Berhentilah Dari Membeli Android Tv Box Yang Salah



Android TV Box dan Android Box, adalah dua kategori peranti penstriman yang berbeza ya. Janganlah lagi ‘tersilap’ dalam membeli, kerana walaupun atas kertas spesifikasinya nampak gah, tapi bila digunakan tak ubah seperti produk ‘knocked off’.
Ia boleh diibaratkan seperti Stock Android vs Custom Skin. Ada custom skin yang bagus, tetapi banyak yang bak kata orang Kodiang, ‘ceroi’.
Sebagai contoh, kini banyak Android Box yang menawarkan spesifikasi segalanya besar. RAM besar, storan besar, pemproses berkuasa (besar), dan sebagainya lagi.
Android Box tersebut menawarkan kebolehan untuk memainkan video dengan resolusi 4K, kerana atas kertas sememangnya pemproses yang digunakan lebih dari mampu untuk melakukannya.
TETAPI,
Apabila dimainkan Netflix, hanya dapat resolusi sub-HD atau maksimum 540p sahaja. Kenapa? Di mana silapnya?
Buat anda yang memang tak pernah ambil kisah perkara ini, post perkongsian ini bukan untuk anda. Anda boleh teruskan menikmati box anda itu.
Tetapi untuk jenis perfectionist, atau ringkasnya memilih Android TV Box yang optimum, maka pilihlah;
Box yang menjalankan Android TV (Android TV Box).

Android TV ialah OS Android yang dioptimumkan untuk penggunaan televisyen, sesuai dengan namanya.
Paparan antaramuka Android TV beserta aplikasi yang dicipta untuknya seperti Netflix, Hulu, YouTube, Amazon Prime, dan sebagainya lagi adalah disesuaikan dengan navigasi pada butang alat kawalan jauh, agar pengguna tidak perlu menggunakan anak panah cursor untuk mengawal fungsi aplikasi.
Kewujudan cursor pada kebanyakan ‘custom launcher’ Android Box di luar sana adalah untuk menyesuaikan paparannya yang tidak dioptimumkan untuk televisyen. Jika anda tidak percaya, carilah mana-mana peranti dengan Android TV dan buat navigasi. Anda akan dapat lihat betapa mudahnya hendak buka aplikasi dan mainkan video berbanding peranti Android Box.
Anda boleh rujuk laman ini untuk senarai peranti yang menggunakan Android TV sebagai sistem operasi: Android TV Guide.
Itulah perbezaan paling ketara sebenarnya antara Android Box dan Android TV Box.
Secara asasnya ia adalah peranti dari jenis yang sama dengan spesifikasi berbeza, cuma sistem operasi yang dijalankan di sebalik tabir adalah yang membezakan antara keduanya.

Berikut adalah contoh paparan launcher yang disertakan dalam Android Box dari jenama tertentu (tak perlu saya nyatakan nama atau jenamanya. Anda boleh cari, lihat, dan fahamkan sendiri).



Untuk lain-lain ciri, anda masih boleh mengikuti 12 Tips Memilih Android Box [2019].
Jadi, apa yang biasanya dijalankan oleh Android Box berbanding ‘Android TV Box’?
Sistem operasi yang digunakan adalah Android dan ROM pula boleh terdiri dari derivatif seperti Fire OS untuk Amazon Fire TV Stick/Fire TV Stick 4K, dan stock Android untuk lain-lain peranti.
Bagi Fire OS, ia juga seperti Android TV, di mana ia telah dicipta dan dioptimumkan untuk penggunaan navigasi pada skrin. Ia memudahkan pengguna tanpa perlunya alat kawalan jauh yang kompleks.
Bagi yang menjalankan stock Android pula, ia sama sahaja seperti apa yang terdapat pada telefon mahupun tablet. Sistem tersebut tidak optimum bagi penggunaan pada skrin, oleh itu navigasi menjadi rumit dengan terpaksanya diwujudkan cursor untuk menampung kekurangan tersebut.
Kenapa perlunya untuk kita memilih dengan baik?
Ini adalah kerana kebanyakan Android Box versi ‘umum’ yang menjalankan stock Android dengan launcher tersendiri ini biasanya tidak mempunyai pensijilan dari Google.
Akibat dari ini, tidak kiralah jika spesifikasinya seperti lelaki baru lepas makan Tongkat Ali, nampak gagah dan perkasa tetapi apabila dibuka sahaja Netflix, resolusi paling tinggi boleh dimainkan hanyalah 480-540p sahaja.
Selain itu, kerana aplikasinya adalah seperti kita menjalankan ia pada telefon pintar, maka nagivasi menggunakan alat kawalan jauh adalah sangat tidak optimal. Ia jadi leceh dan kadangkala tidak berfungsi seperti sepatutnya.
Saya tahu perkara ini, kerana saya juga pernah menggunakan Android Box bajet iaitu Tanix TX3 Mini yang telah pun saya naik taraf firmware kepada versi terbaru baru-baru ini. Malangnya navigasi masih lagi ‘sakit’ dan tidak menyenangkan.
Ia murah dan menyeronokkan bagi pengguna baru, namun untuk yang sudah lama ‘berkecimpung’ menggunakan Android Box, ia menyakitkan dan perlu ditamatkan riwayat dengan segala hormatnya.
Tidak lupa juga, Android Box umum seperti ini sukar dan jarang mendapat kemas kini penting.
Ambil contoh Mi Box S yang telah dilancar pada tahun 2018, hingga kini ia masih menerima kemas kini dan terbaru, ia mendapat Android TV OS versi Android 9.
Ini penting, kerana selain tampalan sekuriti/keselamatan, pembaikan ralat juga perlu diambil kira. Sistem operasi tidak akan dapat lari dari hal ini, dan sekiranya tiada kemas kini, anda akan tersekat di skala 6 Android versi lama.

Oleh itu, sebenarnya Android Box umum tersebut lebih sesuai untuk siapa?
1. Ia sesuai jika anda dari jenis yang tidak menonton kandungan premium servis penstriman seperti Netflix, Hulu, Amazon, dan sebagainya lagi.
2. Ia sesuai, untuk golongan yang ingin memasang beratus apk penstriman lanun kerana biasanya Android Box umum akan disertakan dengan storan dalaman yang boleh menyimpan filem-filem selama 7 keturunan.
3. Ia adalah untuk mereka yang merancang bermain pelbagai permainan di televisyen dengan menjadikan Android Box sebagai konsol bajet, pengganti PS4 dan Xbox.
Apa pun pilihan anda, selamat memilih dan selamat menonton.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/berhentilah-dari-membeli-android-tv-box-yang-salah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unifi Plus Box Kini Ditawarkan Oleh Tm Hadir Bersama Android Tv

Unifi Plus Box Kini Ditawarkan Oleh Tm Hadir Bersama Android Tv

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 896 hits
Telekom Malaysia hari ini telah mula menawarkan kotak multimedia mereka yang terbaru iaitu Unifi Plus Box Unifi Plus Box boleh dihubungkan ke kaca televisyen dan seterusnya pengguna boleh menikmati kandungan daripada Unifi TV dengan mudah p...
Unifi Plus Box Hadir Dengan Android Tv Sokongan Video 4k Dan Hdr

Unifi Plus Box Hadir Dengan Android Tv Sokongan Video 4k Dan Hdr

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 499 hits
Unifi Khabar Baik Info dari pembaca omghackers com dan penjual set top box Unifi dah mula hendak menyahut kempen Cut The Cord dengan menawarkan peranti Android TV Box Harga bulanan yang ditawarkan bersama peranti nampaknya boleh menyebabkan...
Saya Berada Di Tempat Pada Masa Yang Salah

Saya Berada Di Tempat Pada Masa Yang Salah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 345 hits
Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah kata Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah berhubung dakwaan beliau antara ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di sini semalam Loading Menurut Adhif be...
Penduduk Sg Buloh Dakwa Polis Salah Tahan Orang Kampung Peras Ugut Sehingga Rm27 000

Penduduk Sg Buloh Dakwa Polis Salah Tahan Orang Kampung Peras Ugut Sehingga Rm27 000

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM Seorang wakil penduduk Sungai Buloh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa polis menahan anak muda di kampungnya untuk memeras ugut keluarga mereka Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Iwan 50 me...
Agama Hanya Hak Peribadi Pandangan Salah

Agama Hanya Hak Peribadi Pandangan Salah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 224 hits
oleh Muhammad Arif IsmailKOTA BHARU Pandangan yang mengatakan urusan peribadi merupakan hak masing masing yang tidak diurus kerajaan merupakan pandangan salah Menteri Besar Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pandangan seperti itu ...
Kurang Bukti Kes Salah Laku Seks Agc Tidak Akan Dakwa Anwar

Kurang Bukti Kes Salah Laku Seks Agc Tidak Akan Dakwa Anwar

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 345 hits
BERITAJabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther kerana kekurangan bukti Dalam satu kenyataan hari ini Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek berkata terdap...
Kementerian Bumn Benarkan Asabri Rugi Akibat Salah Tempatkan Saham

Kementerian Bumn Benarkan Asabri Rugi Akibat Salah Tempatkan Saham

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 202 hits
Wakil Menteri Badan Usaha Milik Negara Kartika Wirjoatmodjo membenarkan bahwa PT Asuransi Sosial Angkatan Bersenjata Republik Indonesia atau Asabri alami kerugian akibat salah menempatkan investasi di 14 emiten yang sahamnya anjlok
Ahli Lembaga Pengarah Mengaku Tak Salah Guna Dana Yayasan Beli Cerut

Ahli Lembaga Pengarah Mengaku Tak Salah Guna Dana Yayasan Beli Cerut

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 317 hits
Seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pengurusan Ilmu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan dana yayasan itu berjumlah lebih RM170 000 Tertuduh Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff...
Ubah Undang Undang P Raya Bendung Salah Guna Kuasa Sumber Bersih

Ubah Undang Undang P Raya Bendung Salah Guna Kuasa Sumber Bersih

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 285 hits
KOW GAH CHIE PRK KIMANIS NGO reformasi pilihan raya Bersih mengulangi gesaan pembaharuan undang undang dalam menangani kesalahan pilihan raya Undang undang pilihan raya ketika ini tidak mencukupi untuk melindungi salah guna sumber dan kuasa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner