Beri Peluang Latheefa Menyinga Basmi Rasuah


MALAYSIAKINI    Latheefa Koya perlu diberi peluang menumpukan tugasnya membasmi rasuah sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berkata walaupun pelantikan Latheefa mengundang kontroversi tetapi ia tidak boleh dibiarkan berterusan sehingga menjejaskan kestabilan pentadbiran PH.

"Pelantikan Latheefa Koya ... dianggap sebagai lantikan politik dan tidak menepati hasrat PH dalam manifestonya untuk memperkasakan institusi demokrasi ini dengan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

"Sungguhpun begitu, pelantikan ini tidak harus dibiarkan terus menjadi kontroversi sehingga boleh menimbulkan polemik politik yang boleh menjejaskan kestabilan politik kerajaan PH," katanya dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.

Faiz yang juga seorang peguam berkata Latheefa perlu diberi peluang melaksanakan mandatnya dengan bebas dan adil.

"Kerajaan baru yang dipilih rakyat ini digagaskan atas perjuangan membasmi rasuah dan oleh itu seseorang dari eksternal, yang mempunyai kelayakan bidang ilmu undang-undang dan karakter yang berani dan tegas sesuai untuk dilantik.

"Justeru, suatu peluang harus diberikan kepada Latheefa Koya untuk menjalankan tugas ini dengan bebas, adil serta tanpa takut dan berat sebelah," jelas timbalan ketua Pemuda Amanah itu.
Sementara itu bekas aktivis mahasiswa, Shazni Munir (gambar, atas) berkata sifat tegas Latheefa diperlukan dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

"Mengenali sosok ini semenjak perjuangan kampus, tiada keraguan sama sekali sama ada beliau mampu atau tidak menggalas amanah sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

"Dengan karakter 'menyinga' tidak mengira siapa, ketegasan beliau bakal membawa impak besar dalam usaha memerangi rasuah hingga ke akar umbi.

"Mungkin telah sampai ketikanya untuk perubahan ini diasak secara agresif, bagi membuka jalan untuk merealisasi sebuah negara sifar rasuah," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Latheefa sebelum ini melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya itu.

Namun hal ini tidak menghalang pelbagai pihak untuk terus membidas pelantikan satu pihak berkenaan.

Ramai yang mempersoalkan sama ada beliau mampu bertindak dengan tidak memihak ataupun berkecuali

Tidak kurang juga mempertikaikan pelantikannya yang melangkaui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai lantikan awam yang dibentuk oleh kerajaan baru PH yang bertujuan mengurangkan campur tangan perdana menteri dalam lantikan jawatan utama, termasuk dalam SPRM
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada Selasa lalu turut mengakui bahawa beliau melantik Latheefa tanpa membincangkan perkara itu dengan kabinet kerana tidak mahu keputusan itu mengikat dirinya

Suatu petisyen mendesak Latheefa berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM dilancarkan di Change.org semalam.

Petisyen yang telah mengumpul lebih 1,000 tandatangan itu turut disertai Ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) Dr Tan Yee Kew.

Berita berkaitan:Sesiapapun berhak soal, kritik, tapi tugas saya jelas, kata LatheefaPresiden MCA: Saya risaukan Anwar bila Latheefa jadi bos SPRMMCA: Ego Mahathir makin hari makin besarPelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr MDr M: Saya sendiri pilih Latheefa, tak bincang dengan kabinetJ'kuasa parlimen boleh minta k'jaan jelaskan pelantikan SPRM10 dari 13 ketua pesuruhjaya SPRM dilantik dari luar, kata timbalan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/beri-peluang-latheefa-menyinga-basmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latheefa Ikrar Hentikan Rasuah Dalam Mesej Pertama Bos Sprm

Latheefa Ikrar Hentikan Rasuah Dalam Mesej Pertama Bos Sprm

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 573 hits
Latheefa Koya bergambar dengan pegawai tertinggi SPRM termasuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum memulakan tugas hari penuh pertama pagi tadi PETALING JAYA Latheefa Koya dalam mesej pertama sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanj...
Tugas Saya Banteras Rasuah Di Mana Saja Latheefa

Tugas Saya Banteras Rasuah Di Mana Saja Latheefa

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 482 hits
Siti A isyah Sukaimisitiaisyah hmetro com myKETUA Pesuruhjaya SPRM yang baharu Latheefa Koya FOTO NSTP SESIAPAPUN pun berhak menyoal mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing masing ini tidak mengapa Tugas saya jelas iaitu untuk membante...
Latheefa Koya Mula Tugas Hari Ini Tekad Enggan Toleransi Budaya Rasuah

Latheefa Koya Mula Tugas Hari Ini Tekad Enggan Toleransi Budaya Rasuah

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 428 hits
PUTRAJAYA 7 Jun Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu Latheefa Koya berkata beliau akan melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk dari aspek pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertolerasi ...
Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 431 hits
Penganalisis menolak andaian bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM merupakan konspirasi besar untuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis menolak andaia...
Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph

Nik Nazmi Cara Pelantikan Latheefa Tak Selari Janji Ph

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 380 hits
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan cara pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak selari dengan janji yang dibuat PH dalam manifesto pilihan raya Memetik janji ke 14 Buku Harapan Nik Nazmi men...
Kenapa Latheefa Koya Dipilih Ketuai Sprm

Kenapa Latheefa Koya Dipilih Ketuai Sprm

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 410 hits
Pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencetuskan pelbagai polemik dan konflik di kalangan pemerhati politik negara serta pemimpin parti Latheefa diberi mandat sejak 1 Jun lalu untuk memeg...
Pas Alu Alukan Pelantikan Latheefa Koya

Pas Alu Alukan Pelantikan Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 807 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSAN06 JUNE 2019PAS mengalu alukan pelantikan Peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Mengikut Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 Yang di Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM a...
Lantikan Latheefa Realiti Sebenar Kelemahan Urus Tadbir Bersih 2 0

Lantikan Latheefa Realiti Sebenar Kelemahan Urus Tadbir Bersih 2 0

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 309 hits
Astro Awani Jun 06 2019 14 51 MYTBersih 2 0 dalam satu kenyataan mengalu alukan pelantikan Latheefa namun mempersoal proses pelantikannya Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Ras...
Wan Junaidi Tuduh Pakatan Buat 039 U Turn 039 Berhubung Lantikan Latheefa

Wan Junaidi Tuduh Pakatan Buat 039 U Turn 039 Berhubung Lantikan Latheefa

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 363 hits
Wan Junaidi tuduh Pakatan buat U turn berhubung lantikan Latheefa Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Jun 20
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat