Berita Buruk Kepada Daim Isteri Kenyataan Panas Dari Pihak Mahkamah



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah dihadapinya, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain. Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pemohon gagal membuktikan kemungkinan berlaku berat sebelah dalam perbicaraan itu. Peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Daim dan isterinya Na’imah Abdul Khalid tidak membantah keputusan itu. Dalam prosiding hari ini, Nizamuddin turut memohon pengecualian kehadiran Daim dalam prosiding permohonan atas alasan kesihatan. Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kemudiannya memohon mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan mental di hospital kerajaan yang digazetkan. Menurutnya, berdasarkan laporan perubatan pihak pembelaan, tertuduh disahkan mengalami beberapa serangan strok dan keadaan itu menyebabkannya jatuh hingga retak tulang. Jika dilihat keadaan tertuduh, perbicaraan nanti kemungkinan tertuduh tidak dapat hadir. Yang utama ialah kesihatan mental tertuduh, katanya menurut Berita Harian. Wan Shaharuddin menjelaskan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah boleh digunakan untuk menilai sama ada Daim layak dibicarakan. Azura menetapkan 17 Oktober depan keputusan permohonan itu. Daim sebelum ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi). Pada 29 Jan lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Na’imah, 66, pula didakwa pada 23 Jan lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/berita-buruk-kepada-daim-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Kereta Mewah Ustaz Uai Kembali Tular Sejak Kenyataan Panas Yang D

Gambar Kereta Mewah Ustaz Uai Kembali Tular Sejak Kenyataan Panas Yang D

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 188 hits
Penyebaran gambar itu ketika hangat kenyataan UAI yang mengajak penyokong Pas untuk mati syahid sejurus parti tersebut kalah tersungkur dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri lalu menyampah dengan drama swasta yang dah hamp...
Video Panas Api Berkobar Depan Gedung Dpr Pagar Hampir Roboh Dikoyak Pendemo

Video Panas Api Berkobar Depan Gedung Dpr Pagar Hampir Roboh Dikoyak Pendemo

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 206 hits
Massa juga sempat merusak pagar gedung DPR dan akhirnya berhasil masuk ke halaman gedung DPR
Panas Singapura Terlibat Intip Malaysia

Panas Singapura Terlibat Intip Malaysia

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 183 hits
Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain terutama Singapura dalam kegiatan mengintip Malaysia Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan san...
Panas Azilah Dan Sirul Dibebaskan Dari Tuduhan Membunuh Altantuya

Panas Azilah Dan Sirul Dibebaskan Dari Tuduhan Membunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 234 hits
Mahkamah Rayuan telah membebaskan anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara...
Video Makin Panas Situasi Terkini Demonstran Ditangkap Usai Pagar Dpr Dijebol

Video Makin Panas Situasi Terkini Demonstran Ditangkap Usai Pagar Dpr Dijebol

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 184 hits
Mahasiswa dan masyarakat menggelar demo di gedung DPR MPR Kamis 22 Agustus 2024
Panas Jehan Miskin Dituduh Pakai Simbol Salib

Panas Jehan Miskin Dituduh Pakai Simbol Salib

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 239 hits
Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi bibir seksi Kilafairy pernah dikaitkan dengan foto berunsurkan lambang salib terbaru seorang lagi pelakon lelaki iaitu Jehan Miskin turut dikaitkan dengan isu yang sama Menerusi sekeping foto yang dikon...
Rentasan 1630 Panas Mp Machang Bakal Disiasat Pdrm

Rentasan 1630 Panas Mp Machang Bakal Disiasat Pdrm

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 142 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1630 1 TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR 2 BURSA MALAYSIA MASIH TINGGI PEMBANGKANG NAK APA LAGI 3 PN KUCHALANA GARA GARA PENGERUSI TAK JADI PERDANA MENTERI
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord