Beri Kerakyatan Pintu Belakang Tahniah Pas Bongkar Terus
Kedaulatan: Jangan beri kerakyatan pintu belakangPARTI Islam Semalaysia (PAS) memandang serius terhadap beberapa tindakan berkaitan isu kewarganegaraan yang dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Lanang, Alice Lau.
Kronologi pendedahan beliau adalah seperti berikut:
23 Julai 2018, dengan bangganya beliau mempertontonkan timbunan permohonan kewarganegaraan dari Sibu dan mengaku menguruskannya bagi pihak DAP.18 Julai 2019, beliau umumkan penubuhan 'Backbenchers Citizenship Committee' dianggotai 10 Ahli Parlimen DAP yang tiada seorang pun daripada kaum Melayu dan Islam22 Julai 2019, beliau dedahkan 'pertemuan tertutup' bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan isu kewarganegaraan.Sejak ditubuhkan pada 1951 hingga sekarang, PAS sentiasa komited dan memandang serius isu kewarganegaraan Malaysia sebagaimana ketetapan Muktamar Tahunan PAS pada 1955 dan 1956.Pendedahan berkenaan perbincangan mengenai isu-isu kerakyatan ini disertai sama Lim Guan Eng, M Kulasegaran, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching dan Dato' Ngeh Koo Ham yang masing-masing juga Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet kecuali Ngeh.
Soalnya, jika tiada agenda tersembunyi, kenapa hanya pemimpin DAP?
Hal tersebut semenangnya meragukan, kerana agenda ini sewajarnya dibincangkan terbuka dengan dianggotai oleh semua kaum.Pendedahan yang dibuat ini menggambarkan seolah-olah wujud satu cubaan oleh pihak DAP untuk memberikan kerakyatan melalui proses yang membelakangkan undang-undang negara dan bersifat terpilih. Ini menimbulkan kebimbangan betapa hak rakyat negara ini terancam oleh pemberian kerakyatan secara rundingan tertutup dan bersifat terpilih ini.PAS, bahkan mungkin banyak pihak lain tentunya merasa sangsi dengan perkembangan ini dan penjelasan segera perlu diberikan kerana ia melibatkan masa depan dan kedaulatan negara.Maka dengan ini PAS menuntut supaya:Kementerian Kementerian Dalam Negeri mendedahkan sepenuhnya butiran perbincangan kerana ia sewajarnya dibuat secara terbuka melibatkan kepentingan semua rakyat Malaysia.Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri bertegas terhadap tuntutan ini dan menolak sebarang tuntutan yang membelakangkan peraturan negara.Diadakan satu jawatankuasa untuk menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas sekiranya terhadap satu usaha kotor oleh mana-mana pihak dalam memberikan kerakyatan melalui saluran dan proses yang melanggar peraturan Negara. KAMARUZAMAN MOHAMADKetua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 25/7/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi Kedaulatan negara, jangan biarkan ada yang main pintu belakang, bongkar terus!
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/beri-kerakyatan-pintu-belakang-tahniah.html