Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Bersaing Zaid


Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.
Dalam tulisan di blognya hari ini, Zaid berkata bahawa salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.
“Saya menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal yang memberi pulangan lumayan dan banyak di negara ini.
“Kenapa tidak beri lesen kepada bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?
“Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta. Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi kaum lain dari segi ekonomi?” katanya.
Tambah Zaid, perniagaan seumpama itu menyumbang kepada ekonomi kaum Cina yang kemudian membuka peluang kepada mereka melabur dalam hartanah.
“Orang Melayu mengeluh bahawa mereka telah hilang tanah mereka dan tak mampu beli rumah kos rendah. Kenapa orang Melayu tidak diberi peluang sama seperti Cina agar mereka boleh buat duit dan lindungi tanah mereka?
“Perniagaan ini adalah berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?” katanya.
Sebaliknya, kata Zaid, tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara.
Memetik Labuan dan Langkawi sebagai contoh, Zaid berkata, orang Melayu yang tidak “tersinggung” dengan perniagaan seumpamanya perlu diberi lesen untuk membuka kasino di pulau bebas cukai itu.
“Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata. Kenapa tidak buka kasino di Labuan dan Langkawi yang dioperasikan oleh orang Melayu?
“Tidak masuk akal kita boleh terima kasino besar di Genting tapi menganggapnya ‘kurang berdosa’ tapi menghalang kasino kecil lain di tempat lain.
“Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi. Adakah kerajaan ketika ini akan mengambil pendekatan ini? Mungkin tidak, tapi mereka terus mengeluh bahawa Melayu ketinggalan,” katanya. – Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bawalmedia.com/beri-bumiputera-lesen-kasino-agar-mampu-bersaing-zaid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Melayu Lesen Jual Arak Kasino Zaid Ibrahim

Beri Melayu Lesen Jual Arak Kasino Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 494 hits
Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata bahawa salah satu faktor utama ...
Beri Lesen Pusat Judi Dan Penjualan Alkohol Kepada Bumiputera Zaid Ibrahim

Beri Lesen Pusat Judi Dan Penjualan Alkohol Kepada Bumiputera Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 457 hits
The ReporterLesen pusat judi dan penjualan alkohol perlu diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi demikian cadangan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim Berkata demikian melalui ...
Idea Gila Zaid Ibrahim Lesen Judi Jual Arak Untuk Bumiputera

Idea Gila Zaid Ibrahim Lesen Judi Jual Arak Untuk Bumiputera

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 522 hits
Bahasa mudah Zaid meminta kerajaan untuk memberi pelepasan kepada golongan islam liberal yang hanya memperjuangkan agama demi kebebasan nafsu yang terpahat dalam minda Zaid seperti menambahkan lagi cubaan untuk meningkatkan pemikiran libera...
Kuota Bumiputera Rumah Mampu Milik Dihapuskan Kan

Kuota Bumiputera Rumah Mampu Milik Dihapuskan Kan

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 428 hits
Sepatutnya kerajaan menyemak semula mereka yang menerima rumah mampu milik tersebut adakah mereka memenuhi kriteria ataupun tidak Jika zuraida mempersoalkan kuota bumiputera yang mungkin dikaji semula tanpa dinyatakan adakah akan berlaku pe...
Present White Paper On New Bumiputera Policy Too Zaid Tells Azmin

Present White Paper On New Bumiputera Policy Too Zaid Tells Azmin

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 357 hits
Former minister Zaid Ibrahim says the government must disclose the process it intends to use to ensure that deserving Bumiputeras can be helped PETALING JAYA A former minister has called on Putrajaya to present a white paper on how to get t...
Pesan Jokowi Untuk Pebisnis Muda Agar Mampu Miliki Daya Saing

Pesan Jokowi Untuk Pebisnis Muda Agar Mampu Miliki Daya Saing

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 241 hits
Jokowi meyakini keterlibatan anak muda di dalam sektor industri akan menjadi lebih baik Sebab ekonomi ke depan berada di tangan generasi muda Oleh karenanya untuk mendukung itu semua perlu ada kolaborasi antar lini Baik dari pemerintah seba...
Ringgitplus Sekitar 30 Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Simpanan Yang Mampu Bertahan Sebulan

Ringgitplus Sekitar 30 Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Simpanan Yang Mampu Bertahan Sebulan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 324 hits
RinggitPlus merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web tempatan yang membantu dalam pelbagai perkara berkaitan kewangan peribadi termasuk memudahkan pengguna membuat permohonan untuk beberapa perkhidmatan Hari ini mereka telah berkong...
Pbb Mampu Selesai Masalah Masyarakat Antarabangsa

Pbb Mampu Selesai Masalah Masyarakat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 253 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Sempena sambutan ulang tahun Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Malaysia yakin PBB akan terus kekal sebagai platform terbaik untuk meluaskan kerjasama antarabangsa serta mengatasi masalah global berlandaskan...
Bukti Kerajaan Pas Tak Kelantan Mampu Bayar Gaji Kakitangan Awam Negeri

Bukti Kerajaan Pas Tak Kelantan Mampu Bayar Gaji Kakitangan Awam Negeri

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1044 hits
Termasuk di dalam pemberian RM398 juta kepada Kelantan ini ialah pemberian defisit sebanyak RM59 9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya termasuk gaji emolumen ahli pentadbiran kerajaan ne...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Doa Malam 5 Okt 2025

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiahkan Cawan Kucing Comel Untuk Member

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana