Cikgu Berang Budak 10 Tahun Diperguna Teman Lelaki Mak Kakak Dipaksa Jual Tisu Cari Duit


Umumnya pendidik atau mereka yang bergelar guru dan pensyarah, adalah mereka yang bekerja dalam profesion sangat mulia dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebab itu jika seseorang memilih untuk menjadi pendidik, mereka sentiasa dilihat sebagai ‘model contoh’ dan dihormati.
Baru-baru ini, menerusi sebuah posting di Facebook Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah mengenai pelajarnya yang menjual tisu dan mengutip sedekah kerana desakan ibunya.
Ikuti penulisannya dibawah.

Malam ini aku marah. Sangat marah. Satu mesej masuk berbunyi,
“Cikgu. Alisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.”
Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.
Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.
“Kenapa Alisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari?”
“Mak suruh.”
Pendek dia jawab sambil merenung meja.
Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini.
Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.
Alisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya.
Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.
Aku geram. Aku marah. Aku bengang. Bukan kat Alisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini.
Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini terpaksa patuh.
Ikutkan hati marah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu.
Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.
Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan.
Itu yang aku marah sangat.
Malam ni aku bagi dua pilihan pada Alisa.
“Okey Alisa. Dengar sini. Alisa nak duduk dengan JKM?”
“Tak nak. Alisa nak duduk dengan ibu.”
“Jika tak nak, Alisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar.
Jika cikgu dapati Alisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan Alisa kepada JKM.”
“Baik cikgu.”
Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok.
Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini.
Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.
Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka.
Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.
Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu Alisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.
Doakan agar urusan aku dipermudahkan ya!
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
#MFS
Sumber : Mohd Fadli Salleh
The post Cikgu Berang, Budak 10 Tahun Diperguna Teman Lelaki Mak & Kakak, Dipaksa Jual Tisu Cari Duit appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/15/cikgu-berang-budak-10-tahun-diperguna-teman-lelaki-mak-kakak-dipaksa-jual-tisu-cari-duit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Paru Paru Dia Dah Tak Elok Budak 4 Tahun Lemas Di Kolam Keadaannya Kritikal

Otak Paru Paru Dia Dah Tak Elok Budak 4 Tahun Lemas Di Kolam Keadaannya Kritikal

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 349 hits
Seorang kanak kanak berusia empat tahun dilaporkan lemas di sebuah kolam renang di Perumahan Kepala Batas Seberang Perai Utara kelmarin Mangsa yang diselamatkan oleh orang awam kemudian diserahkan kepada pasukan kecemasan dan dikejarkan ke ...
Semua Suami Beli Cubalah Cari Duit Sendiri

Semua Suami Beli Cubalah Cari Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 976 hits
Jadi trending kan guna kotak utk sampaikan mesej bila saya terbaca mesej diatas ni trus saya fikir Adakah isteri yg mengharapkan duit suami itu isteri yg tak guna Adakah menghabiskan duit suami itu satu kesalahan Berdosakah isteri sekiranya...
Mak Ayah Hanya Luka Kecil Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm Tercampak Akibat Kemalangan

Mak Ayah Hanya Luka Kecil Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm Tercampak Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 1043 hits
Kemalangan berlaku tanpa diundang Banyak kes kemalangan yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh kesalahan pengguna jalan raya sendiri Namun begitu pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan lagkah langkah...
Dera Budak Perempuan 11 Tahun Tidak Dapat Buka Kelopak Mata

Dera Budak Perempuan 11 Tahun Tidak Dapat Buka Kelopak Mata

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 590 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun di Butterworth ditemui lebam di muka dan badan dan polisnya percaya dia didera ahli keluarganya sejak tahun lalu Polis berkata pihaknya terkejut mendapati kanak kanak itu lebam di muka dengan m...
Wanita Oku Berang Tak Dapat Duit Mata Pakcik Ini Dicucuh Puntung Rokok

Wanita Oku Berang Tak Dapat Duit Mata Pakcik Ini Dicucuh Puntung Rokok

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 441 hits
Baru baru ini Ohmedia ada tengok satu perkongsian daripada Raja Nurul Akmal di Facebook mengenai seorang wanita Orang Kurang Upaya mencucuh puntung rokok di mata ayahnya Menurut perkongsian beliau kejadian ini telah berlaku di sebuah pasara...
Sepanjang 4 Tahun Isteri Habiskan Duit Suami Tapi Tak Pernah Habis Pun

Sepanjang 4 Tahun Isteri Habiskan Duit Suami Tapi Tak Pernah Habis Pun

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 930 hits
Gambar HiasanKos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak anak yang tinggi ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala galanya Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki teta...
Anak Sulung Perempuan Kesayangan Mak Ayah Kakak Yang Baik Boleh Diharap

Anak Sulung Perempuan Kesayangan Mak Ayah Kakak Yang Baik Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 516 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik adiknya apabila sudah besar Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan adakah adik adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang p...
Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam

Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 795 hits
Abam Cari Rezeki Kuat Bantu Mak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Sebalik Tabir Tentang Arwah Abam Hari ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey Pemer...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah