Berhenti Menjadi Anai Anai Dalam Kerajaan


 SESUDAH SUBUH

Don Daniyal jadi isuBAGI pengkagum Perdana Menteri ke-10, dan penyokong kerajaan Madani akan marah dan "murih" kalau mendengar orang mengkritik Anwar Ibrahim dan kelemahan kerajaannya. Mereka akan tersinggung dan sedih dengan apa dilemparkan itu, dimana seolah-olah tiada satu pun kebaikan dan kelebihan pada Anwar dan kerajaannya.Anwar lemah, tak reti tadbir, retorik, bergerak sendiri, autokrasi dan sebagainya, adalah butiran ratib dan zikir pagi petang untuk memburuk dan memperlecehkan Anwar dan kerajaan Perpaduan. Jantung kita yang menyokong Anwar akan berdegup kencang setiap kali mendengar "belebelan" itu.
Bila berhadapan dengan kumpulan penyerang itu di mana-mana saja; kedai mamak, lobi hotel atau pasar dan sebagainya, kita tidak boleh berbuat apa-apa, selain mendengar dan menahan marah dalam dada. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, kita hanya diam kemudian berundur secara senyap, pulang untuk membela Anwar dan kerajaan dalam medsos.
Bukan setakat itu saja, apabila buka medsos, Tiktok, Instagram, Facebooks, Telegram dan X, bertaburan pula maki hamun, sindiran dan perlecehan kepada Anwar yang terpandang, terbaca dan tertonton, keadaannya seperti kita terkepung dengan ribut dan taufan kebencian kepada perdana menteri dan kerajaan. Dahsyat mahal dahsyat. 
Saya mengalami situasi itu dan dapat merasai kemarahan dan sunggutan itu di mana-mana sahaja. Kalau 10 kumpulan yang saya temui, kesemuanya akan membicarakan ketidakpuasan hati mereka dan marah serta mencemuh Anwar. Jika berjumpa dengan mereka di tempat-tempat awam, perlahan-lahan kita menyisihkan diri kerana tidak tergamak mendengar mereka burukkan Anwar dan kerajaan. 
Anwar sendiri mengakui akan fenomena ini, bahawa dia dimaki berbakul-bakul oleh penyerangnya tanpa sebab dan alasan logik, apabila setiap kali dia mengumumkan dasar atau polisi baru kerajaan. 
Kepada pengkritik, kita tidak tahu lagi pemimpin macam mana yang mereka mahukan untuk jadi PM negara ini? Apakah Anwar tidak ada secebis kebaikan dan kelebihan berbanding dengan PM sebelum ini? Apakah selama setahun enam bulan beliau jadi PM tidak pernah dan ada membawa apa-apa perubahan dan islah demi kebaikan untuk rakyat dan negara?
Anggapan demikian sesungguh melampau dan kejam. Namun secara rasionalnya, tidak dinafikan ada sedikit sebanyak kelemahan Anwar dan kerajaan yang mengundang masalah, itu perkara biasa. PM sebelum ini pun menghadapi masalah sama, diserang para pengkritiknya, cuma bezanya ia tidak seteruk apa dihadapi Anwar kini.
Situasi ini terjadi, mungkin kerana Anwar mengambil masa terlalu lama untuk jadi perdana menteri, secara nisabahnya, lebih suku abad menyebabkan beliau ada banyak musuh. Atau ketika orang sudah berfikir beliau tidak akan berjaya jadi PM selagi setelah segala usaha menghalangnya dilakukan. Kalau musuh itu datang atau jelma daripada bekas-bekas PM sebelum ini, bermakna beliau ada lima kumpulan musuh. Dari kumpulan Dr. Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
Justeru tidak aneh kalau Anwar mempunyai ramai musuh kerana ia terbentuk daripada bekas-bekas perdana menteri itu. Paling jelas dan nyata ialah, daripada dua kumpulan utama; Mahathir Mohamad dan Mahiaddin Yassin kerana mereka berdua masih menjadi ketua kumpula menyerang Anwar. Kumpulan inilah yang masih aktif melakukan serangan dan memperlecehkan kepimpinan Anwar. Mereka pula disokong penuh oleh bekas sahabat Anwar sendiri Abdul Hadi Awang. 
Walaupun Najib Razak, Abdullah Badawi dan Ismail Sabri Yaakob masih ada, tetapi mereka tidak aktif. Apakah kalau Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Razak Huseein dan Hussein Onn ditakdir masih hidup mereka juga membentuk kumpulan penyerang hendap ke atas Anwar?
Secara jujurnya, kedudukan Anwar sebagai perdana menteri hari ini bukan sahaja diganggu oleh bekas-bekas perdana menteri itu, khasnya Mahathir dan Mahiaddin. Keadaan itu sudah menjadi satu hal yang tidak pelik lagi, kerana semasa mereka menjadi PM, Anwar menyerang dan mengkritik mereka sehabis-habisanya. Misalnya Mahathir Mohamad, Mahiaddin Yassin atau Ismail Sabri Yaakob jatuh atau hilang kuasa kerana henjutan politik daripada Anwar Ibrahim.
Akibat itu, mereka berdendam dan marahkan Anwar, maka wajar kalau mereka bertindak menyerang Anwar untuk membalas dendam. Perkara itu tidak menghairankan dan merupakan tabii dalam politik moden. 
Bagaimana pun disamping mempunyai musuh semulajadi itu, Anwar ada masalah lain yang perlu dihadapinya angkara diri sendiri, atau (masalah) itu terbentuk daripada dari dalam kerajaan sendiri. Di samping dia didakwa gagal dan lemah kerana begitu hebat serangan musuhnya, tetapi kelemahan yang tampak kepada kerajaan Madani kerana kelemahan dipihak kerajaan itu sendiri. Dalam erti kata lain, yang membentuk dan menjadikan Anwar dan kerajaan lemah, kerana diri sendiri.
Di sini saya menyebut beberapa tindakan atau pendekatan diambil atau berlaku yang menyebabkan kerajaan Madani dilihat lemah, kurang mantap serta menganggu perjalanannya. Rasanya contoh yang disebut ini semua orang mengerti dan dapat menyetujui. 
Kelemahan yang nyata, kerajaan gagal menguruskan perjalanan kerajaan khususnya dalam menyelaraskan maklumat kepada umum dimana sering kali berlaku percanggahan sesama sendiri dan meralat. Ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan bercanggah di antara satu sama lain, sedangkan berada dalam satu agensi atau kementerian. Ekoran ini menyebabkan orang nampak kerajaan Madani atau Anwar gagal mendisiplinkan kaki tangan atau pendokong kerajaanya.
Saya ambil dua tiga contoh yang hampir atau berlaku jelas dihadapan kita. Misalnya terbaru ialah mengenai tindakan disiplin ke atas, penceramah seleberiti Don Daniyal Don Biyajid. Mulanya penceramah itu dihentikan daripada mengendalikan satu program Salam Baitullah di RTM kerana dikatakan ia melanggar disiplin ditetapkan apabila memetik dalil-dalil daripada hadith palsu. 
Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman mengumumkan Don Daniyal direhatkan dari mengelolakan rancangan itu serta merta. Tindakan itu tampak tegas dan mengejutkan sehingga dilihat serius kerana ia dibuat tanpa memberi amaran. Tetapi selepas tidak sampai 72 jam, larangan itu ditarik balik kononnya setelah perkara itu dibawa ke pihak berautoriti dalam bidang agama. Pendakwah itu dibenarkan bersiaran kembali. Malangnya tidak sampai 24 jam kemudian dia dihentikan terus dari mengendalikan rancangan itu kerana dikatakan tidak akur dengan garis panduan diberikan. 
Tindakan ke atas Don Daniyal ini menjadi isu dan polemik pro dan kontra. Langkah dibuat ini menyebabkan umum lihat ada permainan politik disebalik tindakan tergesa-gesa itu, disini ia lihat lemahnya pentadbiran kerajaan Madani. Walaupun ia tidak bersangkut dengan perdana menteri, tetapi ia disuluh ada kena mengena dengan kerajaan Madani. Anwar tetap terheret dengan tindakan yang kurang cermat itu. 
Sepatutnya Suhaimi Sulaiman lebih berhat-harti dan melihat akan kesan dan implikasi di atas tindakan itu, beliau tidak sewenangnya menggunakan kuasanya tanpa memikir kesannya. Beliau bertindak tanpa menjejaskan imej kerajaan dan perdana menteri. Namun di sini tiada pertimbangan wajar oleh Suhaimi selain menggunakan kuasa yang ada kepadanya secara rakus dan menunjukkan tiada kebijaksanaan daripadanya. 
Sebelum pendakwah seleberiti itu menjadi isu, tindakan secara gelojoh juga berlaku percanggahan dalam memberi maklumat umum oleh pihak penguasa sendiri, PDRM dalam isu serangan Balai Polis di Hulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu. 
Mulanya, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain membuat kenyataan penyerangan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islam (JI), bagaimana pun tidak lama selepas itu ia diralatkan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, memberi tahu serangan itu dilakukan oleh individu yang tidak ada kena mengena dengan JI. Menurut Saifuddin tindakan itu bersendirian. 
Kenyataan Ketua Polis dan Menteri itu bercanggahan sama sekali. Percanggahan itu memberi gambaran kelemahan pihak berkuasa kerajaan sendiri. Tidak ada persefahaman di antara kedua-dua jurucakap kerajaan itu seolah-olah mereka mis komunikasi. Hal sedemikian tidak seharusnya berlaku, kerana ia membabitkan keselamatan negara dan isu berkenaan juga bernuansa isu antarabangsa, sebab JI dikaitan dengan kumpulan pengganas daripada Indonesia. Apa lagi ia berlaku dalam isntitusi berkaitan keselamatan negara yang sepatutnya ditangani dengan penuh cermat sekali. 
Sepatutnya tidak berlaku percanggahan dan peralatan dalam kes-kes sepenting itu. Kita tahu kenyataan daripada pihak PDRM adalah sesuatu yang bukan boleh dimain-mainkan seperti tersilap mengumumkan jumlah pendatang haram atau jumlah tangkapan.  
Kenyataan tidak selari di antara Razarudin dan Saifuddin Nasution itu nampak sangat kerana ia dibuat secara tergesa-gesa tanpa duduk bersama menyebabkan ia mengelirukan umum. Orang ramai tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik kejadian itu, menyebabkan ada yang menganggap kerajaan seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Kesan daripada percanggahan itu juga ia memberi kesan negatif kepada Saifuddin sebagai menteri yang tidak kalibar. 
Selain dua isu percanggahaan atau perselisihan pandangan tersebut, juga berlaku pertentangan (tidak selari) diantara Pengerusi Majlis Kos Sara Hidup (Naccol) dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam isu ini Pengerusi Naccol Syed Abu Hussein Syed Abdul Fasal mengeluarkan kenyataan berhubung harga beras tempatan menteri Mohamad Sabu. Percanggahan ini memeningkan orang ramai, kenyataan siapa lebih akurat. 
Apa yang sepatutnya berlaku, Syed Abu Hussein tidak mengeluarkan apa-apa mengenai beres selagi ianya tidak mendapat mandap atau sebelum menteri Mohamd Sabu mengeluarkan kenyataan rasmi, kerana dalam isu makanan seperti beras ini menteri lebih bertanggungjawab berautoriti daripada pengerusi sebuah majlis. Sebaliknya dalam kejadian ini pengerusi majlis dilihat lebih berautoriti daripada Menteri dan ia sesuatu yang canggung dan pelik.
Dalam hal-hal dan kejadian seperti inilah menampakkan akan tampak kelamahan kerajaan Madani yang kesannya akan terkena kepada perdana menteri. Kejadian, percanggahan dan ralat meralat ini meskipun terjadi bukan atas tanggungjawab PM tetapi kesannya terkena ke atas batang tubuh PM dan menyerlahkan akan lemahnya admistratif kerajaan Madani.
Hal-hal seperti ini perlu dielakkan dan diminimumkan seberapa yang boleh untuk tidak memberi ruang kepada musuh menjaja kecacatan kerajaan. Bagi mengelak ini Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri perlu mengambil perhatian serius memastikan agar insiden seumapam ini tidak akan berulang di masa akan datang. Hal hal seperti inilah yang disebutkan tadi, bahawa kelemahan dan ketempangan kerajaan Madani bukan sahaja sengaja diada-adakan oleh para penyerangnya, sebaliknya kerana kelemahan diri sendiri.
Tindakan mereka yang terbabit dengan mewujudkan situasi demikian bolehlah dianggap sebagai anai-anai yang melakukan kerosakan dari dalam kerajaan yang berlaku secara tidak sedar, tetapi ia sangat membahayakan. [wm.kl. 6:29 pm 15/06/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/06/berhenti-menjadi-anai-anai-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anai Anai Kerajaan Madani

Anai Anai Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 167 hits
MSOHari ini diviralkan surat dari Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri kepada Setiausaha Politik Menteri Kesihatan yang memberi tahu ada beberapa kontraktor yang dinilai sebabagai pra kelayakan untuk tander sebuah hospital Surat itu seb...
Jkom Mungkin Masih Lena Bila Nak Muncul Membela Kerajaan Madani Woiiii Ya Ampusallam

Jkom Mungkin Masih Lena Bila Nak Muncul Membela Kerajaan Madani Woiiii Ya Ampusallam

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 133 hits
PMX MAKIN BANYAK CEDERA TAPI BILA LAGI JKOM NAK TAMPIL MEMBELA Sebagaimana bumi kebelakangan ini lebih kerap ditimpa hujan sehingga pokok pun banyak yang tumbang iklim politik negara juga akhir akhir ini sentiasa dibadai isu silih berganti ...
Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel Kerana Dianggar 40 000 Lori Minyak Telah Diseludup Setiap Hari

Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel Kerana Dianggar 40 000 Lori Minyak Telah Diseludup Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 209 hits
Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel Kerana Dianggar 40 000 Lori Minyak Diseludup Setiap Hari Kerjaan naikkan harga diesel kerana dianggarkan 40 000 lori minyak diseludup setiap hari Selain itu Kerajaan juga mendapat penjimatan sehingga RM8 ...
Ko Bodo Matematik Ya Solidsitor Kemain Dalam X Kalah Dan Hikang Jawatan Dalam Kerajaan Pn Meroyan

Ko Bodo Matematik Ya Solidsitor Kemain Dalam X Kalah Dan Hikang Jawatan Dalam Kerajaan Pn Meroyan

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 158 hits
Zainuddin Omar Itu pentingnya matapelajaran Matematiks Kira betul betul Tambahan RM184 sahaja setelah tolak RM200 bukan RM872Ahaks Aloha
Kerajaan Perlu Kurangkan Subsidi Ron95 Menjelang 1 Julai Kata Bank

Kerajaan Perlu Kurangkan Subsidi Ron95 Menjelang 1 Julai Kata Bank

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 147 hits
PUTRAJAYA perlu melaksanakan program rasionalisasi subsidi untuk RON95 secepat mungkin bagi membolehkan ia mencapai sasaran simpanan seperti ditetapkan dalam Bajet 2024 Maybank Investment Bank berkata kerajaan perlu menaikkan harga RON95 se
Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan Segamat

Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan Segamat

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan disarankan untuk segera bantu kerajaan Pahang meninjau dan mengambil tindakan bagi menentukan tahap keselamatan Jalan Kuantan Segamat Saranan itu dibuat oleh Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Musta...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Panduan Praktikal

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Panduan Praktikal

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 245 hits
Pada masa ini persaingan untuk mendapatkan pekerjaan kerajaan semakin ketat Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan bagi sesiapa yang ingin berjaya dalam temuduga kerja kerajaan Walaupun proses temuduga boleh menjadi mencabar terdapat rahsia ...
Sungai Bakap Jadi Indikator Kerajaan Madani

Sungai Bakap Jadi Indikator Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 312 hits
JENGUK SG BAKAPSungai Bakap jadi tumpuan Foto Ani PILIHAN RAYA kecil DUN 20 Sungai Bakap Pulau Pinang yang akan diadakan 22 Julai dimana hari penamaan calon 6 Julai nanti merupakan pilihan raya kecil yang ke 10 selepas beberapa pilihan raya...
Kerajaan Dukung Prisip Kebebasan Berkespresi Karya

Kerajaan Dukung Prisip Kebebasan Berkespresi Karya

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 382 hits
PETALING JAYA Kerajaan bertegas untuk tidak campur tangan dalam soal kreativiti penggiat karya anak anak seni Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya yang dikete...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas