Berikan Senarai Tender Itu Pinta Lim Guan Eng Mof Tunaikan Tunjuk 101 Projek Rundingan Terus Di Zaman Ph


'Berikan senarai tender itu' - Pinta Lim Guan Eng, MOF tunaikan & tunjuk 101 projek rundingan terus di zaman PH



Isnin lalu, Tengku Zafrul pada persidangan Dewan Rakyat memberitahu rekod menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim sebelum ini meluluskan 101 projek secara rundingan terus. "Semasa pentadbiran sebelum ini, sejumlah 101 projek atau perolehan bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan," menurut Tengku Zafrul yang sekali gus mengundang pertikaman lidah antara Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.
“Bagi keadaan tertentu dengan kelulusan Kementerian Kewangan, sekiranya mempunyai keperluan mendesak sehingga menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan negara, perolehan secara rundingan terus boleh dilaksanakan,” katanya lagi. 
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menyangkal perkara itu berkata keputusan untuk memberikan tender secara rundingan terus telah dibincangkan dalam Kabinet.
"Saya terbuka sekiranya YB nak berikan senarai tender-tender yang diberikan bukan secara tender terbuka... ia diluluskan oleh kabinet sepertimana perdana menteri sekarang pun tahu," kata Guan Eng.
Bagaimanapun, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Gombak) mencelah dan menyatakan perkara tersebut, sebaliknya tidak pernah dibincangkan.
Hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) mengeluarkan senarai  kementerian dan jabatan yang mendapat kelulusan perolehan kerajaan secara rundingan terus (RT) semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melibatkan 101 projek bernilai RM6.61 billion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata senarai tersebut didedahkan atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengangkutan memperoleh kelulusan perolehan kerajaan secara RT yang tertinggi dengan nilai RM4.47 bilion melibatkan empat projek, diikuti Kementerian Pertahanan RM900 juta (6 projek), Kementerian Dalam Negeri RM517 juta (8 projek), Kementerian Komunikasi dan Multimedia RM380 juta (12 projek), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM170 juta (2 projek) dan Kementerian Pendidikan RM87.49 juta (7 projek).
Kementerian Kesihatan pula sebanyak RM10.87 juta melibatkan empat projek,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri RM10.36 juta (9 projek), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim RM8.46 juta (7 projek), Kementerian Kewangan RM9.03 juta (4 projek), Jabatan Perdana Menteri RM8.18 juta (5 projek), Kementerian Pembangunan Luar Bandar RM7.36 juta (2 projek) dan Kementerian Belia dan Sukan RM6.45 juta (1 projek).
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM6.15 juta (8 projek), Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli RM5.67 juta (13 projek), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga aan Masyarakat RM1.18 juta (1 projek), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi RM1.17 juta (4 projek), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya RM0.57 juta (2 projek), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna RM0.16 juta (1 projek) dan Kementerian Wilayah Persekutuan RM0.096 juta (1 projek).
Tengku Zafrul berkata RT dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat-syarat berikut:
a. Perolehan bekalan dan perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;
b. Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan sedia ada dengan barangan baharu yang diperoleh;
c. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja;
d. Keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara; atau
e. Kontrak dengan syarikat pembuat Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

















Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/08/berikan-senarai-tender-itu-pinta-lim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Dedah Projek Diwarisi Dari Bn Dalam Senarai 101 Projek Rundingan Terus Ph

Lim Guan Eng Dedah Projek Diwarisi Dari Bn Dalam Senarai 101 Projek Rundingan Terus Ph

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 385 hits
PH hanya luluskan 70 projek rundingan terus Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri muzamir bh com my KONGSI ARTIKEL Share Tweet KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa hanya 70 daripada 101 projek rundingan terus diluluskan sep...
Mof Kemuka Senarai 101 Projek Rundingan Terus

Mof Kemuka Senarai 101 Projek Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 384 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Menteri Kewangan hari ini mengemukakan senarai 101 projek bernilai RM6 61 bilion yang diluluskan melalui proses rundingan terus semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz ...
Jahat Gila Lim Guan Eng Luluskan Rm 6 6 Billion Projek Rundingan Terus Biar Aku Dedah Kan

Jahat Gila Lim Guan Eng Luluskan Rm 6 6 Billion Projek Rundingan Terus Biar Aku Dedah Kan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 338 hits
Sebenarnya masa live sidang Parlimen Aku kebetulan tengah makan tengah hari Makan lewat sikit lalu video live jawab isu riuh isu tender RM 6 6 Billion yang diluluskan Kementerian Kewangan Masa tonton tu aku senyum jer Kalau aku ada di Parli...
Beranikah Lim Guan Eng Dedahkan Senarai Penerima Projek Runding Terus

Beranikah Lim Guan Eng Dedahkan Senarai Penerima Projek Runding Terus

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 308 hits
ANAK JANTAN DAP DIGESA DEDAH NAMA PENERIMA DIRECT NEGO Rakyat tersentak Rakyat terkejut dan rakyat rasa bersalah kerana telah tersalah memilih kerajaan yang diketuai oleh Mahathir dan sekutu rapatnya DAP Hari ni berbagai pendedahahan yang d...
Cabaran Disahut Mof Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus

Cabaran Disahut Mof Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 404 hits
CYBERJAYA Menteri Kewangan Senator Tengku Dato Seri Zafrul Aziz mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6 61 bilion yang diperolehi secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan mentadbir Tengku Zafrul merujuk persoalan mengenai pers...
Saya Dengan Ini Mengesahkan Bahawa Rundingan Terus Tersebut Telah Dijalankan Oleh Lim Guan Eng Sendiri

Saya Dengan Ini Mengesahkan Bahawa Rundingan Terus Tersebut Telah Dijalankan Oleh Lim Guan Eng Sendiri

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 622 hits
Semalam saya telah memaklumkan bahawa saya akan menyiasat tuduhan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan berkenaan dua projek yang dianugerahkan secara Rundingan Terus oleh KPKT Seperti yang dijanjikan siasatan telah dijalankan dan kini...
Lim Guan Eng Nilai Rundingan Terus Pakatan Harapan Rm352 Juta Bukannya Rm6 61 Bilion

Lim Guan Eng Nilai Rundingan Terus Pakatan Harapan Rm352 Juta Bukannya Rm6 61 Bilion

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Sehari selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus bernilai RM6 61 bilion Lim Guan Eng hari ini tampil menjelaskan bahawa nilai rundingan terus sepanjang pemerint...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid