Dap Ph Akan Lebih Rugi Dalam Pakatan Dengan Umno Kata Penganalisis



Nur Jazlan berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Naib Pengerusi DAP Perak Abdul Aziz Bari bahawa sokongan Melayu telah beralih daripada Umno kepada Perikatan Nasional. (FMT) – DAP dan Pakatan Harapan akan lebih rugi dalam pakatan mereka bersama Umno, terutama dalam berdepan PRN akan datang, kata seorang penganalisis.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, dakwaan oleh pemimpin Umno yang mengatakan bahawa parti itu akan berdepan kesukaran untuk meraih undi Melayu kerana hubungannya dengan DAP adalah tidak tepat.
“Sebaliknya, hubungan dengan Umno yang akan menjatuhkan PH dan DAP atau sekurang-kurangnya menghakis sokongan pengundi terhadap mereka,” katanya kepada FMT.
Fauzi berkata agenda reformis PH adalah bertentangan dengan agenda konservatif Umno.
Beliau memetik usaha Umno memohon pengampunan diraja untuk bekas presidennya yang dipenjarakan, Najib Razak, serta pelantikan beberapa pemimpin parti baru-baru ini ke beberapa jawatan penting.
Setiausaha Agung Umno Asyraf Waji Dusuki dilantik sebagai pengerusi Mara yang baharu, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad sebagai pengerusi Risda, manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ahmad Jazlan Yaakub, dilantik semula sebagai pengerusi Felcra.
Fauzi berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak boleh membenarkan kehendak Umno mengatasi dorongan reformis kerajaan perpaduan, terutamanya apabila orang ramai telah mengundi PH untuk melakukan reformasi.
Beliau berkata Umno perlu diletakkan di tempatnya, hanya sebagai “ahli junior” kerajaan perpaduan.
“Ia bukan ‘urusan seperti biasa’ seperti ketika mereka menerajui kerajaan,” katanya.
Jumaat lalu, Ahli MKT Umno Nur Jazlan memberitahu Utusan Malaysia bahawa Umno berdepan cabaran untuk meraih semula sokongan orang Melayu, dan hubungannya dengan DAP tidak membantu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Naib Pengerusi DAP Perak Abdul Aziz Bari bahawa sokongan Melayu telah beralih daripada Umno kepada Perikatan Nasional.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata Umno dan DAP akan tewas jika mereka tidak mengisytiharkan “gencatan senjata”.
“Jika perbezaan antara Umno dan DAP tidak diselesaikan segera, kedua-dua pihak akan rugi,” katanya sambil menambah DAP juga memerlukan sokongan di kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Melayu yang besar.
Beliau berkata pemimpin DAP perlu lebih berhati-hati dengan kenyataan mereka supaya tidak “menembak kaki sendiri”.
“Mereka harus sedar bahawa, jika berterusan diprovokasi, tidak mustahil akar umbi Umno menolak DAP atau bertindak balas dengan lebih agresif,” katanya.
Awang Azman juga berkata tindakan ahli MKT Umno Puad Zarkashi yang menyerang veteran DAP Lim Kit Siang baru-baru ini berhubung kenyataannya mengenai usaha Umno mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib Razak hanyalah permulaan.
“Jika DAP tidak berhati-hati, lebih ramai ahli Umno akan ‘bertindak balas’ dan ini tidak baik kepada kerajaan perpaduan,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/04/20/dap-ph-akan-lebih-rugi-dalam-pakatan-dengan-umno-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn 6 Negeri Penentu Akar Umbi Umno Terima Dap Atau Tidak Kata Ismail Sabri

Prn 6 Negeri Penentu Akar Umbi Umno Terima Dap Atau Tidak Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 352 hits
freemalaysiatoday com 19 Apr 2023 9 00pmBekas perdana menteri berkata Umno menjalin kerjasama secara mengejut seminggu selepas PRU15 Ismail Sabri Yaakob memberitahu perjuangan Umno dan DAP jauh berbeza dan kedua duanya mempunyai sejarah pan...
Hanya Keajaiban Boleh Pulihkan Umno Kata Penganalisis

Hanya Keajaiban Boleh Pulihkan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 262 hits
satuberita myBy April 17 2023UMNO memerlukan keajaiban untuk pulih dan menarik semula sokongan melayu ke parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada tahun ini kata penganalisis politik Melayu dari Universiti Sains Malaysia...
Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 194 hits
Selera pemimpin ketiga tiga parti ini lebih cocok sama perangai Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun sebagai PM berbanding dengan pemimpin lain Pengalaman malu kucing kerjasama umno PAS di PRU14 akhirnya ma...
Umno Dap Tak Dipaksa Kahwin Kata Loke

Umno Dap Tak Dipaksa Kahwin Kata Loke

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 200 hits
agendaily com17 04 2023Setiausaha Agung DAP baharu Anthony Loke mengulas kerjasama dengan UMNO Anthony Loke menafikan UMNO dan DAP berkahwin politik secara paksa seperti didakwa oleh bekas Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Setiau...
Terimalah Hakikat Dap Lebih Baik Dari Umno

Terimalah Hakikat Dap Lebih Baik Dari Umno

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 254 hits
Yang terhegeh hegeh suka sokong dan mahu bekerjasama dengan DAP adalah umno atas alasan mudarat kecil Yang tolak PN atas alasan mudarat besar adalah umno Sudah tentu DAP melihat KERUGIAN kepada PH kerana kemasukan umno menyebabkan undi Mela...
Macai Jangan Lagi Kutuk Dap Umno Sudah Sedia Bekerjasama

Macai Jangan Lagi Kutuk Dap Umno Sudah Sedia Bekerjasama

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 481 hits
Apakah umno sudah sedia jadi barua DAP seperti AMANAH yang sebelum ini sakan dituduh oleh PAS Saya ulang lagi sekali amaran keras kepada pecacai umno jangan kutuk lagi DAP sayang dan sanjung seperti lakukan pada jho low dan jho jib
Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 244 hits
Timbalan presiden Umno memberi amaran kepada parti itu agar tidak bertindak seolah olah ia masih memerintah negara ini Keberadaan Umno di dalam kerajaan hanyalah seperti menumpang kasih dan sekiranya parti itu menarik sokongan ia tidak akan...
Dap Liabiliti Bagi Umno Untuk Pikat Semula Undi Melayu Nur Jazlan

Dap Liabiliti Bagi Umno Untuk Pikat Semula Undi Melayu Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 871 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 15 2023 Umno mengingatkan DAP bahawa parti itu juga menjadi liabiliti bagi rakan gabungannya itu dalam usaha memikat semula sokongan pengundi Melayu Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed dipetik...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan