Ingat Ada Batu Karang Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung


Pengambilan sebarang ubat oleh ibu hamil sememangnya sangat merbahaya jika tidak mendapat nasihat atau saranan daripada doktor. Tapi lain halnya jika ibu yang sedang hamil itu sendiri tidak sedar akan janin yang berada di dalam kandungan. Dalam erti kata lain ibu tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil.
Pengambilan ubat yang sebarangan bimbang akan memudaratkan kesihatan bayi dan juga bagi mengelakkan sebarang komplikasi apabila dilahirkan kelak. Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook, dia mendapat tahu diri hamil apabila kandungan sudah memasuki usia 2 bulan. Paling menggerunkan apabila dia makan lebih 8 jenis ubat kerana disyaki mempunyai batu karang.
Tak rancang hamil lagi Hai semua. Lewat malam macam biasa bila baby tidur kita tak boleh tidur, bila baby bangun kita pulak ngantuk nak tidur. Saja nak share dengan kawan-kawan. Syukur saya baru habis berpantang, anak ke-6. Anak yang sewaktu dikandungkan saya melalui macam-macam ujian dan dugaan. Tapi Alhamdulillah saat melahirkan dia segalanya Allah permudahkan. Berjumpa doktor dan nurse-nurse yang baik-baik. Bidan yang menyambut bayi juga ya Allah baik. Siap peluk selepas selesai semua urusan di LR. Begitulah indahnya aturan Allah.
Awal ceritanya saya merancang dengan baik dengan suami untuk tidak mahu anak lagi. Cukup la 5 anak yang ada. Saya obses menguruskan badan, makan macam-macam produk kuruskan badan. Join aktiviti-aktiviti senaman.. Run, hiking, bycle, zumba bagai. Sampai la satu hari kencing rasa sakit kat pangkal ari-ari.
Makan 8 jenis ubat batu karang Tak pernah terfikir yang saya mengandung, saya ke klinik swasta, doc check kata saya batu karang. 8 jenis ubat dia bagi. Balik rumah terus telan. Salah satunya ubat hancurkan batu karang. Ya Allah ampunkan hamba mu yang bodoh ni. 2 3 hari telan ubat tak sakit dah. Okay semuanya. Tetiba suami demam teruk seminggu tak kebah-kebah. Lepas dia demam, saya lak demam. Hati rasa tak kena dan gelisah. Pergi balik klinik yang sama tapi doktor yang lain.
Dipendekkan cerita doktor bagitau saya mengandung usia kandungan nak masuk 2 bulan. Ya Allah. Apa aku dah buat ni.. Macam mana baby dalam perut? Sihat ke? Effects tak ubat-ubat yang aku telan. Cacat ke? Selama mengandung saya mabuk teruk. Suami la yang jaga. Masak basuh baju kemas rumah semua. Saya tidur dan hantar anak ke sekolah 14x sehari. Itu je yang mampu.
Bulan puasa kandungan 4 bulan saya di duga lagi. Saya diserang dipukul di gigit oleh jiran sebelah rumah. Hanya kerana salah faham. Tapi kes di anggap selesai di balai polis setelah dia mengaku bersalah dan memohon maaf. Hari baik bulan baik. Saya dan suami dengan lapang dada menarik balik kes. Air mata dan maruah macam dihinjak-hinjak. Tapi doa saya hanya satu semoga Allah selamatkan bayi dalam kandunganku. Cukupkan segala sifatnya, mudah saat melahirkannya. Tak putus-putus berdoa…
Trauma dan murung Trauma… Lepas kejadian tu saya murung, sering menangis, tak suka berjumpa dan bergaul dengan orang keliling. Saya suka sendirian.
Kandungan 8 bulan saya kemalangan, kereta saya membawa anak-anak ke sekolah dilanggar dari belakang. Senak perut.. Menggeletar kaki tangan jangan cakap. Kereta kemek… Allah jugalah penyelamat segalanya. Orang yang melanggar mohon maaf dan menanggung segala ganti rugi. Bayi selamat.. semua selamat. Sampai la saat ke hospital melahirkan, layanan dan doa-doa orang-orang yang menyayangi semua menjadi kekuatan. Hingga la habis berpantang.. Alhamdulillah mudah segala-galanya.
Ya Allah.. Terima kasih atas rezeki yang kau berikan tanpa aku duga. Bayi yang cukup sempurna, sihat dan membawa rezeki buat kami sekeluarga. Jadikan anak ini menjadi anak yang soleh ya Allah.. Aamiin.
Muhammad Nuh
4.08kg
31.10.2019
Normal, tiada jahitan, tiada koyakan tiada luka. Syukur indah akhirnya setelah perit ku telan segalanya.
Sumber : Oh Bulan
The post Ingat Ada Batu Karang, Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ingat-ada-batu-karang-ibu-hamil-2-bulan-makan-8-jenis-ubat-sebelum-tahu-mengandung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Dibunuh Siswi Sma Hamil 4 Bulan Di Nias Sempat Melawan Pelaku

Sebelum Dibunuh Siswi Sma Hamil 4 Bulan Di Nias Sempat Melawan Pelaku

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 337 hits
Dari pemeriksaan dilakukan tersangka membunuh Terimakasih berawal dari niatnya memerkosa warga Desa Hiliwaebu Dusun IV Khou Khou Kecamatan Susua Nias Selatan itu
Godaan Telur Kuning Cair Tapi Ibu Hamil Jangan Makan Boleh Kena Jangkitan Bakteria

Godaan Telur Kuning Cair Tapi Ibu Hamil Jangan Makan Boleh Kena Jangkitan Bakteria

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 444 hits
Semasa mengandung ibu hamil kena berhati hati Biarpun orang kata waktu mengandunglah nak makan apa saja perlu diperhatikan juga Bukan semua jenis makanan boleh dimakan sewenang wenangnya Jika tidak diberikan perhatian ada kemungkinan mendap...
Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 452 hits
Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa Malah setiap ibu hamil alahan mereka juga berbeza beza Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan ...
Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 411 hits
Masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai mitos berkaitan pemakanan yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Sebagai contoh jangan makan mi segera kerana khuatir bayi akan terbelit atau jangan minum kopi takut anak berkulit gel...
Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 680 hits
Anak pun sama mahukan makanan yang penuh rasa enak dan pelbagai rasanya buat mereka Adakalanya mereka bosan mereka inginkan sesuatu yang berbeza untuk mereka Berkreatif dengan makanan yang dimasakkan buat bayi sememangnya perlu bagi mengela...
Tips Jika Terlupa Terlepas Makan Ubat

Tips Jika Terlupa Terlepas Makan Ubat

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 727 hits
Apa yang perlu buat jika kita terlupa terlepas makan ubat ikut waktuPernah tak anda terlupa dan terlepas waktu makan ubat Kalau Abang Wayne kerap juga lah terlepas waktunya Lagi lagi bila dah naik kerja Ubat nak kena habiskan Tapi kerja ban...
Nak Jumpa Mama Buat Kali Terakhir Sebelum Saya Meninggal Kanak Kanak Merayu Rindukan Ibu

Nak Jumpa Mama Buat Kali Terakhir Sebelum Saya Meninggal Kanak Kanak Merayu Rindukan Ibu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 447 hits
Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa ibu bapa sudah berpisah lebih lebih lagi bagi kanak kanak yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua ibu bapa dalam sebuah keluarga Begitulah hakikat yang terpaksa ditanggung oleh seoran...
Bukannya Saya Paksa Mereka Makan Sebiji Pisang Bayi 2 Bulan Mati Akibat Tercekik Pisang Yang Disuap Ibunya

Bukannya Saya Paksa Mereka Makan Sebiji Pisang Bayi 2 Bulan Mati Akibat Tercekik Pisang Yang Disuap Ibunya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 542 hits
The ReporterSeorang bayi berusia dua bulan di Jakarta Indonesia meninggal dunia selepas ibunya tidak tahu bahawa bayi di bawah usia empat hingga enam bulan tidak boleh diberikan makanan pejal dan menyuap dua anak kembarnya dengan dua sudu b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization