Berisinya Awak Saya Dulu Naik 10kg Je Masa Hamil Stop Tak Perlu Bandingkan Saiz Ibu Lain


Kebanyakan bakal ibu pasti akan berasa teruja apabila perut anda sudah naik baby bump, kan?  Saat ini juga merupakan waktu yang paling best untuk anda berkongsi foto atau video perubahan saiz perut anda bulan demi bulan di laman sosial. Pun begitu, ada wanita yang tidak suka dengan bentuk badannya ketika sedang hamil. Nak tahu kenapa? Jom ikuti artikel ini!

Kehamilan & perubahan bentuk badan Kehamilan sememangnya akan menyebabkan perubahan pada badan anda. Bergantung kepada individu, ia sudah pasti akan menyebabkan rasa yang tidak selesa. Selepas bersalin pula, badan wanita akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke keadaan asal, atau tidak langsung boleh kembali langsing bak kerengga seperti zaman muda-muda dulu.
Walaupun perubahan ini semula jadi dan semua wanita yang hamil akan mengalaminya, ada wanita yang tidak dapat menerimanya. Ini kerana mereka berasa insecure dengan diri sendiri terhadap persepsi orang lain. Seharusnya, ini tidak terjadi kepada bakal ibu. Sepatutnya, anda menghargai saat kehamilan anda. Anda perlu tahu bukan semua wanita berpeluang melaluinya.
Jadi, apa yang bakal ibu perlu lakukan untuk lebih menghargai saat-saat bayi anda berada dalam kandungan anda?
5 cara menghadapi isu bentuk badan semasa hamil #1. Ingat bahawa pertambahan berat badan adalah normal Menurut Amanda Butler yang merupakan jurulatih kecergasan Aaptiv, melihat diri anda semakin gemuk atau besar dari ke hari adalah sangat menakutkan walaupun ia adalah satu perubahan yang normal, seperti sedang mengandung.
Manakala menurut Sia Cooper yang merupakan jurulatih peribadi kecergasan wanita, kebanyakan kita memang mempunyai isu bentuk badan sejak awal lagi. Kehamilan pula sudah pasti akan mengeruhkannya lagi!
Disebabkan ini, wanita yang sedang hamil akan lebih tertekan untuk menjaga berat badannya. Ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana pertambahan berat badan wanita semasa hamil adalah sangat normal. Jadi, cuba untuk tidak terlalu bimbang tentangnya, ya?
#2. Jangan terlalu bergantung kepada skala Apakah maksudnya? Kebanyakan wanita pasti akan berasa takut akan risau setiap kali melihat nombor pada penimbang berat. Semasa hamil, kebimbangan ini akan menjadi lebih teruk. Sewajarnya, anda tidak perlu bimbang mengenai nombor ini. Anda harus faham bahawa setiap individu adalah berbeza. Jadi tiada istilah berat badan yang normal atau tidak  semasa hamil. Untuk lebih kepastian, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
#3. Jangan membandingkan diri anda dengan bakal ibu yang lain Ini ada sangat penting. Anda perlu tahu bahawa keadaan kehamilan setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan saiz badannya. Mungkin jika dia baru mengandung anak pertama atau dia memang seorang kurus, maka perutnya mungkin tidak terlalu jelas. Lain pula kisahnya jika dia memang seorang yang berbadan besar. Oleh itu, jangan sesekali membanding diri anda dengan bakal ibu yang lain tau!
#4. Sentiasa kelilingi diri anda dengan orang yang positif Bukan sahaja anda, orang di sekeliling anda juga perlu sentiasa bersikap positif terutamanya suami anda. Sebagai suami, jangan sesekali mengejek pasangan anda yang semakin meningkat berat badannya kerana hamil. Ingatlah bahawa mereka sudah berkorban masa selama 9 bulan untuk melahirkan zuriat keturunan anda sendiri, ya?
#5. Lakukan senaman untuk kekal kuat fizikal & mental Paling penting, jangan terlalu pasif semasa kehamilan. Kadangkala, tidak salah jika anda keluar rumah dan lakukan senaman yang ringan, bukan? Ia sudah pasti akan menguatkan lagi fizikal dan mental. Namun, jangan pula sampai bersukan lasak pula! Cukup sekadar mengeluarkan peluh dan membiarkan minda anda lebih tenang dengan melihat persekitaran di luar rumah.
Konklusinya, tiada apa yang perlu anda bimbangkan tentang bentuk badan anda semasa hamil. Tanamkan dalam diri anda bahawa ia adalah perkara yang sangat normal. Anda juga sepatutnya berasa bangga dengan baby bump anda. Pada pendapat penulis, ia sangat comel dan tidak semua wanita berpeluang merasainya. Oleh itu, berbanggalah wahai wanita!
Sumber: Hello Health
The post “Berisinya Awak, Saya Dulu Naik 10kg Je Masa Hamil” Stop! Tak Perlu Bandingkan Saiz Ibu Lain appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berisinya-awak-saya-dulu-naik-10kg-je-masa-hamil-stop-tak-perlu-bandingkan-saiz-ibu-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangkitan Gbs Ketika Hamil Tak Merbahaya Pada Ibu Tapi Amat Bahaya Pada Bayi 5 Perkara Perlu Tahu

Jangkitan Gbs Ketika Hamil Tak Merbahaya Pada Ibu Tapi Amat Bahaya Pada Bayi 5 Perkara Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 278 hits
Bahaya ke keputihan ketika mengandung ni sampai doktor kata kena buat test untuk GBS Apa benda GBS ni GBS bukannya Geng Bas Sekolah ya Ia adalah nama singkatan untuk sejenis kuman bakteria dipanggil Group B Streptococcus Kebanyakan ibu mu
Kerap Mandi Tidur Ibu Hamil Biasa Buat Untuk Hilangkan Sakit Kepala

Kerap Mandi Tidur Ibu Hamil Biasa Buat Untuk Hilangkan Sakit Kepala

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 386 hits
Sesetengah ibu hamil mengalami pening kepala atau merasa loya pada awal kehamilan Ada juga yang tidak bernasib baik kerana rasa mabuk itu berlanjutan sehingga kandungan sudah besar Siapalah yang tahan kalau asyik pening kepala kan tapi untu...
Masalah Mual Dan Asi Tak Lancar Pada Ibu Hamil Bisa Diatasi Dengan Akupuntur

Masalah Mual Dan Asi Tak Lancar Pada Ibu Hamil Bisa Diatasi Dengan Akupuntur

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 188 hits
Prosedur ini bisa dilakukan untuk membantu beberapa problem seperti mual muntah pegal dan lain lain Mulai dari program hamil menyusui maupun setelah hamil ungkap Spesialis Akupuntur Hetty di Klinik Sakti Medika Jakarta Selatan belum lama in...
Ibu Hamil Yang Ada Diabetis Perlu Dapatkan Bacaan Normal 5 3 Mmol L 7 8 Mmol L 6 7 Mmol L

Ibu Hamil Yang Ada Diabetis Perlu Dapatkan Bacaan Normal 5 3 Mmol L 7 8 Mmol L 6 7 Mmol L

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 461 hits
Kehamilan adalah salah satu pengalaman hidup yang cukup bermakna Namun yang demikian kehamilan tidak datang tanpa risiko dan komplikasinya Selain hipertensi ketika hamil salah satu penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan ibu yang berbada...
Kisah Tuti Ibu Dari 100 Kucing Telantar Di Denpasar Ambil Di Jalan Hingga Tebus Ke Orang Lain

Kisah Tuti Ibu Dari 100 Kucing Telantar Di Denpasar Ambil Di Jalan Hingga Tebus Ke Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 305 hits
Di kediaman Tuti Supriapti di Jalan By Pass Ngurah Rai No 26 A Denpasar Bali tampak puluhan kucing berkeliaran bebas di sekitar rumah Kucing kucing ini nampak sehat dan terawat Naik ke lantai dua di sebuah ruangan rupanya Tuti merawat hampi...
Ingat Ada Batu Karang Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung

Ingat Ada Batu Karang Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 400 hits
Pengambilan sebarang ubat oleh ibu hamil sememangnya sangat merbahaya jika tidak mendapat nasihat atau saranan daripada doktor Tapi lain halnya jika ibu yang sedang hamil itu sendiri tidak sedar akan janin yang berada di dalam kandungan Dal...
Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 411 hits
Masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai mitos berkaitan pemakanan yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Sebagai contoh jangan makan mi segera kerana khuatir bayi akan terbelit atau jangan minum kopi takut anak berkulit gel...
Kebanjiran Yuni Shara Ungsikan Ibu Dan Adiknya Naik Perahu Karet

Kebanjiran Yuni Shara Ungsikan Ibu Dan Adiknya Naik Perahu Karet

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 167 hits
Banjir yang melanda Jabodetabek memaksa warga terdampak harus mengungsi Begitu pula Yuni Shara dan keluarga kecilnya yang akhirnya memutuskan untuk mengungsi
Ridwan Kamil Sebut Bulog Akan Keluarkan Beras Khusus Ibu Hamil Untuk Cegah Stunting

Ridwan Kamil Sebut Bulog Akan Keluarkan Beras Khusus Ibu Hamil Untuk Cegah Stunting

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 213 hits
Bulog sudah menggagas inovasi untuk mencegah stunting Sehingga tumbuh kembang anak anak di Jawa Barat dapat terjamin
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia