Beri Mandat Pbt Memperjuangkan Bahasa Melayu


ISU penggunaan bahasa Inggeris kembali hangat diperkatakan selepas penggunaan nama Inggeris di taman perumahan mendapat perhatian masyarakat. Antaranya Bandar Springhill, Taman Lavender Heights di Seremban. Perkara sama juga banyak berlaku di Selangor dan lain-lain tempat di seluruh negara.

Timbul persoalan berhubung peranan pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membenarkan penggunaan nama Inggeris walaupun dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 memperuntukkan nama taman, papan tanda, jalan dan sebagainya perlu menggunakan bahasa
Melayu.
Jika dilihat, penggunaan bahasa Inggeris sangat meluas di projek perumahan. Ia sekali gus menunjukkan kelemahan penguatkuasaan dan wujud unsur merelakan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris.

Menurut Tokoh Warisan Kebangsan Orang Hidup , Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Rosli Saludin, PBT perlu lebih peka dalam soal kepentingan bahasa Melayu dan budaya tempatan.

Justeru, pada pandangan saya, pihak berwajib perlulah menggunakan kuasa dalam memberi dan membenarkan penggunaan bahasa Melayu serta membatalkan permohonan jika menggunakan nama bahasa asing

Jika boleh, syarat penggunaan nama dalam bahasa Melayu dalam sesuatu projek perumahan perlu disertakan dan ia perlu dianggap sama penting dengan syarat lain untuk mendapatkan sijil layak menduduki atau CF

Ketegasan kerajaan
Beri tempoh kepada pemaju untuk menukar nama taman perumahan sedia ada dalam bahasa Melayu atau menarik lesen pemaju berkenaan sebagai ketegasan kerajaan dalam memartabat penggunaan bahasa Melayu.

Pemaju yang sewenang-wenangnya menggunakan bahasa Inggeris menunjukkan tahap kesedaran rendah terhadap bahasa kebangsaan dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Lebih teruk lagi, mereka tidak menunjukkan jati diri dan meremehkan kepentingan dan fungsi Akta Bahasa Melayu Kebangsaan. Mereka sedikit pun tidak berasa bangga menggunakan nama Melayu walaupun lahir, membesar serta mendapat pendidikan di sini.

Sudah sampai masanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberikan kuasa untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu di taman perumahan, jalan, papan tanda dan tempat awam menggantikan peranan PBT yang kelihatan tidak tegas dan lesu.

Kita tidak mahu peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ini dikesampingkan kerana dikatakan tiada nilai komersial sementara bahasa Inggeris diguna pakai untuk tujuan komersial. Bahasa Melayu hanya akan dilihat bernilai tinggi jika semua pihak mengangkat martabatnya setinggi mungkin dan tidak menjadi hamba kepada bahasa asing.

Oleh: ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/beri-mandat-pbt-memperjuangkan-bahasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Cina Vide0 Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

Muka Cina Vide0 Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 493 hits
Sebagai rakyat Malaysia salah satu perkara yang membuatkan kita tersenyum adalah melihat sesuatu kaum itu dapat menguasai bahasa bangsa lain Seperti dalam satu video di TikTok ini jika diperhatikan sekali pandang macam bangsa Cina tetapi bi...
Koleksi Cerita Pendek Bahasa Melayu

Koleksi Cerita Pendek Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 761 hits
Himpunan cerita pendek atau cerpen bahasa melayu yang sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran atau rujukan untuk buku nilam Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa koleksi cerita pendek yang mungkin a...
Premier Tu Apa Ye Dalam Bahasa Melayu

Premier Tu Apa Ye Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 211 hits
Mohsin Abdullah February 17 2022 Kawan kawan kita dari Sarawak dan Sabah sudah lama terguris perasaan Mereka rasa Sarawak dan Sabah dianaktirikan orang Malaya khususnya kerajaan pusat yang dikuasai orang Malaya nama yang diberi kepada pengh...
4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Dalam 2022

4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Dalam 2022

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 344 hits
4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Dalam 2022 Jika anda sampai ke artilel ini itu maknanya anda sedang mencari cari informasi mengenai blog blog teknologi dalam Bahasa Melayu yang masih ada di ruang internet dalam tahun 2022 Paling tidak pun an...
Ada Ingat Orang Melayu Nak Sokong Parti Macam Ini Kah

Ada Ingat Orang Melayu Nak Sokong Parti Macam Ini Kah

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 209 hits
Tawar MUDA tanding 5 kerusi majoriti Melayu di Johor strategi tarik pengundi atas pagar kata penganalisis February 13 2022 Rabu lalu DAP Amanah dan MUDA mengadakan rundingan pengagihan kerusi PRN Johor dengan DAP memberikan dua kerusi kepad...
Siapakah Tujuh Wira Melayu Tragedi 15 Februari 1942

Siapakah Tujuh Wira Melayu Tragedi 15 Februari 1942

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 253 hits
SAUDARA PENGARANG Kemunculan 15 Februari tahun ini menjentik ingatan kita kepada 1942 80 tahun lalu Tercetusnya Perang Dunia Kedua dan kesan kesannya kepada Malaysia dan negara negara jiran adalah penting dalam lipatan sejarah negara Ini ad...
Politik Melayu Ialah Politik Gila Kuasa

Politik Melayu Ialah Politik Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 218 hits
Pada tahun 1951 Umno telah berpecah diantara golongan Nationalist dan golongan Islamist maka dari situ wujudlah PAS Lepas itu Umno dan PAS berpecah banyak kali lagi kepada IMP Parti Negara Umno Baru Semangat 46 Hamim Berjasa Parti Keadilan ...
Kj Dedah Peratus Masyarakat Melayu Yg Ambil Dos Penggalak Memang Ramai Dah Jangka

Kj Dedah Peratus Masyarakat Melayu Yg Ambil Dos Penggalak Memang Ramai Dah Jangka

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 297 hits
KURANG daripada separuh populasi masyarakat Melayu yang mengambil suntikan dos penggalak Covid 19 kata Khairy Jamaluddin
The Colours Of Life Projek Penambahbaikan Longkang Kampung Melayu Baru

The Colours Of Life Projek Penambahbaikan Longkang Kampung Melayu Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 238 hits
The Colours of Life Projek Penambahbaikan Longkang Kampung Melayu Baru Akhirnya dah sampai ke kawasan sebelah rumah aku dah Alhamdulillah Masa aku balik dah setel bab longkang Tinggal nak letak batu untuk jadi pelapik penghubung jalan Layan...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord