Beri Moratorium Pukal Bukan Bersasar Luas Bantuan Kepada M40 Gesa Pemimpin Umno




FMT Reporters -June 1, 2021 Mohd Puad Zarkashi menyelar Menteri Kewangan kerana tetap mahu untungkan bank, manakala Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai antara golongan M40 sudah jatuh kepada kategori B40.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mempersoalkan keputusan kerajaan yang dilihat seperti lebih memihak kepada institusi perbankan berbanding membantu rakyat dengan moratorium automatik secara pukal.
“Inilah masalahnya bila bekas ‘banker’ jadi Menteri Kewangan. Dia tetap mahu untungkan bank yang sudah pun untung walaupun di waktu Covid-19,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi di Facebook, merujuk kepada Tengku Zafrul Abdul Aziz.
“Memang mengecewakan. Kenapa moratorium bersasar? Sepatutnya moratorium pukal.”
Ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Tambahan (Pemerkasa+) malam tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, moratorium automatik selama tiga bulan akan diberikan kepada golongan B40 yang kehilangan pekerjaan dan perusahaan kecil dan sederhana yang tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama enam bulan.
Inisiatif itu akan dilaksanakan segera pada bulan ini dan dijangka memanfaatkan lebih 5 juta peminjam dengan nilai RM30 bilion.
Puad turut mencadangkan agar moratorium automatik hanya dikecualikan bagi syarikat-syarikat besar, multinasional dan golongan T20.
“Ini musibah bila Parlimen tidak bersidang. Suara rakyat tidak sampai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyeru agar moratorium terbaru itu diperluaskan kepada golongan M40.
Ini kerana ketika wabak melanda, ramai dalam golongan berkenaan sudah jatuh ke kategori B40, dan ini tidak dicerminkan dalam data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ramai yang mengadu gagal dalam permohonan untuk Bantuan Prihatin Rakyat kerana berpandukan data lama,” kata beliau di Facebook.
Dalam pada itu, Asyraf dalam catatan Facebook berasingan turut meluahkan kekecewaan kerana tiada pengumuman mengenai skim i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dalam pakej bantuan yang baharu diumumkan semalam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/beri-moratorium-pukal-bukan-bersasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Bantuan Moratorium M40 Pinjaman Bank

Permohonan Bantuan Moratorium M40 Pinjaman Bank

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 301 hits
Permohonan Bantuan Moratorium M40 Pengumuman insentif bantuan melalui PEMERKASA Plus pada 31 Mei 2021 lalu susulan pelaksanaan lockdown menyaksikan bahawa golongan M40 malah T20 juga layak untuk menerima bantuan moratorium pinjaman bank sec...
Pemimpin Umno Persoal Apa Kaitan Rakyat Turki Dengan Menteri Pas

Pemimpin Umno Persoal Apa Kaitan Rakyat Turki Dengan Menteri Pas

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 235 hits
June 3 2021 Kita kena puji YB Dato Ahmad Nazlan Ahli Parlimen Jerantut ni kerana bukan sahaja dia tak kemaruk jawatan tapi bertegas tentang campurtangan menteri dalam urustadbir Lembaga Getah Malaysia YB Dato Nazlan ada sebut juga soal Turk...
Pemimpin Umno Sekolahkan Hamzah Bandingkan Parlimen Di Uk Dengan Malaysia

Pemimpin Umno Sekolahkan Hamzah Bandingkan Parlimen Di Uk Dengan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 205 hits
June 6 2021 Di UK parlimen tetap berjalan seperti biasa dan dibuat secara hibrid 50 orang dalam dewan selebihnya dalam talian Mengundi pun pada mulanya juga dalam talian Selepas itu mereka putuskan untuk kembali mengundi secara fizikal dala...
Mana Pengumuman Moratorium Bantuan Khas Tanya Anwar

Mana Pengumuman Moratorium Bantuan Khas Tanya Anwar

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 360 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan sikap sambil lewa kerajaan yang sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung moratorium pinjaman bank kepada rakyat susulan pelaksanakan sekatan pergerakan penut...
Pemimpin Pas Dakwa Difitnah Pemimpin Umno

Pemimpin Pas Dakwa Difitnah Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 273 hits
MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa beliau difitnah oleh pemimpin Umno berhubung isu tanah Lembaga Getah Malaysia yang dipajak pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran Fitnah itu dibua...
Umno Gesa Muhyiddin Buat Pkp Penuh

Umno Gesa Muhyiddin Buat Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 445 hits
Dua pemimpin Umno mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh dalam menangani wabak Covid 19 yang semakin memburuk beberapa minggu kebelakangan ini Pemuda Umno mencadangkan ia dilaksanakan selama 21 ...
Bengang Dengan Pemecatan Tajuddin Pemimpin Umno Senaraikan 7 Menteri Yang Gagal Dan Tidak Berfungsi

Bengang Dengan Pemecatan Tajuddin Pemimpin Umno Senaraikan 7 Menteri Yang Gagal Dan Tidak Berfungsi

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 201 hits
May 27 2021 Seorang pemimpin Umno hari ini menyenaraikan tujuh menteri kebanyakannya dari Bersatu yang didakwanya gagal memainkan peranan serius ketika negara berdepan wabak Covid 19 Menurut ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata m...
Hanya Pemimpin Terhegeh Nak Kerjasama Dengan Umno Bukan Penyokong

Hanya Pemimpin Terhegeh Nak Kerjasama Dengan Umno Bukan Penyokong

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 341 hits
Hasil dari kajiselidik ini membuktikan Penyokong penyokong PH jauh lebih berprinsip dari individu individu yang dilantik menjadi Pemimpin Mereka memilih untuk tidak bekerjasama dengan pihak yang dianggap sebagai musuh dalam politik selama i...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Dilema Stem Di Malaysia Apa Yang Silap Dan Bagaimana Memperbaikinya

Bacaan Selawat Dan Tasbih Solat Sunat Tarawih

Settel Baju Melayu Raya

Lirik Lagu Hidayah Damian Mikhail

Menu Ramadan Kari Telur Dan Kambing Cili Padi