4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Dalam 2022


4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Dalam 2022 - Jika anda sampai ke artilel ini itu maknanya anda sedang mencari-cari informasi mengenai blog-blog teknologi dalam Bahasa Melayu yang masih ada di ruang internet dalam tahun 2022. Paling tidak pun anda ingin tahu apa dia blog-blog teknologi dan informasi yang best untuk di baca dalam 2022 ni.
So, kenapa ada ramai orang cari blog teknologi dalam Bahasa Melayu? Jawapannya keranak nak membaca mengenai perkembangan teknologi terkini dalam hal ehwal semasa. 
Lagipun tak banyak blogger juga penulis kandungan yang menerbitkan kandungan topik-topik teknologi dalam Bahasa Melayu dalam ruang internet Malaysia. Niche teknologi merupakan niche yang agak popular bahkan semakin popular dari setahun ke setahun.
Baiklah bagi anda yang sedang mencari-cari nama senarai blog-blog teknologi berbahasa Melayu yang ada di ruang internet Malaysia dalam tahun 2022, berikut senarai blog-blog tersebut.
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 1 - Amanz
Blog teknologi Amanz.my


Blog teknologi Amanz kami kenali bermula pada tahun 2005. Masa tu Aman Firdaus, penulis utama di blog teknologi Amanz aktif berforum di forum online WangCyber.com milik saudara Mohd Suhaimy yang juga merupakan pemilik SempoiHosting.com. 
Ketika itu Shuth masih lagi bekerja di NIOSH sebagai Pegawai Teknologi Maklumat sebelum berhenti kerja untuk menjadi usahawan internet full time. Pada kemunculan pertama blog Amanz, kami masih ingat lagi masa tu Aman Firdaus menggunakan domain Amanz.net (dot net).
Selepas itu Amanz 'hilang' seketika dari dunia blogging kemudian dia muncul semula dengan blog baharu milknya menggunakan nama domain Amanz.my pada awal tahun 2008. 
Pada masa tu sekitar tahun 2008 aplikasi web Yahoo Messenger atau YM masih amat popular. Kalau nak mengurat masa tu terus akan tanya dia "awak ni ada YM tak? Boleh chat nanti". Gitulah ceritanya.
Mana ada WhatsApp, WeChat, MiChat dan Telegram pada awal tahun 2008 tu. Hanya ada Yahoo Messenger, email (Gmail dan Yahoo Mail amat faymes ketika tu) beserta SMS biasa. 
Hari ini dalam Februari 2022 kami sudah pasti hampir semua pengguna handphone dan pengguna smartphone amat jarang sekali send sms.
Asal sebut blog teknologi bahasa Melayu, pasti Amanz.my yang akan muncul di fikiran. Dalam tahun 2022 kandungan blog teknologi Amanz bukan hanya sekadar imej dan teks sahaja tapi banyak berbentuk video review, ulasan, perbandingan serta rangkuman berita-berita teknologi terkini.
Team penulis blog Amanz juga bekerjasama dengan Majalah PC terbitan Karangkraf yang mana Amanz bertindak sebagai penulis serta pencipta kandungan bagi majalah ikonik itu. Kalau beli Majalah PC anda akan lihat sendiri nama-nama penulis blog Amanz.my ada di situ.
Sehingga ke bulan Februari 2022 blog teknologi Amanz mendapat 261,508 Likes di Facebook beserta 290,861 Followers di Facebook page mereka. Kalau tengok ke Instagram pula blog Amanz ada 24.8k followers
Untuk memberi komen di artikel-artikel di blog Amanz.my anda perlulah mendaftar menjadi user di portal Amanz.my. Tujuan penggunaan sistem membership di ruang komen sebegini adalah untuk mengawal spam dan memudahkan penulis artikel mengawal komen-komen yang ada.
Penulis artikel di blog Amanz.my ada 4 orang iaitu Firdaus Hassan, Nazrin Zain, Fahim Zahar, Amy Maizura, juga Effi Saharudin
Kandungan artikel teknologi di blog Amanz.my senang di baca kerana Amanz.my menggunakan font saiz besar (saiz 16-18) serta menggunakan one page layout untuk menjadikan reading experience menjadi selesa. Tak ada gangguan sidebar di kiri dan kanan artikel.
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 2 - WiserBlog teknologi Wiser
Selain Amanz kami di iAwani turut suka membaca blog teknologi Wiser. Blog teknologi Wiser dimulakan pada pertengahan tahun 2016 ketika kami di di iAwani masih bekerja sebagai Webmaster sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan tempatan. 
Perkataan Wiser tu pada padangan kami berasal dari perkataan "wise" iaitu perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud bijak. Jadi apabil sebut "wiser" ia membawa maksud "lebih bijak".
Boleh dikatakan Wiser merupakan sebuah blog teknologi baharu yang dimulakan dengan big budget kerana boleh mencapai jumlah readers dan subscribers dalam masa yang singkat menggunakan Facebook page mereka.
Kalau tengok kat Facebook, blog teknologi Wiser mempunyai 232,336 Likes dan 322,058 Followers. Bagi kami jumlah itu agak strong. Lebih kurang setanding dengan blog teknologi Amanz.my yang merupakan otai dalam arena blog teknologi.
Wiser mempunyai 24,000 followers di Twitter beserta 47,500 followers di Instagram. 
Dari pengamatan kami kandungan Wiser.my dan kandungan blog Amanz.my hampir lebih kurang sama iaitu kandungan berbentuk berita teknologi, berbentuk review juga panduan-panduan "how to". Selama kami rajin baca kedua-duanya apa yang kedua-duanya terbitkan hampir sama cuma dalam gaya penulisan berbeza.
Lebih kurang macam laman web berita mainstream iaitu Harian Metro vs Sinar Harian vs Utusan Malaysia vs Astro Awani. Masing-masing menerbitkan kandungan berita yang hampir sama tapi cuma gaya penyampaian, olahan dan masa menerbitkan kandungan yang berbeza.
Blog teknologi Wiser juga bukan hanya sekadar memaparkan kandungan teknologi dalam bentuk artikel, teks, gambar bahkan turut memaparkan kandungan dalam bentuk video informatif di YouTube channel mereka.
Blog teknologi Wiser turut menggunakan sistem membership di laman blog mereka menyamai langkah di gunakan oleh blog teknologi Amanaz. Kalau nak taip komen kenalah register dulu jadi user di blog Wiser.my. Blog Wiser tidak menggunakan sistem komen tradisional sepertimana di blog-blog lain.
Blog teknologi Wiser mempunyai paparan dark mode. Selain itu blog teknologi Wiser menampilkan 3 kolum kandungan di laman utama blog mereka iaitu ruang Feeds (untuk memaparkan komen-komen dan perbincangan di kalangan peminat-peminat blog Wiser), ruang Artikel untuk pengunjung membaca artike-artikel terkini di blog teknologi Wiser kemudian ada laman khas untuk ruang Video.
Kandungan terkini blog teknologi Wiser banyak di hasilkan oleh "ariffmac" , "amsyar" , "meoflaxz", "aminuddin" dan "mohdfaiz9861". Er.. masing-masing tidak mendedahkan nama sebenar. Hanya moniker username masing-masing sahaja.
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 3 - Soya Cincau BMBlog teknologi Soya Cincau BM

SoyaCincau.com merupakan blog teknologi popular di ruang internet Malaysia. Kami di iAwani mula menjumpai SoyaCincau.com sekitar Januari 2008. 
Ketika dalam tahun 2008 tu Soya Cincau menerbitkan artikel blog dalam Bahasa Inggeris. Mereka memanggil diri mereka sebagai "telco blog". Kandungan SoyaCincau.com ketika itu hampir lebih kurang sama dengan MalaysianWireless.com yang juga banyak menulis mengenai perkembangan dunia telekomunikasi di Malaysia yang menerbitkan kandungan dalam Bahasa Inggeris.
Slogan utama blog teknologi SoyaCincau adalah "Alternative Views of the Local Mobile Scene and Then Everything Else - Maybe". Laman blog teknologi SoyaCincau di mulakan oleh dua orang sahabat baik yang merupakan bekas kakitangan U Mobile.
Kandungan blog teknologi SoyaCincau pada masa itu menumpu kepada telekomunikasi dengan menampilkan berita perkembangan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia, dan berita mengenai produk-produk postpaid dan prepaid dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia. 
Hasil dari populariti blog teknologi SoyaCincau, team editorial mereka telah 'membesar' lalu bercabang menjadi dua lagi blog teknologi baharu iaitu Soya Cincau BM dan Soya Cincau SoyaCincau Cina. 
Kini dalam bulan Februari 2022 blog teknologi SoyaCincau.com, blog teknologi Soya Cincau BM dan blog teknologi Soya Cincau Cina diletakkan di bawah rangkaian Media Works Sdn Bhd
Kandungan utama blog teknologi Soya Cincau BM adalah berita-berita teknologi, berita perkomputeran, review produk-produk gajet, tips & tricks, perkembangan industri telekomunikasi mudah alih di Malaysia serta panduan langkah-demi-langkah berbentuk "how to".
Artikel-artikel teknologi yang diterbitkan di Soya Cincau BM banyak di hasilkan oleh Fatin Amanina, Najib dan Hafiz Azrai. Facebook page Soya Cincau BM mendapat 30,960 Likes dan kini mempunyai 49,404 Followers.
Kalau di Instagram blog teknologi Soya Cincau BM mempunyai 2108 followers. 
Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia 4 - iAwaniiAwani merupakan jenama blog teknologi dalam Bahasa Melayu yang popular sekitar tahun 2012. Itulah sejarah blog iAwani iaitu blog teknologi yang anda sedang baca pada saat ini

Masa tu kami ingat lagi populariti iAwan cepat naik dan cepat dapat page view naik mendadak hingga 6-7 ribu sehari walau masih baru kerana kandungan artikel iAwani banyak di 'sedut' oleh laman-laman aggregator seperti Kartikel.com, Blogged.my, Blogr.my juga PingBusuk.com

Hari ini blog aggregator popular satu ketika dulu seperti Kartikel, Petaling Street, Blor.my sudah di padam dan sudah tidak beroperasi. Yang ada hanyalah Apesal.com dan Blogged.my. Aggreagator PingBusuk.com telah di tukar menjadi Babab.net tapi kandungannya masih serupa macam dulu bahkan layout website mereka juga masih sama

Ada beberapa orang followers iAwani yang rajin share artikel-artikel dari blog iAwani ke group-group Facebook. Dari situ ramai pengguna Facebook yang mula menyukai kandungan iAwani. Kesan dari itu juga jenama iAwani mula dikenali ramai

Masa tu iAwani berdiri menggunakan platforom blogging dibina menggunakan Wordpress kemudian menggunakan hosting dari SempoiHosting.com. 
Laman blog iAwani yang anda baca sekarang ni di platform Blogspot di buka pada Julai 2012 untuk jadi blog sementara ketika blog utama iAwani yang berdiri di atas domain iAwani.com jadi down sekejap akibat incoming traffic yang naik mendadak. 
Akhirnya dalam bulan April 2014 laman blog iAwani di beli oleh seseorang individu yang tidak mahu identitinya didedahkan di sini dalam jumlah yang tidak mahu diberitahu. 
Tujuan penjualan adalah untuk meneruskan 'tumbesaran' iAwani sebagai sebuah blog teknologi dengan berjanji akan mengambil beberapa penulis sepenuh masa. Team iAwani masa tu kekurangan dana untuk menampung 'tumbesaran' blog

Tapi akhirnya selepas proses pembelian di sempurnakan dalam beberapa hari kemudian kami dapati laman blog teknologi iAwani.com telah di tukar menjadi sebuah laman portfolio untuk seorang jurugambar professional. Kesemua artikel-artikel lama iAwani telah di padam - deleted in 1 single click. Sedih oo.

Hari ini dalam tahun 2022 kami di iAwani terus menulis artikel teknologi di sini di pacu oleh passion dan minat mendalam terhadap perkembangan teknologi di sekeliling kita

Ada orang minat motor sampai berabis tulis pasa motor di blog. Ada orang minat memasak sampai berhabis menulis pasal masakan di blognya. Ada orang minat teknologi sampai berhabis menulis pasal teknologi di blognya

Begitulah kami. Kalau di belakang tabir kami bukan sahaja peminat teknologi bahkan bekerja sepenuh masa dalam dunia teknologi memfokus kepada internet dan penghasilan kandungan digital. Internet adalah tempat kami cari makan sebagai kakitangan swasta memfokus kepada internet juga media sosial

Kalau dari segi followers di media sosial, followers iAwani dah tak ada kot rasanya. So kena start semula dari kosong macam dulu sekitar November 2011 ketika kami memutuskan untuk menjadikan iAwani sebagai sebuah blog teknologi rentetan dari minat dan passion terhadap teknologi maklumat

Buat anda yang membaca artikel ini terima kasih kami ucapkan kerana masuk ke blog iAwani untuk membaca apa yang kami tulis di sini. Segalanya kami taip terus dari hati. Dari seorang peminat teknologi untuk peminat teknologi yang lain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iawani.blogspot.com/2022/02/blog-teknologi-melayu-malaysia-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Cerita Pendek Bahasa Melayu

Koleksi Cerita Pendek Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 761 hits
Himpunan cerita pendek atau cerpen bahasa melayu yang sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran atau rujukan untuk buku nilam Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa koleksi cerita pendek yang mungkin a...
Beri Mandat Pbt Memperjuangkan Bahasa Melayu

Beri Mandat Pbt Memperjuangkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 207 hits
ISU penggunaan bahasa Inggeris kembali hangat diperkatakan selepas penggunaan nama Inggeris di taman perumahan mendapat perhatian masyarakat Antaranya Bandar Springhill Taman Lavender Heights di Seremban Perkara sama juga banyak berlaku di ...
Muka Cina Vide0 Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

Muka Cina Vide0 Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 493 hits
Sebagai rakyat Malaysia salah satu perkara yang membuatkan kita tersenyum adalah melihat sesuatu kaum itu dapat menguasai bahasa bangsa lain Seperti dalam satu video di TikTok ini jika diperhatikan sekali pandang macam bangsa Cina tetapi bi...
Premier Tu Apa Ye Dalam Bahasa Melayu

Premier Tu Apa Ye Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 211 hits
Mohsin Abdullah February 17 2022 Kawan kawan kita dari Sarawak dan Sabah sudah lama terguris perasaan Mereka rasa Sarawak dan Sabah dianaktirikan orang Malaya khususnya kerajaan pusat yang dikuasai orang Malaya nama yang diberi kepada pengh...
Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 237 hits
Putrajaya Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Along kini semakin licik apabila menggunakan nama wanita Melayu bagi memerangkap peminjam terdesak melalui skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menerusi kenyataan media hari ini Persatuan ...
Latar Belakang Blog Teknologi Iawani

Latar Belakang Blog Teknologi Iawani

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 199 hits
Blog iAwani sekitar Feb 2012Latar Belakang Blog Teknologi iAwani Dalam artikel kali ini kami akan bercerita serba sedikit mengenai latar belakang iAwani Sebenarnya iAwani telah di mulakan secara bersendirian oleh pemiliknya saudara Shukry A...
Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum Pertanyaan yang kerap Fiza dapat bila publish artikel di FB Macam mana nak jadi blogger Macam mana nak buat blog Sebenarnya nak buat blog itu senang tapi nak maintain menulis di blog itu yang agak sukar dan kalau boleh janga...
Analisis Gelombang Elliott Eur Jpy Untuk 7 Februari 2022

Analisis Gelombang Elliott Eur Jpy Untuk 7 Februari 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 219 hits
EUR JPY telah melakukan pergerakan melepasi tahap tertinggi sebelum ini pada 131 58 Ia berkemungkinan meningkat lebih tinggi kepada sasaran jangka panjang kami berhampiran 135 04 dan mungkin lebih dekat dengan sasaran lanjutan pada 139 39 T...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year