Berilah Duit Pada Mak Ayah Walau Sikit Rezekinya Memang Tak Disangka Sangka



Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa ‘terbeban’ untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit. Walaupun gaji kita tak besar mana, terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen, paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk mak ayah.Percayalah perkara kecil yang kita lakukan ini mampu beri kesan yang amat besar dalam kehidupan. Rezeki akan jadi melimpah ruah, hati lebih tenang malah hidup pun rasa lebih tenang

Meskipun adakalanya mak ayah ‘menolak’ tak mahu duit kita, sebab mereka pun dah ada duit sendiri. Namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan dan setiap rezeki kita

Ikuti perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, membuka mata dan hati kita sebagai seorang anak akan tanggungjawab dan punca keberkatan dalam kehidupan

PAGI JUMAAT PENUH BARAKAH INI AKU NAK BERKONGSI SATU KISAH BENAR. KISAH YANG SEORANG KAWAN BAIK AKU SAMPAIKAN SENDIRI PADA AKU. TENTANG KEBERKATAN DUIT DAN HIDUP.AKU NAMAKAN KAWAN AKU INI ALANG SAJA.ALANG KERJA KERAJAAN. NAMUN BUKANLAH GRED BESAR. BUKAN TAHAP DEGREE, MASTER ATAU YANG LEBIH TINGGI. LULUSAN DIPLOMA SAHAJA


Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah.Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia

“AKU TAK MAMPU BERI BANYAK. SEDIKIT PUN AKU TETAP KIRIM JUGA. BUKAN SEBAB MEREKA NAK DUIT AKU. MEREKA TAK MINTA PUN.TAPI AKU NAK MEREKA RASA JUGA HASIL TITIK PELUH AKU. SELAMA INI, MEREKA TANGGUNG AKU. SEKARANG, AKU DAH KERJA. AKU NAK MEREKA RASA JUGA. LAGI PUN, KALAU IKUT ADAT, UMUR MEREKA BERAPA LAMA SAHAJA LAGI. BERAPA LAMA SAHAJA LAGI MAMPU AKU BERBAKTI DAN MENGHARGAI.”
Itu yang Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga

Kehidupan Rasa Sukar
Sampai satu masa, Alang kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak lagi dikongai dengan rakan bujang, semua atas bahu dia. Segala bil-bil, ansuran kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan

Meski pun isteri Alang pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar memandangkan kos sara hidup yang tinggi.Sejak itu, Alang mula berhenti kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung. Makin banyak nak guna duit.Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu juga

Alang bukan lupa nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu. Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah.Gaji bersih dia hanya tinggal 3 angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah melebihi RM3000

Dengan baki tiga angka itulah dia nak survive sebulan di kota raya. Memang tenat la kan

Sehinggalah suatu hari, dia renung dalam diri. Bermonolog sendirian

‘KENAPA HIDUP AKU SUKAR. MAKAN CUKUP-CUKUP SAHAJA. BARU ADA LEBIH SIKIT, BANYAK PULA BENDA PERLU GUNA DUIT

AKU DULU, WALAU GAJI KECIL TETAPI TIDAK RASA SETENAT INI. TIDAK RASA SESESAK INI WALAU MASA TU GAJI TAK SAMPAI SERIBU

AGAKNYA DULU HIDUP AKU LEBIH BERKAT. AGAKNYA BERKAT AKU ISTIQOMAH KIRIM DUIT PADA ORANG TUA.’
Inginkan Keberkatan Hidup
Alang nekad, biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada ibu dan ayahnya di kampung. Walau ibu dan ayahnya tidak meminta-minta, walau kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia. Alang nekad kirim duit seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan.Gaji bersih dia selepas kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM700 sahaja

Awalnya, si ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja

Tapi Alang mendesak

“AYAH. IBU. TERIMALAH DUIT ALANG. BIARLAH SEDIKIT, BIAR PUN DUIT AYAH IBU JAUH LEBIH BANYAK DARI DUIT ALANG, NAMUN ALANG NAKKAN KEBERKATAN HIDUP. RASA DAN GUNALAH DUIT HASIL TITIK PELUH ALANG,” KATANYA PADA KEDUA ORANG TUA

Bertahun-tahun lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga. Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim

Walau duitnya tidak banyak, malah terkadang terpaksa berhutang sementara tunggu gaji masuk, hidup Alang terasa makin tenang. Terasa keberkatan hidup mula muncul sebaik mengirim semula duit belanja kepada orang tua

Apa-apa masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu.Motornya rosak orang lain bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu selesaikan

Beberapa bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Alang mula mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan mata.Allah buka lubang rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk

Di situ Alang dapat rasa dengan jelas betapa berkatnya mengirim duit belanja pada ibu dan ayah

Rezeki Datang Tidak Disangka-Sangka
“CIKGU. AKU DULU SELALU SANGKA BILA KIRIM DUIT PADA IBU AYAH AKU AKAN MAKIN SEMPIT. MAKLUMLAH GAJI KECIK.NAMUN JIKA KITA IKHLAS, JIKA TERUS MENYANTUNI ORANG TUA, SEBENARNYA HIDUP KITA LEBIH BERKAT. YANG SEMPIT ITU ALLAH LAPANGKAN. YANG SUKAR ITU ALLAH MUDAHKAN.REZEKI YANG JAUH ITU ALLAH DEKATKAN

Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza

Jika masih ada orang tua, kirimlah duit belanja buat mereka walau mereka itu jutawan sekalipun.Bagi mereka rasa walau RM10 duit dari hasil titik peluh kita. Nescaya hidup makin berkat, rezeki makin dekat.”
Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju. Sesungguhnya apa yang Alang kata dan cerita itu benar belaka. Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda. Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka. Sungguh

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/02/berilah-duit-pada-mak-ayah-walau-sikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Kerja Tapi Mampu Bagi Duit Duit Kat Mak Ayah Tiap Bulan

Berhenti Kerja Tapi Mampu Bagi Duit Duit Kat Mak Ayah Tiap Bulan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 398 hits
Walaupun dah berhenti kerja tapi mampu bagi mak ayah duit tiap tiap bulan tanpa gagal Mampu bagi mak ayah vitamin vitamin shaklee setiap bulan Alhamdulillah Ada time freedom so bebas nak spend time dengan anak keluarga dan dalam masa yang s...
Cikgu Berang Budak 10 Tahun Diperguna Teman Lelaki Mak Kakak Dipaksa Jual Tisu Cari Duit

Cikgu Berang Budak 10 Tahun Diperguna Teman Lelaki Mak Kakak Dipaksa Jual Tisu Cari Duit

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 349 hits
Umumnya pendidik atau mereka yang bergelar guru dan pensyarah adalah mereka yang bekerja dalam profesion sangat mulia dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat Sebab itu jika seseorang memilih untuk menjadi pendidik mereka sentiasa dili...
Dulu Kaya Raya Misca Mancung Kini Hidup Menderita Akibat Ulah Ayah Duit Dicuri Diusir Dari Rumah

Dulu Kaya Raya Misca Mancung Kini Hidup Menderita Akibat Ulah Ayah Duit Dicuri Diusir Dari Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 473 hits
Dulu kaya raya kini Misca Mancung hidup menderita akibat ulah sang ayah Nama Misca Fortuna tentu tak asing di telinga kalangan pecinta sinetron Bocah yang kini berusia 11 tahun itu pernah bermain dalam sinetron Mak Ijah Ingin ke Mekkah Nama...
Bila Suami Baik Dengan Isteri Insyaallah Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka

Bila Suami Baik Dengan Isteri Insyaallah Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 591 hits
Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya Kena ganti absorber Macam macam kena ganti Yerlah dah sampai waktunya Teruk dah rasanya Ya Allah kasihan bidadari dan anak anak selalu guna kereta ni Tak bagitahu apa apa ...
Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 519 hits
Adakalanya malang tidak berbau Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak anak terutama apabila anak sudah pun mend...
Ayah Masuk Lokap Mak Sakit Mental Kisah Pemuda Bangkit Dari Kegelapan Jadi Inspirasi

Ayah Masuk Lokap Mak Sakit Mental Kisah Pemuda Bangkit Dari Kegelapan Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 435 hits
small Cover image via Twitter sonoflukas small Setiap manusia mengharungi fasa jatuh bangun dalam hidup Itulah roda kehidupan kadang kala kita di atas kadang kala kita di bawah Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti yang...
Jangan Harap Di Sekolah Je Mak Ayah Pun Kena Rajin Ajar Anak Di Rumah

Jangan Harap Di Sekolah Je Mak Ayah Pun Kena Rajin Ajar Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 382 hits
Anak anak yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak dilahirkan terus bijak Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta keinginan anak untuk belajar Perhatikan potensi dan tahap kemampuan anak anda dan beri sokongan ke...
Malam Tak Cukup Tidur Dikejut Alarm Clock Sah Kita Dah Jadi Mak Ayah

Malam Tak Cukup Tidur Dikejut Alarm Clock Sah Kita Dah Jadi Mak Ayah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 298 hits
Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang bayi melainkan perkara asas seperti makan atau minum bermain dan tidur Paling penting adalah tidur kerana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan anak anda Waktu tidur yang baik untuk ba...
Besarnya Pengorbanan Anak Kecil Ni Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Mak Ayah Cacat Penglihatan

Besarnya Pengorbanan Anak Kecil Ni Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Mak Ayah Cacat Penglihatan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 518 hits
Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak anak tambah pula yang masih kecil tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu Filipina apabila gambar gambar seroang kanak kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip