Pru15 Undi Pas Umno Mampu Raih 138 Kerusi


KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 14 JULY 2019

KUALA NERUS:  Kajian yang dilakukan jika berlaku gabung undi yang diperolehi oleh PAS dan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, keputusannya gabungan itu akan memperolehi 138 kerusi parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, atas asas itulah kerjasama PAS-Umno akan menguntungkan kedua-dua pihak.

Katanya, kerjasama taawun siyasi antara PAS dengan Umno itu sampai kepada peringkat persetujuan bersama sebagai pakatan pembangkang.

“Dalam masa terdekat ini, kita juga akan istihar Piagam Muafakat Nasional. Buat masa ini saya tidak boleh sebut lagi bila, sebab masih ada perbincangan.

“Kajian yang kita buat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, menunjukkan bahawa sekiranya bergabung undi antara dua parti (PAS-Umno), maka kita boleh mendapat sebanyak 138 kerusi parlimen.

“Cukup dengan ambil undi PAS dan Umno yang ada sekarang untuk kita memenangi 138 kerusi parlimen. Dan hendak tubuh kerajaan kita hanya perlu kepada 112 kerusi parlimen.

“Paling sedikit pun 125 kerusi parlimen ‘confirm’, jika kita campur dengan undi yang ada sekarang. Tengok pula dengan undi yang Pakatan Harapan (PH) menang hanya bezanya sekitar 1,000 undi ke bawah, kita boleh tambah lagi hingga 138 kerusi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis Dialog Rakyat Parlimen Kuala Nerus anjuran Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, di Dewan Sivik, TP Gong Badak 3, kelmarin. (Foto atas)

Menurutnya, kajian itu cukup membimbangkan kerajaan PH hari ini yang menyebabkan cadangan umur mengundi seawal usia 18 tahun.

“Itu yang PH takut, menyebabkan dia cadang umur 18 tahun boleh mengundi. Dia (PH) harap boleh bertambah undi anak-anak muda kepadanya.

“Kajian yang kita buat hari ini, semua segmen pengundi sama ada anak muda, orang pertengahan, orang tua, kumpulan ahli elit atau ahli perniagaan, tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan,” tegasnya.

Justeru, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, apa yang perlu PAS dan Umno lakukan hanya mengekalkan sokongan pengundi masing-masing.

“PAS jaga undi orang PAS. Umno jaga undi orang Umno supaya tidak lari kepada parti lain. Sebab, kerjasama PAS-Umno itu menguntungkan kedua-dua parti.

“Tak perlu fikir sangat hendak ambil undi orang PH. Cukup jaga undi orang Umno yang ada sekarang, cukup jaga undi orang PAS, kita sudah boleh perintah Malaysia selepas PRU15, insya-Allah,” jelasnya.

Menurutnya, kerjasama itu juga membolehkan PAS memerintah Terengganu, Kelantan dan Kedah manakala, Perlis, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak secara bersama PAS-Umno. 
– HARAKAHDAILY 14/7/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/pru15-undi-pas-umno-mampu-raih-138.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Mampu Rampas Lebih 30 Kerusi Parlimen Ahmad Maslan

Kerjasama Umno Pas Mampu Rampas Lebih 30 Kerusi Parlimen Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 281 hits
SABAK BERNAM Kerjasama UMNO dan Pas diyakini mampu menawan Putrajaya memandangkan lebih 30 kerusi Parlimen dimenangi Pakatan Harapan pada PRU14 lalu mampu ditawan semula gabungan berkenaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ...
30 Kerusi Umno Pas Ancam Ph

30 Kerusi Umno Pas Ancam Ph

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 564 hits
TUMPANG gemar menggodek godek sejarah masa lalu Bila sejarah silam diadunkan dengan masa kini banyak teladan dan iktibar singgah di benak fikiran lubuk hati Kerajaan campur an Pas Perikatan yang ber jaya dimeterai pada 1974 merupakan cetusa...
Ahmad Zahid Mampu Perkuat Umno Pas

Ahmad Zahid Mampu Perkuat Umno Pas

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 340 hits
KOTA BHARU UMNO Kelantan yakin pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas sebagai presiden parti itu akan memperkukuhkan gerak kerja penyatuan antara UMNO dan Pas Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputu...
Umno Yakin Mampu Menang Pada Pru15

Umno Yakin Mampu Menang Pada Pru15

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 269 hits
KOTA TINGGI UMNO yakin mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 15 sekali gus menumbangkan kerajaan sedia ada dengan tiga faktor Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata faktor pertama adalah disebabkan rakyat ti...
Pas Umno Tubuh Kerajaan Pru15

Pas Umno Tubuh Kerajaan Pru15

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 276 hits
Momentum politik beri gambaran rakyat mahu perubahan dalam negaraBANGI PAS hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan Setiausaha Agung PAS Dat...
Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 515 hits
Politik Melayu berpecah bila Dr M tubuh Bersatu jalin kerjasama DAP BANGI UMNO dan PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang bukan sahaja menjadi tsunami menelan Bersatu tetapi juga Pakatan Harapan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mo...
Persamaan Perjuangan Umno Pas Yakinkan Rakyat

Persamaan Perjuangan Umno Pas Yakinkan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 407 hits
Persamaan dalam aspek perjuangan yang dibawakan antara UMNO dan Pas menerusi bentuk kerjasama gerakan Perpaduan Ummah bukan sahaja mampu menarik sokongan orang Melayu malah turut diyakini banyak pihak Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Mala...
Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 343 hits
Mujahid semasa majlis perasmian mesyuarat tahunan AMANAH kawasan Permatang Pauh pada Ahad Parti Amanah Negara meempersoalkan matlamat gabungan Pas dan Umno yang sebenarnya sama ada untuk membela nasib rakyat ataupun hanya semata mata bertuj...
Kalau Pas Umno Pru14 Lalu Sudah Perintah M Sia Tunggu Apa Lagi Sekarang

Kalau Pas Umno Pru14 Lalu Sudah Perintah M Sia Tunggu Apa Lagi Sekarang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 353 hits
PRU15 Undi PAS Umno mampu raih 138 kerusiKUALA NERUS Kajian yang dilakukan jika berlaku gabung undi yang diperolehi oleh PAS dan Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu keputusannya gabungan itu akan memperolehi 138 kerusi parlimen Malaysia ...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini