Beri Peluang Ph Tadbir Melaka Tak Perlu Prn Kata Idris Haron


 
FMT Reporters -October 5, 2021 Idris berkata, pilihan raya negeri tidak perlu diadakan memandangkan pilihan raya umum ke-15 akan diadakan dalam tempoh setahun setengah sahaja lagi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Melaka selepas Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali hilang majoriti susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan kepada kepimpinannya semalam.
ADUN Sungai Udang Idris Haron yang juga salah seorang daripada individu yang menarik sokongan itu menegaskan, beliau yakin Melaka akan tetap dimajukan dan tidak akan diundurkan 20 tahun walaupun pemimpin PH dipilih sebagai Ketua Menteri.
“Kalau PH bentuk kerajaan, takkanlah kita hendak jadikan Melaka mundur, sudah tentulah kita majukan negeri kita ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Bekas Ketua Menteri itu berkata, pilihan raya negeri (PRN) tidak perlu diadakan memandangkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh setahun setengah sahaja lagi.
Katanya, beliau secara peribadi menolak cadangan Umno yang mahu PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri yang berlaku.
“Jika PRN ingin diadakan, ia membabitkan banyak perkara yang harus kita pertimbangkan kerana kita masih dalam pandemik Covid-19 dan ia menyebabkan risiko lebih tinggi. Ia juga membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.
“Selain itu, PRU15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah sahaja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit Covid-19 naik mendadak,” katanya.
Beliau bagaimanapun menyerahkan isu itu kepada kebijaksanaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk menentukan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dibubarkan atau memilih Ketua Menteri yang baharu dalam kalangan pemimpin PH.
Idris juga enggan mengulas mengenai parti mana yang akan disertainya bersama tiga lagi ADUN yang terbabit dalam langkah menarik sokongan semalam.
Semalam, selain Idris, turut mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman ialah ADUN Pantai Kundor daripada BN Nor Azman Hassan; Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Ab Rauf Yusoh dilaporkan akan mencadangkan kepada Mohd Ali supaya membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.
Ab Rauf berkata, Umno Melaka sedia menghadapi PRN dan BN komited mempertahankan kerajaan negeri.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan supaya PRN diadakan.
Sebelum penarikan sokongan itu, Umno memiliki 14 kerusi manakala Bersatu (2) dan Bebas (1), manakala PH mempunyai 11 kerusi namun parti itu kini mempunyai 12 kerusi dan Bersatu pula (1).
Jika empat ADUN terbabit sah menyertai PH, maka PH mempunyai 15 kerusi, iaitu empat melebihi Umno dan Bersatu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/beri-peluang-ph-tadbir-melaka-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Ph Tadbir Melaka Idris Haron

Bagi Ph Tadbir Melaka Idris Haron

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 255 hits
Bagi PH tadbir Melaka Idris Haron Pemimpin Pakatan Harapan perlu diberi peluang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Melaka selepas Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali hilang majoriti susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Nege...
Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 593 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONUmno harus bertanggungjawab jika Pilihan Raya Negeri Melaka menjejaskan kesihatan orang ramai kerana keputusan melaksanakan pilihan raya dalam waktu pandemik Covid 19 ini meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan Bahkan...
Prn Melaka Jangan Jadi Macam Sabah Kata A Kadir

Prn Melaka Jangan Jadi Macam Sabah Kata A Kadir

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 351 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSelepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka menarik sokongan dari kerajaan negeri DUN diumumkan bubar hari ini dan bakal memberi laluan kepada pilihan raya negeri mengejut Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin membe...
Idris Haron Alleges Individuals Interference Prevent Melaka Exco Members From Performing Their Task

Idris Haron Alleges Individuals Interference Prevent Melaka Exco Members From Performing Their Task

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 448 hits
Sungai Udang assemblyman Datuk Seri Idris Haron speaks during a press conference in Melaka October 5 2021 Bernama picMELAKA Oct 5 A day after announcing the withdrawal of support for Melaka Chief Minister s leadership Datuk Seri Idris Haron...
Setelah Berjaya Gulingkan Kerajaan Umno Melaka Kini Sprm Pula Buru Idris Haron

Setelah Berjaya Gulingkan Kerajaan Umno Melaka Kini Sprm Pula Buru Idris Haron

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 305 hits
October 8 2021 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memandang serius dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di...
Let Ph Rule Melaka No Need For State Polls Says Idris Haron

Let Ph Rule Melaka No Need For State Polls Says Idris Haron

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 360 hits
Umno s Idris Haron is among four assemblymen who withdrew support for Melaka chief minister Sulaiman Md Ali PETALING JAYA Pakatan Harapan should be given the chance to govern Melaka after chief minister Sulaiman Md Ali lost majority support...
Jatuhkan Kerajaan Melaka Idris Haron Nor Azman Gugur Keahlian Umno

Jatuhkan Kerajaan Melaka Idris Haron Nor Azman Gugur Keahlian Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 373 hits
October 4 2021 6 58 PMPETALING JAYA Keahlian bekas Menteri Besar dan ADUN Sungai Udang Idris Haron serta ADUN Pantai Kundor Nor Azman Hassan dalam Umno tergugur secara automatik kerana terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka Ketu...
Kerajaan Melaka Tumbang Tidak Boleh Ada Dua Singa Di Atas Satu Gunung Idris Haron Shuhada Abdul Kadir

Kerajaan Melaka Tumbang Tidak Boleh Ada Dua Singa Di Atas Satu Gunung Idris Haron Shuhada Abdul Kadir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 306 hits
MELAKA Teka teki gelora politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Suleiman Md Ali Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Me...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan

Pg77 Top 75 By Porter Pg77 Pgslot77 Me Pgslot77 Pgslot 2 2025

777 40 777 Top 59 By May Punpro777 Bar 30 September 2025

Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

A Aida Dimasukkan Ke Icu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025