Beri Melayu Lesen Jual Arak Kasino Zaid Ibrahim


Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata bahawa salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.
“Saya menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal yang memberi pulangan lumayan dan banyak di negara ini.
“Kenapa tidak beri lesen kepada bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?
“Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta. Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi kaum lain dari segi ekonomi?” tulisnya di blog beliau Nasionalis.my
Tambah Zaid, perniagaan seumpama itu menyumbang kepada ekonomi kaum Cina yang kemudian membuka peluang kepada mereka melabur dalam hartanah.
“Orang Melayu mengeluh bahawa mereka telah hilang tanah mereka dan tak mampu beli rumah kos rendah. Kenapa orang Melayu tidak diberi peluang sama seperti Cina agar mereka boleh buat duit dan lindungi tanah mereka?
“Perniagaan ini adalah berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?” katanya.
Sebaliknya, kata Zaid, tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara.
Memetik Labuan dan Langkawi sebagai contoh, Zaid berkata, orang Melayu yang tidak “tersinggung” dengan perniagaan seumpamanya perlu diberi lesen untuk membuka kasino di pulau bebas cukai itu.
“Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata. Kenapa tidak buka kasino di Labuan dan Langkawi yang dioperasikan oleh orang Melayu?
“Tidak masuk akal kita boleh terima kasino besar di Genting tapi menganggapnya ‘kurang berdosa’ tapi menghalang kasino kecil lain di tempat lain.
“Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi. Adakah kerajaan ketika ini akan mengambil pendekatan ini? Mungkin tidak, tapi mereka terus mengeluh bahawa Melayu ketinggalan,” katanya.
Nota Ana Ghoib: Liberalis Zaid tak baca Al Quran kah bahawa yang menjual malah mengangkat arak juga hukumnya haram?
Mungkin agak ringan hukumnya jika kamu bekerja untuk orang lain dan tiada pilihan seperti dalam pesawat MAS atau 7 Eleven.
Pun begitu suatu hari di Malaya ini pasti pemimpin Melayu Muslim dalam kerajaannya akan menolak 100% pembabitan rakyat yang beragama Islam terkait arak dan judi.
Firman Allah di dalam Al Quran bahawa syaitan itu menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan.
Apakah Zaid takut diri sendiri miskin atau takut melayu jadi miskin hingga tak terfikir cara lain memperkayakan mereka era pasca Umno?
Mudahnya ikut cara Eropah yang kaya raya hasil cabutan skim loteri atau toto untuk rakyatnya yang setiap minggu menjadi jutawan dan mampu berlayar menggunakan kapal mewah atau terbang melancong ke seluruh dunia.
Jika orang Cina saban minggu menang jutaan ringgit cabutan nombor maka alternatifnya untuk orang Melayu Muslim adakan cabutan jutaan ringgit setiap minggu atau bulan untuk simpanan di bank mereka seperti BSN atau Bank Islam.
Jangan BAKHIL – memperkaya ini sebenarnya tentang ‘money game’ dan alasan untuk mencetak duit dan mencukai namun malang di Malaysia kaedah memperkaya itu khusus dengan bekerja susah payah, mendapat tuah projek kroni melalui parti politik.
Ana Ghoib masih berharap dengan simpanan RM100- 2K akan menang cabutan HALAL skim Al Awfar Bank Islam samada dapat 50K atau 1Juta yang terkemut-kemut tak kunjung tiba.
Pemenang cabutan bertuah di Malaysia ini perlu diwajibkan berbelanja membeli aset di Malaysia sahaja bagi membendung pengaliran keluar wang justeru sudah cukup pekerja warga asing menyedutnya keluar akibat polisi bekas menteri Umno.
*Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib – Aku Demam….dengar cerita Imam Mahdi akhir zaman akan membahagi-bahagi kekayaan tanpa terhitung?
KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD
KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir
KLIK BACA: Selesai hutang guna duit cukai, Irwan ditahan SPRM, Najib dipanggil semula
KLIK BACA: Rosmah didakwa atas pertuduhan jenayah bukan balas dendam, kata PM Dr Mahathir
KLIK BACA: Rakyat tak kesian Rosmah, kata Tan Sri Zainuddin
KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno
The post Beri Melayu lesen jual arak, kasino – Zaid Ibrahim appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189666/beri-melayu-lesen-jual-arak-kasino-zaid-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Gila Zaid Ibrahim Lesen Judi Jual Arak Untuk Bumiputera

Idea Gila Zaid Ibrahim Lesen Judi Jual Arak Untuk Bumiputera

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 462 hits
Bahasa mudah Zaid meminta kerajaan untuk memberi pelepasan kepada golongan islam liberal yang hanya memperjuangkan agama demi kebebasan nafsu yang terpahat dalam minda Zaid seperti menambahkan lagi cubaan untuk meningkatkan pemikiran libera...
Beri Lesen Pusat Judi Dan Penjualan Alkohol Kepada Bumiputera Zaid Ibrahim

Beri Lesen Pusat Judi Dan Penjualan Alkohol Kepada Bumiputera Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 339 hits
The ReporterLesen pusat judi dan penjualan alkohol perlu diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi demikian cadangan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim Berkata demikian melalui ...
Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Bersaing Zaid

Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Bersaing Zaid

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 344 hits
Bekas menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi Dalam tulisan di blognya hari ini Zaid berk...
Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya Biarkan Biarkan

Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya Biarkan Biarkan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 370 hits
Zaid Ibrahim bukan nama kecik Dia seorang peguam yg punya firma guaman sendiri kalau tak silap Dia juga ahli politik yg pernah menganggotai HAMNO Penah jadi menteri Pernah juga bertanding atas tiket PKR tapi kalah Sekarang mungkin dia main ...
Aset Melayu Di Jual Ke Cina Untuk Bayar Hutang Kerajaan

Aset Melayu Di Jual Ke Cina Untuk Bayar Hutang Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 595 hits
Agenda DAP Nak Rompak Aset Negara Mula2 gagalkan projek Masa Mahathir buat lawatan kat China korang ada nampak wakil DAP pergi sekali x Maka di potong program2 mesra rakyat batalkan projek potong elaun Felda nelayan dan petani tiada naik ga...
Zaid Ibrahim Why Anwar Must Win In Pd

Zaid Ibrahim Why Anwar Must Win In Pd

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 320 hits
Zaid Ibrahim I was delighted to be asked to speak in Lukut last night in support of Anwar Ibrahim Unfortunately there were just too many VVIPs speakers which left no time for a free agent like me Still this is what I would have said in case...
Terima Kasih Pemuda Pas Akhirnya Kedai Ini Dah Tak Jual Arak

Terima Kasih Pemuda Pas Akhirnya Kedai Ini Dah Tak Jual Arak

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 323 hits
Bukan kita nak halang non muslim minum arak tetapi penjualannya perlu dikawal tiada agama halalkan arak dan ia merosakkan manusia Taman Arowana di sini menghentikan penjualan minuman keras di premis mereka mulai Khamis lalu Keputusan itu di...
Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa Syed Saddiq Disanggah

Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa Syed Saddiq Disanggah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan tiada lagi ketuanan Melayu dipersoalkan Ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafi Katanya gesaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar itu di...
Nabi Ibrahim Contoh Ikutan Manusia

Nabi Ibrahim Contoh Ikutan Manusia

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 467 hits
Beberapa Sifat Nabi Ibrahim Yang Wajar Dicontohi Oleh Semua Manusia ALLAH S W T berfirman yang bermaksud Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah suruhan dan larangan maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakann...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun