


Chalet dia biasa-biasa je. Biasalah, bukan tempat mewah macam lain.. Heehe. Tapi selesa la, besar juga. Disediakan tilam dan bantal sahaja. Harga tak pasti sebab yang belanja adik ipar.
Ni la antara lauk yang kitaorang bawak. Ni makanan untuk siang. Kene isi perut dulu sebelum mandi.. Hehehe








Kawasan ni ada tempat cetek dan tempat dalam. Ok sangat tempat dia. Dahla masa kitaorang datang tak ramai pun orang, yela weekdays kan, jadi kitaorang mandi puas-puas. Tempat mandi tu kitaorang punya.. Hehehe. 



Ni bahagian dalam, syok weiii. Siap ada roda tergantung, boleh buat aksi terjunan..hahaha.
Siap ada air terjun,syok. Walauoun air terjun kecik je.. Hahaha. Memang seharian mandi jela. Yela esoknya dah nak balik. Baik mandi puas-puas kan. 


Malam pulak kitaorang berbbq. Tempat bbq disediakan, tapi, arang kene beli rasanya.
anak-anak happy la ada geng-geng dia.
Korang kalau nak pergi Kemensah, boleh bercuti di Kemensah Valley ni. Booking dulu, senang sikit. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |