Beri Ruang Pihak Berkuasa Siasat Skandal Hartanah Di Melbourne Kata Pihak Mara



Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggesa semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan terhadap skandal penjualan hartanah di Melbourne kepada Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) pada 2013.
Ia susulan pendakwaan mahkamah terhadap seorang individu yang dipercayai warga Malaysia yang bermastautin di Australia atas tuduhan merasuah pegawai Malaysia dan empat lagi pertuduhan berkaitan penjualan hartanah berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mara berkata sejak kes tersebut dibangkitkan pihak berkuasa Australia pada pertengahan 2015, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mara dan Mara Inc telah memberikan kerjasama penuh dalam melakukan siasatan.
“Mara juga amat menghargai keprihatinan orang ramai serta pihak media berhubung isu ini.
“Bagaimanapun saya menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” kata pengerusinya Azizah Mohd Dun.
Pada 5 Ogos lalu, portal The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa individu terbabit telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing (iaitu Malaysia) dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Inc.
Boon Lye Teen, atau dikenali sebagai Dennis Teen, 68, dituduh melakukan kesalahan itu pada 8 Mac 2013 di Vermont South, Melbourne.
Berdasarkan butiran mahkamah, harga hartanah dipersetujui untuk dijual pada harga AU$17.85 juta (RM 53.55 juta), namun kemudian dijual pada harga lebih tingg i- AU$22.6 juta (RM 67.8 juta) - dengan AS$4.75 juta (RM14.25 juta) digunakan untuk membayar pegawai awam di Malaysia.
Laporan itu menarik perhatian Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menggesa SPRM menyiasat kes itu, termasuk dua “orang tengah” dikenali sebagai Zach Zainal dan Erwan Azizi yang didakwa menerima sogokan berjumlah RM14.25 juta untuk mempengaruhi pegawai awam Malaysia dalam urus niaga itu.
Menurut Kok, pada 18 Mac 2016, pengerusi Mara ketika itu Annuar Musa telah menghantar dokumen berkaitan penjualan bangunan itu kepada SPRM dan setahun kemudian, Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dilaporkan berkata siasatan sudah selesai dan sedang menunggu laporan pihak berkuasa Australia berkenaan transaksi tersebut.
“Bagaimanapun, empat tahun kemudian SPRM masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap pegawai awam Malaysia yang dinamakan terlibat dalam proses transaksi hartanah di Australia.
“Tindakan yang diambil oleh polis Australia terhadap Boon Lye Teen akan pasti menjadi persoalan sama ada SPRM dan AGC Malaysia juga akan mengambil tindakan sama ke atas pegawai awam Malaysia yang terlibat dalam kes itu,” kata Kok.
Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort menegaskan, Mara berpendirian untuk menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada SPRM untuk disiasat.
“Dengan ini saya menegaskan bahawa pendirian Mara sejak dahulu lagi adalah jelas iaitu menyerahkan kes ini untuk disiasat sepenuhnya oleh SPRM," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/beri-ruang-pihak-berkuasa-siasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Berkuasa Perlu Siasat Dakwaan Tawaran Wang Berjuta Kata Pemimpin Pbs

Pihak Berkuasa Perlu Siasat Dakwaan Tawaran Wang Berjuta Kata Pemimpin Pbs

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 237 hits
Pihak berkuasa perlu siasat dakwaan tawaran wang berjuta kata pemimpin PBS Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25
Sprm Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Lindungi Judi Haram

Sprm Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Lindungi Judi Haram

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 298 hits
Cyberjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya Pemilik perniagaan Hot...
Kadir Saran Pihak Berkuasa Siasat Bank Di Malaysia Terbabit Aliran Dana 1mdb

Kadir Saran Pihak Berkuasa Siasat Bank Di Malaysia Terbabit Aliran Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 463 hits
Kadir Jasin berkata bank di Malaysia yang didapati terbabit dalam pengaliran wang haram 1MDB patut didakwa di mahkamah PETALING JAYA Wartawan veteran A Kadir Jasin menyarankan pihak berkuasa menyiasat bank di negara ini yang terbabit dalam ...
Mp Seputeh Gesa Sprm Ambil Tindakan Isu Skandal Bangunan Mara Di Melbourne

Mp Seputeh Gesa Sprm Ambil Tindakan Isu Skandal Bangunan Mara Di Melbourne

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 268 hits
MALAYSIAKINIAnggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya mula menyiasat berkenaan skandal bangunan Mara di Melbourne Kok juga mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memulakan langkah me...
Pendedahan Video Pihak Berkuasa Perlu Telus Siasat

Pendedahan Video Pihak Berkuasa Perlu Telus Siasat

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Pendedahan video yang tular berhubung dakwaan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh perlu bertindak dengan penuh integriti Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri S...
Isu Pati Segelintir Pihak Dalam Imigresen Rosakkan Imej Agensi Kata Hamzah

Isu Pati Segelintir Pihak Dalam Imigresen Rosakkan Imej Agensi Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 190 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengakui bahawa cabaran untuk menyelesaikan masalah mengenai kemasukan haram ke negara ini antara lain adalah disebabkan segelintir pihak di Jabatan Imigresen yang memilih jalan yang merosakkan...
Pihak Berkuasa Berlaku Zalim Kepada Asri Janggut Pembela

Pihak Berkuasa Berlaku Zalim Kepada Asri Janggut Pembela

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 289 hits
Beliau sepatut dilindungi bukan dijadi sebagai sasaran BANGI Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid yang mendedahkan kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh sewajarnya dilindungi dan b...
Militan Penggal Kepala Rakyat Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Filipina

Militan Penggal Kepala Rakyat Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Filipina

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 322 hits
Pihak berkuasa Filipina menangkap ketua pemimpin Abu Sayyaf Idang Susukan Abu Jihad yang juga dikehendaki di Malaysia berhubung penculikan di Sabah The Philippine Star memetik Ketua Polis Filipina Archie Gamboa mengesahkan bahawa penangkapa...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults