-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Jaga Anak Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

Pengalaman Jaga Anak Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 2144 hits
Pengalaman Jaga Anak Penyakit Tangan Kaki dan Mulut Pengalaman Jaga Anak Penyakit Tangan Kaki dan Mulut Penyakit Tangan Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku dikalangan bayi dan kanak kanak disebabkan oleh virus enterovirus Peng...
Ngintai Manja Dari Tirai Pintu Elly Mazlein Kongsi Cerita Hari Pertama Anak Sekolah

Ngintai Manja Dari Tirai Pintu Elly Mazlein Kongsi Cerita Hari Pertama Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 394 hits
Sudah menjadi kebiasaan samada orang awam atau selebriti masing masing pasti teruja apabila anak anak pertama kali mendaftar ke sekolah Jika dilihat di laman sosial rata rata semua berkongsi momen hari pertama anak anak ke sekolah pada tahu...
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 504 hits
Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah Tapi kalau nak bawa anak anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajala...
Ibu Tunggal Kayuh Basikal 20km Setiap Hari Kutip Brg Terbuang 3 Anak Balas Jasa Beri Keputusan Cemerlang

Ibu Tunggal Kayuh Basikal 20km Setiap Hari Kutip Brg Terbuang 3 Anak Balas Jasa Beri Keputusan Cemerlang

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 671 hits
Saya berharap anak anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik Itu sahaja harapan saya sebagai ibu selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya Itu luahan se...
Takpe La Janji Kakak Nak Sekolah Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

Takpe La Janji Kakak Nak Sekolah Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 587 hits
Hari terakhir penghujung tahun 2019 maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak kanak dapat dilihat tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat a...
Ibu Penatlah Hari Hari Kemas Walaupun Tiada Niat Jangan Mengeluh Depan Anak

Ibu Penatlah Hari Hari Kemas Walaupun Tiada Niat Jangan Mengeluh Depan Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 320 hits
Biasa keluar perkataan penat letih tak larat dari mulut ibu apabila anak anak mula menyepahkan rumah atau buat apa sahaja yang mencabar kesabaran ibu bapa Sebenarnya semua perkataan ini keluar secara spontan dan bukan dengan niat pun Ingat ...
Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 703 hits
Kanak kanak memang suka sambut birthday kan Bagi ibu bapa yang berkemampuan mereka pasti akan buat parti khas dan menjemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk sama sama meraikan hari istimewa ini Tetapi lain pula yang jadi dengan se...
Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km Anak Pecah Rahsia Mak Amalkan Solat Solat Sunat Setiap Hari

Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km Anak Pecah Rahsia Mak Amalkan Solat Solat Sunat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 545 hits
Di usia yang panjang Tuhan kurniakan kesihatan yang baik supaya kita lebihkan untuk beribadah dan melakukan kerja kerja harian Perkongsian seorang wanita mengenai ibunya kini tular di media sosial setelah mendapat reaksi daripada Tunku Aziz...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut